Saya merindui kepimpinan Menteri Besar Kelantan yang tegas menolak musibah asap rokok. Kerinduan
ini bertambah ketika perokok Malaysia berteriak diserang asap jerebu untuk
beberapa hari tetapi diam ketika menyerang orang lain serta persekitaran dengan
asap rokok mereka setiap hari atau hampir setiap minit.
Sebagai ulama, apa sahaja yang beliau lakukan menjadi
timbangan dan ikutan kepada ramai. Untunglah beliau menegaskan haram menghisap rokok. Keengkaran pengikut dan peminat beliau dalam hukum merokok ini
membuka keterbukaan Tuan Guru Nik Aziz sebagai manusia biasa. Alhamdulillah.
Tuan Guru Nik Aziz betul tentang satu perkara ini, asap rokok.
Rokok mengancam kesihatan perokok malah memudaratkan kesihatan orang sekeliling
termasuk mencemar udara milik Allah. Asap Rokok lebih buruk dan mudarat dari
jerebu.
Malangnya, masyarakat Malaysia mempunyai tabiat suka
menyalahkan orang lain tetapi tidak diri sendiri. Buktinya, perokok Malaysia menuding
jari kepada Kerajaan Indonesia, Kerajaan Malaysia, Syarikat Malaysia, arah
angin dan semuanya kecuali diri mereka yang merokok. Jika tidak merokok, mereka
tidak pula menyalahkan Ayah, Pak Cik, anak, abang, adik atau suami yang
merokok.
Sebagai Ulama, Tuan Guru Nik Aziz memandang ancaman asap
rokok secara mantik dan keseluruhan. Rokok membunuh manusia dan juga alam sekitar secara senyap
dan berterusan setiap minit.
Seramai 3 juta rakyat Malaysia menghisap 30 juta batang
rokok setiap hari dengan biaya RM 15 juta. Jika ia dikumpul di langit ia jauh lebih dahsyat berbanding jerebu. Bayangkan 30 juta
belon terapung di udara setiap hari.
Jika didarab dengan 365 hari, bayangkan lebih 10 billion belon
asap yang dihasilkan perokok dan memenuhi ruang udara kita dan disedut oleh paru-paru kita sebelum ditapis dan dihembuskan sebagai udara bersih.
Sudah pasti setiap perokok yang membaca artikel ini akan
memberi seribu satu alasan, namun, jika ada pilihan tidak salah untuk si
perokok berusaha berhenti merokok lebih lagi mengancam kesihatan orang lain serta
mencemar alam sekitar bersih yang ALLAH karuniakan kepada manusia sejak dahulu,
hingga hari ini dan akan diwariskan kepada anak cucu kita.
Kepada 3 juta perokok Malaysia dan lebih 25 juta saudara
perokok Malaysia, jom ubah menjadi diri yang lebih baik. Cari salah diri
sendiri sebelum menyalahkan orang lain, dengan mengakui salah diri sendiri,
barulah salah tersebut dapat dibetulkan. Tegur, nasihat, azam dan bertindak.
Allah sudah bantu kita hapuskan asap jerebu dengan hujan dan angin. Kini, giliran kita hapuskan asap rokok!!!
No comments:
Post a Comment