Kebelakangan ini kita dapat lihat ada pihak blogger Pro BN ie Parpu, RBF, Medan Info Kita, TheUnspinner, Bidaman dan ramai lagi menghentam Datuk Kadir Jasin http://kadirjasin.blogspot.com
Seperti meludah langit, mereka ini dahulunya yang berkata kena hormat orang tua apatah lagi yang berjasa dan jika hendak kritik ada etikanya. Dahulunya mereka kata setia biar bertempat khasnya semasa mereka menghentam PM Malaysia, Tun Abdullah, dan kini sebab mereka sukakan PM Malaysia Dato NajibRazak mereka tuduh pengkritik PM seperti KadirJasin macam-macam seperti gila kuasa, gila jawatan, gila itu dan gila ini sedangkan dengan musuh yang sebenar-benar musuh mereka mengucil dalam jamban kerana takut. Mereka ni macam Pekida aka 3 line jugalah, sama-sama Melayu berani tunjuk kuat dan hero tapi dengan gangster Cina dan India mereka menikus.
Kita tidak tahu betul atau tidak KadirJasin hentam PM sebab beliau tidak dapat pangkat yang diidamkan? Atau KadirJasin dibayar orang tertentu walaupun dari sudut penilaian mudah dengan trend penulisan blogger yang seragam mengikut isu mereka lebih berpotensi untuk disyaki dibayar oleh pihak berkepentingan!! Sebagai hambaNYA yang hina KITA menjunjung integriti Al-Quran untuk tidak menuduh orang tanpa bukti sahih atapah lagi dengan bukti penembak curi.
KALAU DATUK KADIRJASIN BERLAPANG DADA, kita ingin tahu dan mengikut cara Islam yang betul saya mewakili pembaca lain ingin bertanya pada datuk apakah niat Datuk KadirJasin mengkritik PM? Apakah kerana pangkat yang dilobi atau dibayar pihak tertentu? Penjelasan Datuk Kadir Jasin yang benar dapat menyelamatkan banyak pihak dari dosa-dosa.
Saya sebenarnya punya banyak sebab untuk percaya KadirJasin buat seperti itu kerana tanggungjawab serta usahanya mengjustifikasi dosa dan kesilapan beliau pada masa lalu. Sebagai manusia kita semua lemah dan kita sedar banyak dosa dan kesilapan yang kita lakukan pada masa lalu, oleh itu didalam usia senja seperti 70 tahun keatas disokong semangat "nothing to lose" kebanyakan orang golongan ini akan cuba "remedy", memperbaiki, membalas atau mengimbangi kesilapan mereka dengan pelbagai cara termasuk cara KadirJasin.
Pengkritik KadirJasin mungkin lupa KadirJasin bukan penyokong pembangkang tapi beliau hanya mengkritik dan membangkang dengan cara yang betul. Jika apa yang KadirJasin bangkang tidak betul maka ia akan disisihkan dan beliau tidak mempolitikkannya sehingga yang salah itu menjadi betul dan betul itu menjadi salah.
Sebaliknya jika bangkangan dan kritikan KadirJasin itu betul maka ia menjadi satu nikmat kepada PM Najib Razak kerana ia boleh dijadikan sebagai "check and balance pemerintahannya". Apatah lagi kata orang tua itu berisi selagi ia tidak menyerang peribadi orang seperti bini gemuk, puaka, anak kafir, firaun, rambut palsu dan sebagainya.
Setakat yang saya terjangkau mengikut blog KadirJasin, beliau hanya kritik cara dan tindakan PM NajibRazak dan bukan peribadinya dan bukan orangnya. Cuma tindakannya yang dilihat lembut, terlalu mendengar kata penasihat dan kurang tegas khusunya dengan pembangkang dan bukan Melayu.
Mungkin golongan ini mahukan semua orang setia dan menyokong pemimpin yang mereka suka dan menderhaka pemimpin yang mereka benci sepertimana Hang tuah. Malangnya, Jebat atau Tuah yang salah tiada siapa tahu? Tapi kita pasti cara Jebat mengkritik dan membangkang Raja itu adalah salah, begitu juga ketaatan penuh Tuah pada Raja bukan pada ALLAH .
Saya sekadar penulis picisan yang sesen pun tidak dapat(ayat formal blogger upahan) dan saya menulis untuk diwariskan anak-anak saya inilah nilai, inilah sikap, inilah pendirian dan prinsip yang mereka perlu perhalusi dimana yang baik jadikan ikutan yang buruk jadikan sempadan. Dan saya dengan ini ingin mengatakan sokongan terbuka saya pada Datuk KadirJasin dalam mengkritik cara PM NajibRazak dengan cara yang betul, bukan dengan demonstrasi, konspirasi, dan sebagainya.
Mungkin pada masa Ku Li, masa Anwar Ibrahim, masa Musa Hitam, masa Zahid Hamidi, masa Syed Alatas, masa Tunku, masa Tun Hussein menghentam dan mengkritik Tun Dr Mahathir sebagai PM Malaysia golongan ini ketika itu malas membaca berita dan akhbar sebab itu kini bila ada orang dalam seperti Datuk KadirJasin menghentam PM mereka, mereka marah betul.
Akhir kata ingin saya tegaskan, sejarah membuktikan tiada pemimpin termasuk NajibRazak akan menjadi hebat tanpa kritikan yang membina khususnya dari dalam "keluarga" sendiri dan terbukti pemimpin yang tidak dikritik oleh "keluarganya" akan menjadi pemimpin yang lemah seperti Pak Lah dan mungkin Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri. Wallahualam.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment