Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pengarah dan
artis yang berjaya tidak dicalonkan dalam Festival Filem Asia baru-baru ini.
Hakikatnya, para pengarah dan artis yang lebih sibuk berpolitik dan lebih bijak mengkritik Kerajaan dan orang lain berbanding melihat dan berusaha membaiki kelemahan diri sendiri dalam berseni.
Hakikatnya, para pengarah dan artis yang lebih sibuk berpolitik dan lebih bijak mengkritik Kerajaan dan orang lain berbanding melihat dan berusaha membaiki kelemahan diri sendiri dalam berseni.
Sejak filem Jangan Pandang Belakang dan Adnan Sempit, semua
Pengarah berlumba-lumba menghasilkan filem Hantu dan Lawak kerana mereka lebih
mengutamakan keuntungan berbanding kualiti dan seni yang disampaikan. Lagu
tidak perlu kata, lagu cinta dan jiwang tetap akan mengatasi lagu lain walaupun
kosong.
Sebagai penggiat seni, para pengarah dan artis sepatutnya
memenuhi keperluan seni dan bukannya keperluan peminat. Peminat sebenarnya
mudah disogok dan disumbat oleh apa sahaja yang dihidangkan kepada mereka,
justeru adalah menjadi amanah dan tanggungjawab yang besar bagi pembuat filem
dan pencipta lagu menghasilkan seni yang benar-benar diperlukan masyarakat.
Bukan setakat tayangkan hantu berkaki dan lawak lelaki pakai pakaian wanita.
Jelaslah orang Melayu dibodohkan oleh orang bukan Melayu
melalui filem hantu, lawak dan lagu yang merendahkan mentaliti dan IQ
masyarakat serta menghilangkan jati diri Melayu serta menggugat akidah dan
iman.
Sebagai penggemar filem, saya tidak layak mengkritik
pengarah filem dan artis kerana saya sendiri tidak berani berhadapan dengan
kamera TV, tapi kegagalan dicalonkan dalam Festival Filem adalah tamparan hebat
kepada Pengarah suka kritik, Pengarah suka Twitter, Pengarah Youtube, Pengarah
5 sen, Pelakon dan Penyanyi suka berceramah, Pelawak Murahan Pakai Baju Wanita
dan ramai lagi penggiat seni.
Saya berpendapat sebenarnya Pembuat Filem dan Lagu mengambil
jalan mudah kerana golongan muda pada awal 2000 lebih rela memilih menonton
filem Barat dan meminati karya mereka. Justeru, apa yang disogokkan adalah seni
yang bukannya seni sebaliknya sampah.
Tujuan saya menulis ini juga bukan untuk mengkritik jauh
sekali menghina sebaliknya ingin berkongsi harapan agar filem dan lagu kita
dihasilkan demi membangunkan nilai masyarakat dan bukan menjatuhkan atau lebih
tepat melahirkan masyarakat berkualiti rendah yang rela ditakutkan oleh tahyul
dan terus leka ketawa kosong.
Saya yakin kepada kemampuan pengiat seni dalam menerbitkan filem
dan lagu yang berjaya mendidik masyarakat. Walaupun hasil seni seperti itu
tidak mendapat sambutan menggalakkan, tapi ia adalah satu perjuangan yang
jelas dan tidak akan dimakan zaman, lebih lagi jika dibandingkan dengan filem hantu dan lagu jiwang karat
yang jelas bukan satu perjuangan tapi jika diambil terlebih akan membawa kepada kemusnahan yang maha dahsyat.
Harapan saya pada pejuang seni, abaikan politik, jangan
terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain, dan fokus pada “what you do best”
iaitu berseni.
PS: Sudirman tetap hebat tanpa lagu cinta, P.Ramlee tetap
agung tanpa filem hantu, dan siapa-siapa boleh melawak bila mengenakan pakaian
wanita.
No comments:
Post a Comment