ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, March 12, 2014

Kejahatan Media

Nakal diterima tapi jahat perlu diinsafi agar kita tidak terikut dengannya.

Semenjak berita buruk menimpa waris dan keluarga mangsa kehilangan Pesawat MH 370 MAS kita dapat menonton sidang media yang dicemari dengan soalan-soalan mengarut, provokasi, remeh malahan bertindih.

Soalan-soalan ini jika tidak dijawab dengan betul akan di salah tafsir malahan jika dijawab dengan betul sekalipun media yang jahat ini akan sengaja menyalah tafsir bagi tujuan agenda yang hanya diketahui oleh mereka-mereka sahaja.

Setiap soalan yang ditanya khususnya oleh media asing seolah-olah hanya mahukan jawapan yang dapat memuaskan hati pembaca sahaja dan bukan kebenaran. Sedangkan tanggungjawab media dan amanah wartawan adalah melaporkan berita yang benar dan mendidik masyarakat menghadam berita menjadi pengetahuan.

Tanpa mempedulikan perasaan orang lain, nafsu menjuarai perlumbaan melaporkan perkembangan menyerlahkan sikap jahil dan sifat keji kita semua.

Jelaslah, bukan semua media baik, ramai yang nakal, malah ada yang jahat.

Itu media yang berdaftar, professional dan lengkap dengan segala kursus kemahiran kewartawanan dan etika journalism, tidak dapat dibayangkan bagaimana pula jahatnya media alternative yang dianggotai oleh kita dalam melaporkan walaupun sekadar berkongsi berita dari rakan lain.

Dalam hukum karma, hukum alam, malah hukum Tuhan, buat baik dibalas baik, buat jahat balasnya jahat, tidak hari ini, esok, atau tahun hadapan, malahan mungkin pada anak cucu kita.

Harap secebis nasihat tidak seberapa ini dapat mengingatkan kita semua khususnya diri sendiri agar tidak tergolong dalam golongan jahat media samada media cetak, media elektronik dan lebih utama kepada pemilik media sosial bebas kerana jahat pasti akan terbalas jua, jika di dunia Alhamdulillah, jika dibalas di akhirat, Nauzubillah.

Berfikir sebelun tangan menaip komen, berkongsi status, menyebarkan berita dan memuat naik status.
Terlajak kata binasa diri, terlajak taipan binasa orang lain. 

Mustaqim Abdul Rahman

No comments: