ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, June 27, 2013

Laksanakan Sukan 1Malaysia, Hospital 1Malaysia dan Bahasa 1Malaysia


Dasar Kerajaan menjenamakan 1Malaysia bukan untuk kita tetapi untuk anak masa hadapan. Dasar ini adalah amat bagus dan harus digiatkan kesegenap lapis masyarakat agar mereka tidak keliru ianya hanya politik. 1Malaysia bukan politik tetapi ia adalah milik kita semua.

1Malaysia harus keluar lebih garang dan tidak hanya menjadi 1MMESS – 1Malaysia Melayu Syok Sendiri, kerana dapat dilihat dengan jelas masyarakat bukan Melayu kurang memahami jauh sekali mempunyai semangat 1Malaysia.

Semangat 1Malaysia subur pada jiwa anak-anak yang masih dalam pembentukan jiwa, justeru Kerajaan harus menganjurkan pertandingan sukan 1Malaysia di peringkat daerah, Negeri dan Negara.

Semua sukan popular berpasukan di kalangan anak muda akan dipertandingkan seperti 4 X 100, 4 X 200, Badminton, Takraw, Bola Sepak, Bola Keranjang, Bowling, Snooker, Billiard, Tarian BreakDance, Tarian, Flashmob, Nyanyian, Koir, Pertandingan Muzik dan sebagainya.

Setiap sekolah wajib menghantar satu penyertaan dan setiap pasukan harus disertai oleh sekurang-kurangnya seorang Melayu, seorang Cina dan seorang India. Bagi pertandingan yang melibatkan ramai peserta dalam satu kumpulan seperti Bola Sepak dan Tarian ia mesti lebih dari seorang dan tidak lebih dari setengah.

Pasukan sukan ini boleh terdiri dari Sekolah yang berlainan asalkan syarat utama dipenuhi.

Hadiah menarik dan mewah bernilai ratusan ribu ringgit akan diserahkan kepada pemenang.

Sukan 1Malaysia bakal menyerapi jiwa dan semangat 1Malaysia dalam jiwa anak-anak Malaysia.

Untuk golongan dewasa pula, 1Malaysia sebenarnya sudah lama diamalkan dalam hidup seharian kita. Cuma ia digambarkan dan dilakukan atas pelbagai alasan dan sebab yang berlainan namun semangat yang sama. Untuk menerapkan semangat 1Malaysia dalam jiwa orang dewasa mungkin sudah terlambat, tapi better late then never.

Hakikatnya, semangat 1Malaysia tumbuh dengan subur di Hospital Kerajaan. Jururawat Melayu membasuh najis dan memandikan pesakit India dan Cina. Doktor India merawat pesakit Melayu. Pesakit Cina pula berbual dengan pesakit Melayu. Semua ini dilakukan kerana di Hospital, semua pesakit adalah sama dan tiada warna kulit yang dibezakan dalam perubatan.

Untuk ini, Kerajaan harus merancakkan slogan, senyuman dan kata-kata perangsang 1Malaysia di Hospital.

Jadikan Hospital sebagai Duta 1Malaysia.

Untuk tujuan penghebahan apa yang terjadi dalam Hospital dan Sukan di Malaysia, kita memerlukan “agen pemasaran” dalam media sosial baru seperti FB dan Twitter.

Untuk ini Kerajaan harus mengadakan pertandingan fotografi dan video pendek 1Malaysia yang diambil secara candid. Pemenang akan ditentukan oleh jumlah like dalam FB.

Bagi tujuan ia mencapai golongan IT-Blind, Kerajaan perlu mewajibkan Akhbar Utama menerbitkan akhbar sisipan 1Malaysia sekali seminggu dan memaparkan gambar dan cerita 1Malaysia di Hospital, di Sekolah, di arena Sukan, di Pejabat, di dalam Pengangkutan Awam, di Pasar, di lorong kecil atau dimana sahaja.

Pemenang bagi foto 1Malaysia dan video 1Malaysia yang paling candid berpeluang memenangi puluhan ribu ringgit selain pelbagai peluang lain.

1Malaysia sudah lama diamalkan, dan Perdana Menteri hanya merangsang ia keluar dengan penjenamaan 1Malaysia. 1Malaysia perlu diserapkan melalui kaedah separa sedar diatas dan juga kaedah sedar dengan paksaan.

Perkasakan Bahasa 1Malaysia iaitu Bahasa Kebangsaan kita Bahasa Melayu. Wajibkan semua kanak-kanak berusia 12 tahun yang memohon Kad Pengenalan dan bagi 18 tahun yang mahu menukar Kad Pengenalan agar lulus ujian membaca dan bercakap Bahasa Melayu yang betul dan tepat.

Jika gagal,sediakan Agen atau Pusat Bahasa secara percuma sehingga mereka berjaya membaca dan berbahasa Melayu dengan lancer barulah beri mereka Kad Pengenalan.
Dengan Sukan 1Malaysia, Hospital 1Malaysia dan Bahasa 1Malaysia, 1Malaysia diyakini akan berjaya mencapai matlamat mendidik rakyat dan memajukan Negara.

No comments: