Utusan Malaysia hari ini melaporkan Gabenor Jakarta Joko
Widowo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi berkata jumlah kerugian banjir
di Jakarta mencecah 20 trillion rupiah atau RM 6.3 billion. Beliau juga
menyarankan agar Jakarta membina terowong bagi mengelakkan banjir dari terusan
menanggung rugi berbillion ringgit setiap tahun.
Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, dan insyaALLAH 2013 juga,
Kuala Lumpur tidak lagi dilanda banjir yang teruk. Jika ada pun adalah berpunca
dari penyelenggaraan longkang dikawasan pinggir Kuala Lumpur yang mengakibatkan
air naik untuk beberapa jam sahaja. Apa yang menimpa Jakarta boleh menimpa
Kuala Lumpur jika Bandaraya ini tidak mempunyai sistem kumbahan yang sophisticated.
Jelas, kebijaksanaan Tun Dr Mahathir yang membina terowong
Smart memberi kemudahan dan keselasaan kepada Warga Kota dari banjir dan
kesesakan sekaligus meletakkan KL sebagai pilihan pelabur asing. Kini,
sepertimana kawalan ringgit keatas dolar, idea Tun Dr Mahathir mahu digunapakai
Jakarta yang bercadang membina terowong air.
Syukur pada ALLAH mengurniakan rahmat kepada rakyat Malaysia
dengan memberi pemimpin yang mendahului masa. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment