Saya tertarik dengan tulisan Cikgu Haniza dan berterima
kasih pada pada beliau kerana memberi saya pemahaman apa itu PBS. Lebih terpuji
lagi apabila cara beliau mengkritik adalah cara yang paling betul, membina, bertamadun serta menggambarkan etika yang betul dalam mengkritik. Tidak
perlulah berdemo, kata-kata kesat, menyerang individu, mempolitikkan dan
sebagainya yang lebih banyak kehancuran dari pembinaan.
PBS adalah sistem Pentaksiran/Penilaian Berasaskan Sekolah
untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan Guru punya tanggungjawab untuk
menilai pelajar mengikut kriteria yang ditetapkan dan pelajar tidak perlu
menduduki ujian dan peperiksaan lagi.
Pendapat Guru terbabit wajar diberi perhatian seperti Sistem
yang lambat, penggunaan kertas yang banyak justeru menyumbang kepada lebih
banyak pokok yang ditebang, kos tambahan yang terpaksa ditanggung Guru, Sekolah
dan Ibu bapa, serta lebih kritikal sekali sejauh mana sistem tersebut berjaya
memajukan Pelajar kurang pandai dan menggilap bakat pelajar cemerlang?
Jika Kementerian bercadang mengenakan tindakan tatatertib keatas Cikgu Haniza tindakan yang paling sesuai dikenakan adalah kenaikan pangkat dan gaji kerana beliau menjunjung prinsip dan semangat pendidikan iaitu untuk melahirkan pelajar cemerlang disamping memberi pendidikan pada pelajar ketinggalan.
Jika Kementerian bercadang mengenakan tindakan tatatertib keatas Cikgu Haniza tindakan yang paling sesuai dikenakan adalah kenaikan pangkat dan gaji kerana beliau menjunjung prinsip dan semangat pendidikan iaitu untuk melahirkan pelajar cemerlang disamping memberi pendidikan pada pelajar ketinggalan.
Bayangkan, ujian memandu JPJ tidak lagi menggunakan sistem ujian
sebaliknya penilaian keatas pemandu yang membawa kereta sepanjang tahun di
jalan utama.
Bukan tujuan artikel mengatakan sistem ini tidak bagus tapi
masyarakat kita masih belum bersedia untuk penilaian yang tidak berasaskan
peperiksaan ataupun ujian.Pernah rakan saya bertanya, mengapa kerajaan tidak
mewujudkan Tram atau Keretapi kecil di tengah jalan sepanjang Lebuh Raya Persekutuan
(Federal Highway) dari Klang ke Shah Alam, melintas Petaling Jaya terus ke Kuala Lumpur. Saya katakan Kerajaan tidak mempunyai masalah tapi masyarakat kita masih belum bersedia. Kita masih belum punya pemikiran sivik, logika, serta pertimbangan yang seimbang antara keperluan dan kehendak.
(Federal Highway) dari Klang ke Shah Alam, melintas Petaling Jaya terus ke Kuala Lumpur. Saya katakan Kerajaan tidak mempunyai masalah tapi masyarakat kita masih belum bersedia. Kita masih belum punya pemikiran sivik, logika, serta pertimbangan yang seimbang antara keperluan dan kehendak.
Dikhuatiri jika Tram dibina maka jalan makin sesak kerana
rakyat Malaysia akan menaiki Tram ditengah jalan, meletak kereka disepanjang
Federal Highway kerana malas berjalan ke Stesyen, kereta akan melintas kekanan
kiri atau U-Turn di landasan Tram, belum dikira penunggang motor yang akan
gunakan landasan Tram itu.
Lihat sahaja Pasar Keramat yang moden lagi bersih tapi pengunjung
perlu jalan jauh sekaligus menyisihkan masyarakat kita yang lebih gemar meletak
kereta dihadapan kedai ataupun gerai tersebut. Mangsanya peniaga di Pasar
Keramat dan duit rakyat selepas Pasar Keramat menjadi Gajah Putih.
Sama seperti PBS. Apakah masyarakat kita sudah bersedia
untuk menerima anaknya yang pandai, sekelas dengan rakan yang sosial dan kurang
pandai. Bagaimana pengaruh rakan sebaya keatas anaknya? Apatah lagi apabila
menerima keputusan anaknya yang bijak, tapi kurang cemerlang berbanding pelajar
yang kurang pandai dalam PBS.
Yang dapat diperhatikan, masyarakat Cina semakin menjauhi
Sekolah kebangsaan kerana PBS. Ini kerana Sistem Pendidikan Cina sudah berusia
beribu tahun tapi masih gah dan akan terus gah menggunakan sistem ujian dan peperiksaan
bagi menggilap kemahiran pelajar pandai dan mencari keistimewaan pelajar kurang
pandai.
Dalam segala upaya saya berfikir dan menilai PBS terpaksalah
saya bersetuju dengan Cikgu tersebut bahawa PBS membawa maksud Pelajar Pandai
Bodoh Sama sahaja dimana selepas PBS pelajar tersebut akan diletak dalam Kelas yang sama. Kita bukan menyisih atau menghina pelajar bodoh kerana kita semua tahu orang paling kaya dalam dunia dan disetiap Negara bukanlah pelajar paling pandai, tapi adalah penting untuk mengasingkan pelajar agar tumpuan dapat diberikan mengikut keperluan pelajar tersebut.
Sebagai pengkritik, kita berusaha menjadi pengkritik yang
baik agar lebih banyak kebinaan dari kemusnahan susulan pendedahan Cikgu Haniza
oleh Kementerian, Menteri dan Kerajaan. Fikirkan semula, kerana rakyat Malaysia
masih belum mencapai tahap itu jauh sekali bersedia.
No comments:
Post a Comment