Kaum ibu pasti bergegar jiwa membaca tajuk ini iaitu poligami atau polizina?
Malangnya ia bukan pilihan untuk kaum ibu pilih, tetapi ia sudah menjadi amalan kebanyakan suami, ada yang ketahuan dan ada yang tidak.
Dewasa ini kita dikejutkan dengan berita Fathul Bari, Azhar
Idrus berpoligami, dan terkini Ashraf Muslim yang mahu kahwin lagi satu selepas
bernikah 2 tahun lalu.
Kita sering ditanya oleh sahabat Bukan Islam dan juga kaum
wanita Islam kenapa orang yang Islam semakin mendalami agama semakin cenderung
untuk berpoligami.
Jawapan dia mudah, semua manusia ada masalah seks baik
lelaki atau perempuan. Malangnya, lelaki poligami ini tidak gentle dan sering
menggunakan hujah ia sunnah Rasulullah SAW sedangkan Nabi Muhammad SAW
berpoligami bukan kerana masalah seks.
Hakikatnya, semua manusia mempunyai masalah seks, bezanya
bagaimana kita menghadapi masalah itu, samada mencari penyelesaian atau lari
dari masalah itu dengan menerima, menyembunyi dan cuba hidup dengannya.
Ada yang isteri gigit bantal ada suami gigit katil. Semuanya
kerana orang Islam dan Melayu malu bila berbicara tentang seks. Akibatnya,
perasaan terpendam itu terus dipendam dan secara tidak sedar kita mula tidak “adventure”
dengan pasangan kita.
Seks juga berkaitan dengan faktor umur. Menurut kajian,
lelaki bertambah keperluan seks selepas antara usia 30 tahun hingga 50 tahun.
Jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh mengakibatkan sindrom kemiangan dan
berlarutan antara usia 50 tahun hingga 70 tahun.
Sebaliknya, wanita pula akan tidak perlu langsung kepada seks
pada usia 40 hingga 6o tahun. Pada usia 30 tahun hingga 40 tahun, mereka perlu
tetapi meletakkan anak-anak sebagai agenda utama keluarga.
Dengan ini jelaslah, pengurusan seks adalah kunci kepada
poligami.
Pada yang bukan Islam, khususnya orang Cina mereka tidak
boleh berkahwin lebih dari satu. Namun, seperti lelaki Islam, mereka juga
berhadapan dengan masalah seks dan dari 10 kenalan Cina saya, 9 dari mereka ada
hubungan, skandal dan melanggan pelacur.
YA!!! ZINA!!!
Pada zaman kiblat duniawi ini, jika suami anda tidak poligami
mereka pasti polizina. Dari 10 kenalan Melayu-Islam saya, 8 dari mereka
mengamalkan polizina, 1 mengamalkan poligami dan 1 lagi berjaya selesai masalah
seks dan gembira dengan isteri.
ALLAH SWT Tuhan Maha Agung arif sifat cela manusia yang
punya nafsu maka ALLAH benarkan umat Islam poligami sehingga 4 orang. Tujuannya
jelas, bagi menjaga hak kaum wanita dan zuriat yang bakal lahir jika polizina
diamalkan. Allah melarang manusia mengamalkan waima sekalipun ini pula poli zina dan menyediakan hukuman berat kepada
lelaki yang melakukan zina iaitu Neraka Jahanam.
Justeru, kaum isteri harus berusaha meningkatkan usaha, mood
dan pengetahuan dalam bidang melayan suami agar keperluan seks mereka dipenuhi
dengan benar, terang, jelas dan jujur. Bukan demi anak-anak, demi menjaga hati,
demi kelesuan bekerja dan sebagainya dijadikan alasan, maka rungutan dalam jiwa
tetap didengari Allah dan Syaitan, lalu dua pilihan akan mendekati(approaching),
poligami dari Allah atau zina dari Syaitan.
Saya memuji lelaki
yang mengamalkan dan poligami dan menghina lelaki yang mengamalkan polizina.
Isteri harus memuji suami yang mengamalkan poligami dan
menghina suami yang mengamalkan zina walaupun sekali, lebih baik lagi jika isteri berusaha memastikan suami tidak berzina dan tidak berpoligami tetapi dicukupkan keperluan batin mereka.
No comments:
Post a Comment