ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, June 14, 2013

GULINGKAN PM NAJIB



Demi survival bangsa Melayu, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak harus digulingkan oleh ahli UMNO pada Pemilihan Agung UMNO kelak.

Kita akui beliau adalah seorang Perdana Menteri yang baik dan mempunyai visi yang hebat, namun beliau gagal sebagai Presiden BN. Walaupun kerusi UMNO meningkat kepada 88 kerusi, tetapi sebagai Parti Kemudi kepada MCA, MIC dan Gerakan, UMNO harus berkongsi tanggungjawab kekalahan teruk MCA dan Gerakan.

Dengan segala jentera Kerajaan dan Parti berada di bawahnya, beliau gagal menghidu tsunami Cina dan penolakan pengundi muda. Bukan itu sahaja, kini masyarakat Cina kian agresif memusuhi Kerajaan khususnya dan Melayu amnya.

Realitinya, sebagai rakyat marhaen kita sudah lama mendengar keluhan Peruncit Cina akan ancaman Kedai Rakyat 1Malaysia keatas perniagaan mereka, kita sudah tahu lama masalah ketirisan dalam perbelanjaan Kerajaan, kita maklum akan miskin Bandar yang tinggi tetapi tidak layak pula untuk bantuan BR1M dan sebagainya, kita sedar betapa masyarakat Cina mementingkan pendidikan khususnya Sekolah Cina yang mereka anggap sebagai nadi identiti keCinaan mereka, kita khatam akan permainan politik sempit satu kaum DAP, kita keliru peranan Datin Sri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri dan semua ini hanya menunjuk kepada satu petunjuk, CINA TIDAK AKAN UNDI BN. 

Malangnya, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mampu menghidunya, jauh sekali mengambil sebarang langkah pencegahan, pengawalan malah beliau langsung tidak bersedia menghadapi kemungkinan. Lebih malang, reaksi terkejut Perdana Menteri gagal disembunyikan pada malam kemenangan PRU 13.

Keputusan PRU 13 memberi  Gred F atau gagal teruk kepada Gagasan 1Malaysia. G1M patut dibubarkan sahaja dan layak ditukar nama kepada 1MESS atau 1Malaysia Melayu Syok Sendiri. Ini kerana hanya Melayu sahaja bersorak menyokong 1Malaysia tetapi kaum lain tidak endah pun melainkan yang mendatangkan keuntungan pada mereka.

Jika Perdana Menteri di KPI, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berjaya tetapi sebagai Presiden BN dan UMNO beliau gagal. Gagal kerana dalam muafakat BN, semua Ketua Parti menjaga masalah kaum dan agama masing-masing, dan sebagai Ketua Parti Melayu, beliau gagal memperjuangkan Melayu. Buktinya, bila Bukan Melayu berhimpun, menghina Bendera, Lagu dan Raja serta menghina Nabi SAW tiada tindakan diambil, tetapi jika Melayu yang buat demikian pasti akan dihukum "pancung" dengan serta merta.

Jika UMNO di KPI, UMNO lulus tipis itupun kerana pengundi atas pagar mengundi UMNO bukan kerana sukakan UMNO tetapi kerana tidak suka PR. UMNO sebenarnya tidak pernah berubah dan tidak akan berubah, diakar umbi kebanyakan Ketua Cawangan UMNO diketuai oleh orang gila kuasa yang sama sejak 20 tahun lepas dan mereka rata-rata berusia 50 tahun keatas dan hanya berkelulusan SPM.

Syukurlah, UMNO dipilih sebagai Kerajaan baru dengan menang 88 kerusi, tapi parti tunjang Melayu itu tidak boleh bergembira kerana selepas PRU 13, Melayu sedang diperangi. 

Serangan dari luar dan dalam kelompok Melayu dengan dibantu golongan elitis Melayu. Melayu diserang kerana ada Parti mahu merampas segala baki hak istimewa Melayu. Melayu diserang untuk dihilangkan identiti kesopanan dan kesusilaan. Melayu diserang untuk merendahkan nilai hidup dan secara tidak langsung melonggarkan pegangan akidah, akhlak dan keimanan mereka.

Melayu adalah satu-satunya bangsa di dunia yang tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Penyerang ini tahu untuk memerangi Islam mereka harus melemahkan Melayu dengan apa jua cara termasuk menghakis keMelayuan dan mengadu domba sesame Melayu. Persoalannya, apakah rancangan, tindakan dan persediaan PM sebagai Ketua Kaum Melayu dan Islam di Malaysia?  

Saya menghadiri Wacana & Post Mortem PRU 13 anjuran alumni UiTM dan GPMS. Saya menjadi saksi kenyataan bekas Hakim Negara. Saya turut berkongsi dengan puluhan peserta yang beratur berebut “microphone” dan apabila diberi peluang mereka berucap dengan sungguh berapi. Walaupun emosi mengendali akal, namun ada benar kata dan kecewa mereka. Kecewa, kerana Presiden UMNO bukan sahaja gagal memperjuangkan Melayu tetapi juga gagal bertegas dan tunduk pada suara kaum lain.

Dalam wacana itu, seorang peserta bertanya dan kami tertanya dimana Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah menunjukkan kekecewaannya terhadap kaum Cina yang ditatang dengan penuh kasih sayang, malah lebih dari sayang dari kaumnya Melayu sendiri, maka apakah tindakan PM selepas ini? 

Apakah PM masih akan menghulurkan bantuan ratusan juta kepada Sekolah Cina? Selepas ISA dihapuskan, apakah PM mahu menghapuskan lesen senjata agar kongsi gelap Cina dapat hidup tenteram?

Ditanya kepada saya, apakah PM berani bertegas terhadap pelaku jenayah dan penghasut seperti Namewee, dan terkini peserta Black 505 yang majoritinya Cina?

Jawapan saya TIDAK! PM tidak akan berani mengambil tindakan keatas kaum Cina langsung.

Sebenarnya, Melayu bukan minta PM jentik pun orang Cina, Melayu Cuma minta PM memberi kebebasan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan keatas mana-mana pihak yang mengingkari Rukun Negar yakni Tuhan, Raja, Negara, Perlembagaan, Undang-undang dan kesopanan. Jika Cina mahu boikot Melayu, mahu jual mahal kepada Melayu, mahu beli barangan Cina, mahu menggaji pekerja Cina, mahu perhebat diskriminasi atas Melayu, percayalah, kami orang Melayu beragama Islam yakin pada rezeki Allah, Allah yang beri kita makan bukan Cina ataupun Najib, Melayu tidak khuatir tetapi kami pinta agar kaum lain belajar menghormati hak-hak Melayu seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Negara.

Kesimpulannya Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilahirkan dalam keluarga elitis yang mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Lim Goh Tong atau secara tepatnya Genting justeru beliau kurang Melayu.

PM kita lebih Malaysia, malah mungkin lebih bukan Melayu dari setengah bukan Melayu. Ini dibuktikan melalui kenyataan terbaru adiknya, Dato Sri Nazir Razak yang membela Azran Rani Osman. Kenyataan Azran Rani Osman tidak salah kerana ia merupakan hak asas manusia yakni hak bersuara. Tapi yang salahnya bila Azran seperti pendokong partisan dan pejuang kebebasan bersuara pelampau yang lain terlupa, Utusan juga mempunyai hak kebebasan bersuara seperti yang diperjuangkan dan dimiliki mereka.

Bagi yang matang, mereka maklum kebebasan bersuara pakej dengan kebebasan mendengar kerana bila kita bebas bersuara kita tidak menutup telinga kita. Maka jelaslah bahawa golongan yang memperjuangkan kebebasan bersuara hanya  mahu mendengar  perkara yang mereka suka sahaja.  

Bila ada pihak bersuara perkara yang mereka tidak suka dengar, mereka akan kecam rasis, kampung, radikal agama, ortodoks, sakai, bodoh dan pelbagai lagi. Bagi golongan elitis yang mempunyai kuasa, mereka bertindak seperti kanak-kanak dan mengugut.

Bila ada pihak bersuara perkara yang mereka suka dengar, maka mereka puji dan puja moden, hebat, pemikiran terbuka, hak kebebasan, globalisasi, bijak, pandai dan sebagainya.

Tenyatalah,adik dan abang datang dari acuan yang sama. Malang buat UMNO kerana mempunyai Presiden yang tidak memperjuangkan bangsanya sendiri. Sekurangnya, meletakkan agenda “Malay First”, "Malaysian Second" samada melalui tindakan sahaja atau tindakan dan ikrar. Semua Presiden UMNO termasuk pengasas UMNO mempunyai semangat Melayu dan Islam yang tebal seperti penentangan Malayan Union, DEB, Ultra Malay dan banyak lagi. 

UMNO memerlukan ketua dan Presiden yang kuat semangat dan jiwa Melayunya. Kegemarannya belacan, makannya bersila, pilihan menantunya Melayu, malah ia tidur dan kentut pun bau Melayu. Perjuangan Melayunya sehingga semua anaknya sekolah di Malaysia, jantungnya dibedah pakar bedah Melayu, kawan Cina dia seorang bermatian di Palestin, seorang lagi billionair yang ada misai macam Melayu.

Percayalah, UMNO tidak boleh lagi memberi kepercayaan kepada  Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana BN bergantung kepada UMNO sebagai pengemudi dan Malaysia memerlukan BN. 

Pada Ahli UMNO yang akan mencalon dan mengundi Presiden UMNO, pesan saya, Ini Kalilah!!!

Saya banyak menulis meminta ahli UMNO jangan undi UMNO pada PRU 12, dan pelbagai lagi kecaman pada Perdana Menteri ketika itu. Saya mengaku salah dan bersedia dipecat apabila sama-sama Tun Dr Mahathir isytihar keluar UMNO. Kini, saya menyeru orang Melayu untuk kembali memperkuatkan diri, memilih Presiden UMNO Melayu sejati, dan pecatlah saya sebagai ahli UMNO.

Maafkan saya....saya pernah berjanji untuk bersara politik. Saya sudah bersara politik kerana jemu dengan sikap UMNO khususnya dan Melayu amnya. Ini adalah artikel politik penutup saya dan saya bersedia dipecat UMNO.

No comments: