Keputusan Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun
Razak melantik beberapa peserta himpunan haram Bersih dalam MKPN amat
memeranjatkan ramai pihak. Tidak kurang yang bersedih hati kerana mereka yang
melanggar arahan Mahkamah di pilih berbanding mereka yang mematuhi dan
menyokong keamanan.
Antara wajah yang dipersoalkan adalah Wardina Safiyyah
Fadlullah Wilmot, Marina Mahathir dan Datuk Saifuddin Abdullah. Malahan, langkah
melantik ahli politik menyertai MKPN juga dilihat tidak sesuai kerana merekalah
punca perpecahan dan permusuhan kaum hari ini. Disebabkan mereka yakni golongan
politik mempolitikkan isu kaum dan agama serta memanipulasikan sentimen
kebencian dan wasangka dalam masyarakat, kita berada di ambang perpecahan.
Dalam
Majlis Pengumuman tersebut, kita dapat lihat hampir kesemua penentang Kerajaan
tersenyum lebar kerana terpilih sebagai Ahli MKPN oleh Kerajaan yang mereka
kritik berhabisan.
Saya
meyakini kebijaksanaan YAB Perdana Menteri melalui MKPN. Jika diperhalusi,
mereka ini rata-rata lahir dengan jiwa berontak. Orang jiwa berontak ini akan
mengkritik apa sahaja yang orang lain lakukan walaupun ia untuk kebaikan
mereka. Pendek kata, semua yang orang lain buat semua salah, diri sendiri
sahaja betul. Lebih istimewa lagi, mereka mengkritik tanpa memahami kesukaran
dan isu sebenar kerana mereka berada di luar. Tetapi kali ini berbeza, mereka
berada dalam MKPN. Giliran mereka pula dikritik dan dibangkang walau sebaik dan
semulia mana sekalipun mereka bakal lakukan.
Syukurlah,
masih ramai yang lahir dengan jiwa yang patuh. Patuh pada ketentuan dan
bersyukur dengan kehendakNYA. Kita sebagai rakyat Malaysia, mengabaikan kepentingan
diri demi menegakkan kepentingan majoriti rakyat yakni keamanan, keharmonian
dan kehormatan.
Di
kesempatan ini, saya ingin memberi cadangan kepada MKPN khususnya 29 anggotanya
agar mempertimbangkan beberapa perkara tidak sensitif dan beberapa perkara sensitif.
Perkara
tidak sensitif adalah;
1. Sukan Sekolah
Perkenalkan
Sukan Berkumpulan Peringkat Daerah, Negeri dan Negara dengan hadiah yang amat
lumayan. Selain sukan bola sepak, lumba lari, bola keranjang dan lain-lain,
sukan baru seperti Tarian Terkini, Internet, dan lain-lain dipertandingkan.
Syarat
pertandingan adalah semua sekolah harus menghantar satu pasukan atau satu jenis
sukan dan pasukan tersebut mestilah dianggotai oleh kaum-kaum utama seperti
Cina, Melayu, India, dan lain-lain.
2. Hospital
Perkenalkan
Anugerah Bulanan 1Malaysia di Hospital khususnya Kerajaan dimana kita dapat
lihat seorang Doktor Cina merawat pesakit Melayu, seorang Jururawat Melayu
memandikan pesakit Cina dan seorang Kakitangan India membersihkan najis pesakit
Cina dan sebaliknya.
Jadikan
Hospital sebagai pusat kesuburan keharmonian dan keamanan kaum di Malaysia.
3. Sekeping Gambar Seribu Bicara
Adakan
pertandingan Foto yang akan disiarkan dalam Akhbar sisipan khas oleh semua
akhbar. Foto yang menang akan di undi oleh rakyat Malaysia melalui akhbar dan
rangkaian sosial.
Gambar
mestilah menggambarkan kita rakyat Malaysia bahagia tanpa mengira kaum dan agama. Seperti biasa, hadiah mestilah amat lumayan agar menjadi topic of the year.
4. Taburan Penduduk Dan Perniagaan
Beri
tumpuan pada perumahan baru dikawasan majoriti penduduk Melayu dan Cina seperti
Keramat, Kepong, Shah Alam, Pulau Pinang dan sebagainya. Beri diskaun dan
intensif istimewa kepada kaum yang berlainan dengan majority dan seimbangkan
mereka.
Begitu
juga kawasan tumpuan perniagaan waima pasar agar Melayu, Cina dan India tidak
tertumpu kepada “pasar bangsa” mereka sahaja.
5. Politik
Kerakusan ahli politik memanipulasikan apa sahaja demi kepentingan diri mengakibatkan hubungan kaum Malaysia terancam.
Nasihat orang bijaksana tentang harta adalah ilmu adalah harta kerana ilmu mengurus wang.
Politik dipergunakan orang berilmu tapi politik mempergunakan orang tidak berilmu.
Didik rakyat ilmu politik dengan menerbitkan satu akhbar sisipan khas dalam semua akhbar yang dari hadapan adalah pandangan ahli BN, dari belakang adalah pandangan ahli PR dan di tengah-tengah adalah pilihan yang kita ada serta kesannya pada rakyat.
5. Politik
Kerakusan ahli politik memanipulasikan apa sahaja demi kepentingan diri mengakibatkan hubungan kaum Malaysia terancam.
Nasihat orang bijaksana tentang harta adalah ilmu adalah harta kerana ilmu mengurus wang.
Politik dipergunakan orang berilmu tapi politik mempergunakan orang tidak berilmu.
Didik rakyat ilmu politik dengan menerbitkan satu akhbar sisipan khas dalam semua akhbar yang dari hadapan adalah pandangan ahli BN, dari belakang adalah pandangan ahli PR dan di tengah-tengah adalah pilihan yang kita ada serta kesannya pada rakyat.
Perkara
sensitif;
1. Pendidikan
Rakyat
Malaysia lahir di Hospital yang sama, bekerja di pejabat yang sama tapi Sekolah
di Sekolah yang berlainan.
Pendidikan
Jenis Kebangsaan mustahil dihapuskan dalam masa terdekat tapi satu kerangka dan
hala tuju jelas mengenai kesatuan pendidikan harus dirancang agar semua tahu pada tahun 2030 semua sekolah akan diseragamkan. Sasaran perlu ada walaupun untuk mencapai mimpi.
2. DEB/NEP & Ekonomi
Bila
ada yang menyentuh Melayu melepaskan DEB/NEP, sebagai balasan, Melayu meminta
Cina melepaskan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kesimpulannya, kedua pihak perlu
berkorban melepaskan kepentingan minoriti demi kepentingan majoriti.
DEB/NEP
amat mustahil untuk dihapuskan mengambil kira jurang kemiskinan yang ada kini.
Tapi satu kerangka dan hala tuju jelas perlu diadakan agar selepas 10 tahun
DEB/NEP akan dikurangkan, dengan dibantu Cina dan India DEB/NEP pasti boleh
dihapuskan selepas 20 tahun.
Penghapusan
DEB juga perlu diselaraskan dengan mekanisme khas yang wajib menghapuskan monopoli
perniagaan oleh satu kaum sahaja. Jadikan monopoli perniagaan sebagai satu
jenayah baik untuk swasta mahupun untuk Kerajaan.
3. Agama
Tipulah
Islam kalau kita kata kita tidak akan berdakwah dengan bukan Islam. Tipulah
Kristian kalau mereka kata mereka tidak akan berdakwajh dengan Islam. Begitu
juga agama lain.
IFC
harus diwujudkan dan Ketuanya dipilih melalui demokrasi dan wajib menjunjung perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai Agama Rasmi.
Melainkan
undang-undang tersebut diubah di Parlimen.
4. Hak Istimewa dan Sama Rata
Melayu
sudah pasti tidak akan melepaskan hak istimewa yang mereka dakapi selama ini.
Jika niat kaum mendesak Melayu menghapuskannya agar hak sama rata ditegakkan,
maka ia harus mengambil kira factor sama rata dalam perniagaan, pelajaran dan
pekerjaan.
5. 1 Malaysia
1Malaysia adalah aspirasi Perdana Menteri dalam menyerap pemikiran pelbagai kaum di Malaysia agar menjunjung keharmonian dan keamanan dalam Malaysia yang satu.
Kerana ia adalah idea asal dari BN maka PR senantiasa cuba menjatuhkannya.
Melalui MKPN ini adalah peluang untuk mereka yang tidak bersetuju dengan 1Malaysia untuk memberi idea yang lebih baik dalam melahirkan bangsa 1Malaysia pelbagai kaum.
Kesimpulannya, kesemua
29 anggota MKPN memikul amanah yang amat besar yang bakal menentukan hidup mati
Rakyat Malaysia.
Kita
hanya boleh berharap mereka berlapang dada meletakkan kemahuan minoriti di tong
sampah dan majoriti dihadapan. Sudah pasti sebagai pakar pengkritik
Kerajaan mereka boleh buat lebih baik dari Kerajaan. Ini adalah peluang untuk
mereka buktikan, cakap dan buat adalah perkara yang sama enteng bagi mereka.
Sama-sama kita doakan.
No comments:
Post a Comment