Lebih
matang jika kita tidak berdebat mengenainya dan membuat apa-apa
kenyataan tanpa bukti. Lebih baik dan sesuai jika Kerajaan menghargai
17,000 individu ini dan menjadikan kejujuran mereka sebagai contoh
dengan memaparkan nama mereka di Utusan Malaysia.
"Si Jebat UMNO" telah menjawab pendapat Tun Dr Mahathir yang saya rasa respon dari Dato Seri Salleh Said Keruak lebih baik. Terlebih lagi sebagai Menteri yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara, Tun Dr Mahathir berhak memberi pandangan beliau bahkan Lim Kit Siang juga berhak dan bebas memberikan pendapat malahan cadangan kepada Kerajaan supaya menghentikan subsidi kepada jemaah Haji yang bernilai RM 5000 setiap orang setiap tahun. Pelik tapi benar, tiada pula respons kepada komen dan cadangan Lim Kit Siang dari mana-mana pemimpin UMNO yang dilihat sebagai jaguh dalam kampung sendiri sahaja.
Jujurnya, walaupun saya berpendapat saya tidak perlukan BR1M, saya tetap mengambil wang tersebut dan mendermakannya. Ini adalah BR1M saya yang kedua, dimana yang pertama saya gunakan untuk menjamu jemaah Masjid berhampiran dengan hidangan Nasi lauk kari Kambing dan Ayam goreng. BR1M yang kedua belum saya terima tetapi peruntukan tersebut telah pun diberi untuk tujuan kebaikan. Saya percaya kebaikan Kerajaan yang dipanjangkan saya akan diberi ganjaran oleh Allah kepada kita semua.
Sungguh, saya tetap berpendapat adalah tidak sihat untuk memberikan sesuatu secara percuma kepada sesiapa
walaupun kepada haiwan kesayangan kita. Kita tetap perlu bermain dengan
mereka, menghargai mereka dengan berkongsi tanggungjawab menjaga rumah,
menangkap tikus, bermain dengan anak kita dan sebagainya.
Ganjaran
atau insentif adalah istilah yang lebih baik daripada "BANTUAN".
Ganjaran akan memberi inspirasi dan memotivasikan orang dan membawa
mereka ke hadapan, ke hadapan dan ke hadapan. Manakala
"Bantuan" pula membuat orang lemah, merendahkan moral mereka secara tidak
sedar, membantutkan emosi, membeza-bezakan orang dan
meninggalkan mereka di belakang, jauh di belakang.
Walaupun begitu, saya bersetuju masih ramai memerlukan BR1M walaupun ia hanya baik untuk jangka pendek. Secara profesional, kita perlu bersetuju adalah lebih baik berikan penerima BR1M alat kelengkapan memancing berbanding sekilogram ikan.
Saya berharap BR1M seterusnya akan ditukar kepada GR1M atau Ganjaran Rakyat 1Malaysia yang akan memberi ganjaran dan insentif kepada rakyat Malaysia mengikut kategori dan syarat kelayakan pendapatan yang sama dengan BR1M.
Kategori tersebut adalah;
i. Alam Sekitar
ii. Kemasyarakatan
iii. Haiwan
iv. Kebersihan
v. Saling menghormati
vi. Kekeluargaan Harmoni
vii. Patriotik Negara (tidak terlibat dengan demonstrasi yang menyalahi undang-undang)
viii. Saling Membantu (Orang Kesusahan)
ix. Memandu dengan berhemah
x. Bertanggungjawab di dunia nyata dan cyber
viii. Saling Membantu (Orang Kesusahan)
ix. Memandu dengan berhemah
x. Bertanggungjawab di dunia nyata dan cyber
Setiap warganegara Malaysia yang layak boleh memilih mana-mana satu atau lebih kategori dan hanya perlu tunjukkan sekeping gambar (internet, phone atau cetakan) malahan paling kurang hanya membawa 1 plastik sampah sebagai bukti mereka telah menyumbang kepada Malaysia yang lebih baik.
Usaha mereka akan diberi ganjaran di GR1M dan bukan "dibantu" dalam BR1M, lagipun duit tersebut adalah wang setiap rakyat termasuk yang tidak menerima BR1M. Secara tidak langsung, mereka yang tidak layak tetap menikmati alam sekitar yang lebih bersih, persekitaran yang sihat serta hubungan antara kaum yang lebih aman dan damai.
Untuk
jangka panjang, semoga benih nilai tersebut akan terus disemai dan
tumbuh segar dalam jiwa rakyat Malaysia setiap hari justeru diwariskan kepada generasi anak-anak kita. Diharap ganjaran
GR1M akan membantu meringankan beban kewangan kita, dan memberi motivasi
kepada kita semua untuk menyumbang lebih banyak untuk negara ini.
Negara memerlukan kita semua.
Artikel Bahasa English di Bahagian bawah. Maaf untuk English yang tidak sempurna kerana masih belajar. English at the bottom. Sorry for poor English as I'm still learning and trying.
English.
Comment from Tun Dr Mahathir on BR1M is much awaited because as Prime Minister for 22 years he never give BR1M which still make him better than any other PM. No BR1M recipients could resist free money dare to speak far from opposing what seems like a bribe, a candy and a cigarette to people. Its amuse when some 17,000 BR1M recipients wrote to Government they do not want it but they applied for BR1M at first place. How could a year income can effect people with rising cost of living unless they didn't write a letter but they simply do not meet the BR1M requirement.
Let’s be adult by not arguing and making statements without any proof. The best is Goverment should appreciate and make them as examplary by putting their name on Utusan Malaysia. Me, myself, even I feel like I don’t need BR1M to support my life, I still take it and donate it.
“Anak Derhaka” has answered Tun Dr Mahathir opinion which I
think I prefer how Datuk Salleh Said Keruak commented on this issues which I agree Sabah people needed it. After all,
everyone deserve to give his opinion, even Lim Kit Siang also freely giving
opinion and suggestion to Government not to subsidies Haji fee which cost
Government RM 5000 per person every year. To add more blur to the SAGA, Khairy
did not response to Lim Kit Siang, the leader of his opponent party.
This is my second BR1M, which first I buy a goat, cook a
rice and giving out to nearby Mosque dishes with curry mutton and fried
chicken. The second one, I haven’t received but the allocation already goes to
charity as well. As for both, I feel its not good to give something freely to
anybody even to your pet. You have to play with them, give them responbility
catching mouse, guarding house, play with your kid so on and so fore.
A reward is the best term than “BANTUAN”. Reward will
inspire people, motivate people and lead them forward, forward and forward.
Whilst “Bantuan” make people weak, demotivated people in emotion, differentiate
people and left them behind, far behind.
Though, I know many still needed BR1M which does a lot of
help to many people even for short term. We have to agree it’s the best if
government provide us with a fishing gear than a kilogram of fish.
I hope the next BR1M will be changed to GR1M or Ganjaran
Rakyat 1Malaysia which will reward Malaysian by categories and same low income
rule with BR1M.
Those categories are;
i.
Environmental (Alam Sekitar)
ii.
Community Work (Kemasyarakatan)
iii.
Animal Love
iv.
Kebersihan
v.
Respectul (Saling menghormati)
vi.
Family Love
vii.
Nation Building (Not involved with illegal
demonstration)
viii.
Help Needed (Membantu Orang Kesusahan)
ix.
Drive Carefully(Memandu berhemah)
x.
Responbility in real and cyber world (Tanggungjawab
Dunia Maya dan Nyata)
Each eligible Malaysian can choose and any one or more
categories and simply show a photo(online,
storage or online) or even a plastic of garbage to show their afford in
contributing to better Malaysia.
Their effort will be rewarded in GR1M and not “dibantu” in
BR1M, afterall it’s each people money. In long terms we hope those value seeds
in them will growth stronger everyday. May the reward will help ease their
financial burden, and motivate us all to do more for this country. The country
needs us all.
God Bless and Thank You.
No comments:
Post a Comment