Sejak 2008 pemimpin Malaysia sudah tidak mampu untuk memberi 100% usaha untuk memimpin rakyat kerana sibuk berpolitik. Dalam kerajaan, dilihat mereka terpaksa berbuat demikian bagi menyaingi politik pembangkang kerana jika tidak, mereka akan dilihat lemah dan gagal. Hasilnya, rakyat diabaikan oleh pemimpin samada dari Kerajaan atau pembangkang.
Isu seperti dera anak, buang bayi, ragut, jalan berlubang dan mat rempit tiada kesudahan. Yang paling kasihan adalah bayi dan anak kecil yang tidak berdosa.
Soalnya, sampai bila 222 Ahli Parlimen Malaysia mahu bertindak dan sebulat suara menyokong pindaan undang-undang yang membolehkan hukuman berat berbentuk seksaan keatas pendera kerana menyeksa anak kecil yang tidak mampu mengancam mereka?
Bilakah 222 Ahli Parlimen mahu meminda undang-undang agar bayi yang dibuang dan diabaikan samada masih hidup atau mati dikesan bapanya melalui ujian DNA. Si Bapa perlu dihukum mati jika bayi tersebut mati dan dihukum membayar nafkah sehingga bayi tersebut berumur 18 tahun jika bayi itu masih hidup.
Hanya dengan undang-undang keras dan saksama sahaja barulah bayi dan mangsa dera mendapat pembelaan dan perlindungan sewajarnya.
Berubahlah Malaysia!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment