ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, April 7, 2014

Surat Terbuka Pada Tan Sri Khalid Ibrahim- Air Percuma


Surat ini adalah untuk memberi cadangan Air Percuma dan Penghargaan Pada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebagai anak jati Selangor sejak Nenek Moyang lagi, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mentadbir Selangor dengan baik. Sungguhpun ada kurang disana sini, namun secara keseluruhan ia menunjukkan petanda positif dalam membangunkan Selangor justeru memberi kesejahtheraan kepada rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Perlu dijelaskan bahawa Kerajaan Negeri sebelum ini juga bagus dan banyak pencapaiannya yang diteruskan oleh Kerajaan Baru, walaupun berbeza dengan Tan Sri Khalid yang amat cermat berbelanja. Dari Tanjung Karang ke Sungai Besar ke Hutan Melintang, jalannya tidak diselenggara sejak Mac 2008, begitu juga di daerah Selayang, Gombak, Ampang, dan lain-lain, penyelenggaraan juga kurang dimana papan tanda sudah buruk, pasu hiasan sudah pecah, batu siar kaki sudah berdaki tebal dan sebagainya. Keperluan dan kehendak menyelenggara adalah subjektif mengikut pendapat masing-masing dimana keduanya ada kebaikan dan keburukan tersendiri.

Pendek kata di Selangor, jika ada pembangunan dan jalan baru, maka ia pasti datang dari peruntukan Kerajaan Pusat. Sebagai rakyat jati Selangor sudah tentu saya gembira kerana jika difikirkan dan ditimbang pengorbanan rakyat Selangor untuk pembangunan Malaysia tidak terbanding oleh sesiapa jauh sekali pengorbanan Kelantan yang bakal mendapat lebuh raya baru. Maafkan saya menjadi kenegerian sedikit walaupun jauh dibanding ketebalan Negeri lain.

Lebih menggembirakan saya lagi, apabila rizab simpanan Selangor kini kian mencecah 3 billion ringgit dimana kuasa duit boleh digunakan bagi mengurus ekonomi, hutang dan juga dijadikan pelaburan hebat.
Selangor amat bersyukur kerana memiliki seorang Menteri Besar yang unik dimana ia tidak perlu tunduk kepada Kerajaan Pusat seperti sebelum ini. Selangor amat bertuah kerana Menteri Besar itu juga tidak tunduk kepada tekanan dari pemimpin atasannya dalam Parti Keadilan Rakyat. Beliau bijak menggunakan sepenuhnya peluang yang hadir dari krisis kepercayaan dan syak antara pemimpin samada didalam atau diantara Parti Keadilan, PAS dan DAP di Selangor.

Lebih bertuah lagi, adalah dirinya sendiri adalah seorang orang yang baik. Dimana, jika beliau seorang yang rakus dan bernafsu tinggi, sudah pasti Selangor dalam bahaya yang getir. Malangnya, kerusi Menteri Besarnya senantiasa terbuka pada sesiapa malahan beliau juga terikat pada hukum alam. Tan Sri Khalid perlu menimbang secara serius apa akan jadi pada Selangor dengan kekuatan berbilion ringgit sekiranya orang jahat yang tidak perlu tunduk pada sesiapa menjadi Menteri Besar Selangor.

Itulah kisah cinta politik. Hari ini anda disanjung, esok anda mungkin dihina.

Saya juga ingin memberi cadangan agar Kerajaan Negeri mengubah sedikit sistem penyampaian air percuma di Selangor agar ia dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja dan secara jangka panjang.

Umum mengetahui, Rakyat Negeri Selangor mendapat air percuma sekitar RM 11 setiap bulan. Nikmat ini juga dinikmati oleh lebih 4 juta warga asing di Selangor dan Kuala Lumpur. Justeru, adalah lebih baik jika pembayaran di kaunter perlu disertakan dengan MyKad dan untuk perbankan internet nombor MyKad sudah memadai. Kebiasaannya, penyewa warga asing ini akan membayar bil mereka sendiri dan jika Tuan Rumah yang bantu bayar sekalipun, wang tersebut akan diperoleh oleh Tuan Rumah bukan warga asing terbabit.

Saya juga ingin mencadangkan kepada Tan Sri Khalid agar memindahkan rebat tersebut kedalam bentuk dana tahunan dimana pemilik bil boleh membuat tuntutan pada Kerajaan Negeri Selangor secara tahunan atau terkumpul untuk puluhan tahun. Rakyat juga boleh memilih untuk menggunakan wang terkumpul yang disimpan Kerajaan Negeri untuk membeli dana atau saham Syarikat milik Negeri Selangor yang disenaraikan di Bursa Saham atau membayar cukai pintu, tanah dan sebagainya.

Kedua kaedah ini jika dilaksanakan bakal menjimatkan pebelanjaan Kerajaan Negeri dari sudut penjimatan air percuma untuk pemilik MyKad dan juga memberi kelegaan kos sara hidup pada rakyat di samping mendidik mereka cermat dalam penggunaan air.

Terbaru, krisis air di Selangor membebankan rakyat Selangor terpaksa mengeluarkan belanja dari RM 50 bagi membeli tong air yang mahal serta kos pengangkutan mengambil air. Wang dari rebat air RM 11 sebulan tersebut juga boleh digunakan oleh pemiliknya untuk menghadapi krisis air dimasa hadapan.

Semoga, Selangor terus dirahmatiNYA dan dilindungi dari segala ancaman serta kemudaratan. Amin.

No comments: