Memalukan dan memualkan. Itu perkataan paling sesuai untuk
menggambarkan sikap Chef yang pada mulanya tampak seperti kelas dunia, tapi
akhirnya hanya layak sebagai jamban.
Sebagai orang Melayu yang terkenal dengan sopan santun dan
budi bahasa yang tinggi, perkataan jamban seperti penyapu adalah penggunaan
yang terakhir walaupun dalam keadaan marah mahupun kecewa. Melainkan jika ingin
melepas!!!
Eloklah kita menjunjung budaya Timur adab Islam dengan
mengelakkan dari berkata yang buruk-buruk, apatah lagi ketika kita ditonton
bukan sahaja oleh kanak-kanak Malaysia tetapi seluruh dunia.
Nampaknya, tragedi MH 370 ini bukan sebarang tragedi yang hanya
melibatkan penumpang, anak kapal dan keluarga sahaja. Ia juga tragedi kepada
rakyat Malaysia yang berfikiran dan bersantun jamban sepertimana bapa kepada
dua anak ini. Anak, cucu dan cicitnya harus malu dengan kelancangan mulut ketua
keluarga mereka ini.
Senang melepas diri, seperti jamban, dia kata yang busuk
ialah manusia lain yang suka mengutuk dan melatah padahal yang lebih suka mengutuk dan melatah adalah dirinya sendiri.
Mungkin benar kata orang tua, bau bangkai gajah akan hilang tapi bau hati manusia akan kekal selamanya.
Saya sarankan MAS menyaman Chef Jamban ini semaksimum
mungkin agar menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia supaya menjauhi nilai
mulut jamban sepertinya. Lebih utama, tindakan keras terhadap Chef Jamban ini
dapat membersihkan nama orang Melayu yang terkenal dengan budi bahasa tinggi bukan
bahasa kotor dan tidak elok.
Dan
kepada sabahat seMalaysia yang lain, banggalah dengan
jati diri anda, kita sedang dijajah melalui minda dan terbaru tragedi.
Jangan sesekali biarkan diri kita dijajah, kekalkan adab ketimuran dan
nilai agama itu
sendiri walau apa warna kulit, rambut dan agama kita.
No comments:
Post a Comment