ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, December 9, 2013

Cadangan dan Syor pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Saya terpaksa menukar MyKad untuk kali kesepuluh kerana pihak bank tidak dapat meluluskan permohonan saya kerana MyKad saya tidak dapat dibaca. Dalam erti kata lain MyKad saya rosak dan saya perlu membayar RM 10.00 dan menunggu selama 10 hari atau lebih.

Saya meminta pihak JPN menjelaskan mengapakah MyKad yang rosak perlu dibayar RM 10.00 dan jika dibayar mengapa perlu tunggu hingga 10 hari? Bayangkan kos tambahan serta kesusahan lain yang perlu dihadapi Rakyat khususnya golongan tua dan luar bandar.

Kerosakan MyKad hampir semuanya berpunca dari cip tidak boleh dibaca dan Rakyat tidak wajar dipersalahkan. Ini kerana, cip tersebut hanya digunakan oleh Bank dan KWSP untuk sekali dua sahaja setahun.

Beberapa persoalan juga perlu dijawab oleh JPN seperti berapakah nilai satu MyKad dibayar oleh JPN kepada pembekal dan jika saya melalui persatuan atau Kerajaan Negeri mampu membekalkan MyKad kepada JPN dengan harga RM 5, bolehkah JPN mengurangkan harga.

Umum memahami beberapa faktor tidak membenarkan pihak JPN melayan permintaan mana-mana pihak atas alasan keselamatan Negara, namun, RM 10.00 untuk membayar kad yang sering rosak juga mengancam keselamatan poket Rakyat.

Sehubungan itu, saya mengesyorkan pada JPN agar memperkenal 2 MyKad kepada Rakyat Malaysia dimana MyKad 1 tanpa cip dan wajib dibawa kemana sahaja dan MyKad2 dengan cip tidak wajib dibawa bersama.

Dengan ini, Rakyat boleh menyimpan MyKad 2 tersebut dalam peti yang berkunci agar tidak rosak terutama apabila mahu digunakan.

MyKad 1 tanpa cip yang wajib dibawa jika rosak pasti lebih murah berbanding sekarang yang bercip dan langkah ini bertepatan dengan aspirasi Perdana Menteri, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Saya berharap JPN dapat memberi penjelasan dan tidak membiarkan Perdana Menteri dan partinya dipersalahkan oleh rakyat walhasil pihak JPN mempunyai kuasa untuk melaksanakan amanah yakni berkhidmat untuk menyedia kemudahan pada Rakyat.

Sekian.


No comments: