ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, December 4, 2013

Ustaz Kazim Seorang Perevolusi


Akhirnya Ustaz Kazim menolak lamaran UMNO. Pastinya, tindakan beliau disertai dengan pertimbangan yang mendalam serta rujukan kepada Allah SWT.

Penolakan Ustaz Kazim tidak mencacatkan UMNO jauh sekali diri beliau sebagai penceramah, pendakwah, fisabilillah dan hamba Allah kerana Allah berkehendak beliau sebagai seorang perevolusi.

Revolusi Islam yang dibawa beliau berjaya “meyekolahkan” Ulama, Ustaz, Penceramah, Pendakwah yang lain iaitu tidak perlu terlibat dengan politik untuk memimpin ummah ke siratul Mustaqim.

Dimana-mana Negara seluruh dunia, pendakwah yang terlibat dengan politik memang lebih dikagumi dan dipandang mulia oleh majoriti masyarakat tapi yang lebih penting bagi setiap hamba Allah bukan pandangan masyarakat terhadapnya tetapi “Apakah pandangan Allah terhadap dirinya?”

Lihat sahaja kebesaran Allah di Johor di mana berbelas jasad ditemui sempurna walaupun ada yang sudah dikuburkan lama. Mereka ini bukan ulama politik sebaliknya hanya hamba menghambakan diri pada Allah. Taklik syahadah mereka bukan sahaja jelas di mulut tetapi juga dengan perbuatan, percakapan, sikap dan sifat yang baik-baik.

Ustaz Kazim kini berada dalam Liga yang sama dengan Dr Zakir Naik yang sudah mendahului Liga berkenaan untuk bertahun lamanya. Dr Zakir Naik seorang penceramah yang menggunakan isi dan ilmu Islam serta pengetahuan agama bukan Islam lain berjaya memikat hati seantero dunia tanpa perlu menggunakan pendekatan lawak jenaka, gelak tawa, membahankan manusia lain, menggunakan perkataan bodoh, hodoh, keji dan sebagainya.

Sesungguhnya, bidang Ulama, Ustaz, Imam, Pendakwah, Penceramah dan Fisabilillah Malaysia sememangnya memerlukan revolusi agar tidak diperalatkan oleh politik dan tidak dikaburi oleh nafsu dunia.

Ini kerana politik Rasulullah SAW adalah “Islam Mempergunakan Politik” untuk menyatukan umat Islam dan mengajak bukan Islam untuk ikut serta, tapi politik Islam hari ini adalah “Politik Mempergunakan Islam” yang menjauhkan umat dari penyatuan dan membiarkan bukan Islam menjadi lebih kuat, sedangkan hakikinya, ISLAM AMAT AMAT KUAT JIKA BERSATU.

Tahniah Ustaz Kazim dan Semoga Allah memberi anda kekuatan memaafkan dan mendoakan mereka yang menghina dan mengeji anda sepertimana yang Rasulullah SAW lakukan. Saya yakin, tanpa perlu berkata celaka, tanpa perlu mendoakan perut orang yang mengeji Ustaz itu pecah, tanpa perlu meminta Allah KO Pengeji KO Pengeji KO Pengeji dan sebagainya, Ustaz Kazim akan dimuliakan Allah dunia dan akhirat. 

Insya-Allah.

No comments: