2014 adalah tahun untuk segala barang naik. Sebenarnya, Kerajaan
kurang berdisplin mengikut jadual kenaikan harga yang telah ditetapkan lama
dahulu. Dari kadar cukai, Tol, TNB, Syabas,dan lain-lain yang dibina dan diselanggara oleh syarikat konsesi, Kerajaan terikat dengan perjanjian yang telah menetapkan kenaikan. Lebih kalut
lagi, ketua-ketua Kerajaan dan segelintir parti pemerintah Kerajaan terikut pula rentak tarian ahli politik pembangkang yang mempolitik dan memanipulasikan isu
ini hingga yang segantang jadi segunung, setitik jadi lautan. Kenaikan berkala hari ini akhirnya jadi kenaikan berganda dan bertimpa-timpa.
Begitu juga barang keperluan asas dimana pentadbiran Kerajaan
setiap tahun menyatakan komitmen untuk mengurangkan subsidi.
Semua ini sudah ditetapkan lebih 10 tahun dahulu, dan
Kerajaan serta parti pemerintah bersetuju disertai dengan pelan pembangunan
ekonomi ajar pendapatan rakyat dan kenaikan wajib selaras. Jika pendapatan
rendah dan kenaikan tinggi, maka Kerajaan akan menggunakan keupayaannya
menangguhkan kenaikan sehingga ia benar-benar selari.
Malangnya, antara tahun 2004-2008 banyak berlaku ketirisan.
Seolah misteri dan ajaib, persoalan wang royalti Petronas berjumlah ratus
billion ringgit dibelanjakan kemana juga tidak dijawab walaupun berkali-kali
dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathi Mohamad.
Tun Dr Mahathir dalam artikelnya di http://chedet.cc/?p=283#more-283
pada 3 Julai 2009 mempersoalkan kemanakah Kerajaan membelanjakan wang royalti Petronas
yang berjumlah RM 253.6 billion(2004-2009) berbanding dirinya yang
membelanjakan RM 168.8 billion(1981-2003) untuk membina pelbagai kemudahan
seperti LRT, Komuter, PLUS, LPT, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, F1, Putrajaya, Cyberjaya, Bukit Jalil, dan banyak lagi.
Inilah impak dari satu tindakan kita memilih pemimpin samada
dari peringkat ADUN, Parlimen, Parti dan sebagainya yang perlu kita perhalusi
dan dalami.
Dato Seri Mohd Najib
Tun Razak berusaha sepenuhnya memulihkan dan berharap agar Negara kembali pada
landasan yang tepat menuju Wawasan 2020. Samada kita penyokong ataupun pencemuh
beliau, kita perlu berpegang pada fakta bahawa beliau berjaya membawa Malaysia
keluar dari krisis ekonomi dunia yang melanda sekita tahun 2010, malahan hingga
2013, Amerika sendiri masih belum berjaya keluar darinya.
Mungkin benar Perdana Menteri tidak melakukannya dengan
sempurna dan baik untuk memuaskan semua pihak, tetapi kita tetap perlu
menghargai usaha gigih dan kerja keras beliau. Sekurangnya, rakyat dapat
merasai BR1M, KR1M, TEKS1M, Bantuan Persekolahan dan banyak lagi.
Jika ditanya pada penyokong PR, pastilah mereka akan berkata
jika PR memerintah Malaysia tiada kenaikan sedangkan Kerajaan Negeri PR
Selangor sudah menaikkan cukai pintu, caj letak kereta, kompaun, tol dan
sebagainya.
Siapapun kita pilih, ingat impak dari satu tindakan
memangkah kita, dan bagaimana kita harus menghormati demokrasi serta memilih
pembangkang yang benar-benar berkualiti. Adalah wajar kita hukum dalang di sebaliknya ketirisan 2004-2008 tapi kerana Melayu Mudah Lupa hari ini kita angkat dan julangnya.
Jika pembangkang antara tahun 2004-2009 benar-benar berkualiti,
maka adalah mustahil RM 253.6 billion tersebut boleh hilang tanpa dikesan.
Namun, pembangkang lebih gemar memberikan kritikan tidak membina, dimana dengan
matematik mudah kita dapat congak yang senang adalah pemimpin tidak kira BN
atau PR, yang sengsara adalah rakyat.
Dalam soal ini, bukan sahaja pembangkang, malahan ahli parti
pemerintah itu juga perlu dipersalahkan kerana membiarkan wang sebanyak itu tidak diperjelaskan kemana.
Bayangkan jika 1/3 dari RM 253.6 billion tersebut dapat diselamatkan
Kerajaan maka ia boleh digunakan bagi menangguh kenaikan hingga kesatu masa apabila
pendapatan dan kos sara hidup rakyat adalah seimbang.
Sebagai rakyat yang optimis dan positif kita perlu kekal fokus
pada cabaran hari mendatang berbanding kesilapan masa lepas. Pada masa sama
kita wajib jadikan iktibar dan renungan berapa billion yang akan hilang jika
kita menukar kerajaan atau memilih pemimpin parti yang korup.
Kita juga perlu
fikir, jika PR yang memerintah Negara apakah benar-benar tiada kenaikan kerana yang
berlaku di Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan adalah sebaliknya.
Mahu tak mahu kita sebagai rakyat biasa terpaksa redah dan
berharap sinar esok lebih terang. Kita berdoa agar Tuhan bukakan hati 222 Ahli
Parlimen serta semua ADUN Negeri untuk memotong gaji dan elaun mereka agar dapat berkongsi kesengsaraan rakyat.
Kita juga berharap 222 Ahli Parlimen serta ADUN khususnya di Selangor dan Penang yang baru mendapat kenaikan gaji 3 kali ganda bersimpati
dengan nasib rakyat yang ditimpa musibah banjir dengan mendermakan gaji bulan
Januari 2014 mereka.
Semoga Tuhan jadikan pemimpin kita mempunyai kualiti cakap
dan tindakan adalah seiring.
GOD BLESS MALAYSIAN.
No comments:
Post a Comment