Ampun Tuanku,
Ada kiranya patik pacal yang hina berbanding darajat dunia Tuanku mohon agar Tuanku memaafkan kelampauan patik.
Patik mengikuti rapat kisah Uncleseekers dari mula pendedahannya, hinggalah ke berita penangkapannya dan sejak dari hari itu, tiada lagi khabar berita malah Blognya juga sudah dipadam.
Patik tidak pernah bersua dengan Uncle Seekers dan sememangnya tidak suka kepadanya khususnya bagaimana beliau menjatuhkan maruah Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahudin melalui Permaisuri Siti Aishah.
Namun, sebagai hamba yang sama tara dengan Tuanku disisi Allah melainkan iman yang membezakan, patik hanya berminat dengan ajaran Islam bahawa kebenaran harus ditegakkan.
Dengan takdir Allah pada awal bulan Mei 2013 lebih 6 bulan selepas Uncle Seekers hilang selepas dibebaskan polis, ALLAH telah menentukan takdir patik bersua dengannya di Pasar Sri Ternak, Pasar Borong Selayang, Selangor.
Beliau ditemani oleh seorang lelaki berkulit mamak dan patik pasti lelaki tersebut adalah seorang polis paling rendah berpangkat ASP.
Patik kaya pengalaman dengan polis dan sudah memasuki semua balai Polis di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, separuh Balai Polis di Perak, Kedah dan Penang, kerana patik bekerja sebagai jurutera komputer sokongan pada Sistem Laporan Polis.
Patik tidak boleh tidak mengenalpasti individu berkenaan sebagai seorang polis.
Apakah ini bermakna UncleSeekers dikenakan "tahanan rumah" atau "tahanan terhad".
Beliau sememangnya layak dihukum atas keceluparannya pada Permaisuri Siti Aishah, tetapi pada Tuanku Sultan Johor adalah kiranya beliau tidak layak dihukum kerana apa yang dikatakan oleh beliau mengenai Sultan Johor adalah bohong semata.
Oleh kerana beliau berbohong mengenai Tuanku dan Keluarga Sultan Johor, tindakan "memenjarakan" beliau hanya memberi kelebihan kepadanya dan orang mula percaya pada fantasinya. Patik tidak kata, tetapi orang lain berkata-kata khususnya rakyat Johor.
Patik pacal hina ini maklum Tuanku seorang pemaaf dan berjiwa rakyat akan membebaskan beliau, dan Tuanku percaya dan yakin pihak yang benar pasti akan menang.
Dengan kebaikan dan kebenaran Tuanku Sultan Johor, tiada siapa mahu percaya kepada UncleSeekers lagi malah patik percaya beliau sudahpun bertaubat dan tidak akan berbohong mengenai keluarga Sultan Johor lagi.
Hingga akhir, salam daulat Tuanku. Salam Kebenaran.
Semoga Allah dan Akhirat Mengadili kebaikan Tuanku. Mudah-mudahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment