Antara isi artikel ini menunjukkan Datuk Ahmad Faris
mewakili orang bisnes memuji Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Saya harap bukan sahaja Ketua
Polis Negara dan Timbalannya, malahan semua Pegawai Kerajaan termasuk KSN dan
YAB Perdana Menteri tidak perlu melayan bodekan seperti ini.
Beliau menggunakan rakan-rakan niaga beliau dari Eropah sebagai lonjakan kepada cerita beliau dan fakta yang agak saya keliru adalah apabila Ahmad Faris menarik perhatian rakan-rakan kongsi niaganya daripada Eropah sedar Malaysia kekurangan anggota polis untuk memenuhi kehendak masyarakat yang mendesak. Dengan kekuatan kira-kira 100,000 anggota, nisbah anggota kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500.
Keadaan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi. Apatah lagi, nisbah polis dengan penduduk yang diperakukan Interpol ialah seorang polis bagi setiap 250 penduduk. Dan kedudukan tersebut masih jauh bagi Malaysia mencapainya.
Hakikatnya penduduk Malaysia hanya berjumlah 28 juta tetapi 100,000 anggota dengan nisbah 1 untuk 500 menunjukkan penduduk Malaysia berjumlah 50 juta, satu jumlah yang amat tidak tepat. Sebenarnya nisbah polis di Malaysia adalah 1: 280, dan dengan inisiatif Kerajaan menyerapkan Polis Bantuan serta Military Police dan memberi latihan Polis Bantuan kepada Pengawal Keselamatan, sewajarnya PDRM serius dan hampir pada sasaran nisbah 1:250.
Artikel tersebut jelas dibayar kerana mempunyai predecense berbanding isu dan penulisan lain. Malahan, dikalangan orang bisnes tahu, tulisan tersebut hanya tidak lebih dari sebuah bodekan dan cubaan mengampu malah mungkin rasuah berbentuk pujian KPN dan Timbalannya.
Benarkah Utusan Melayu masih relevan sebagai suara rakyat ataupun telah menjadi suara orang yang sangggup bayar lebih? Menjadi suara orang berkepentingan yang hanya menulis untuk kepentingan diri sendiri sahaja? Utusan Malaysia atau Utusan Melayu dulu jauh lebih berroh dan berjiwa kerana dengan jelas mempunyai agenda awam yang besar. Panggilan Utusan Meloya dimulakan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan saya tidak pernah bersetuju dengannya kerana saya membaca setiap inci Utusan Malaysia sejak berusia 8 tahun.
Ironinya, bukan tiada artikel bodek dan kipas dalam Utusan sejak dahulu, tetapi ia dilakukan dengan cara yang amat profesional dan halus serta tinggi bahasanya. Sebaliknya, artikel Ahmad Faris layak digelar artikel bodek paling murah 2013.
Samada Utusan Malaysia layak dikenali sebagai Utusan Meloya atau tidak bukan atas pembaca atau pengkritik, tetapi atas diri mereka sendiri. Diharap warga Utusan memberi perhatian agar akhbar ini tidak meloyakan pembacanya.
No comments:
Post a Comment