ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, January 31, 2013

Alif

Alif yang mahu saya bicarakan adalah adalah Alif, anak syarikat Sime Darby yang kini telah mengeluarkan beberapa produk berupa barang keperluan asas seperti mentega dan susu.

Pada yang biasa dengan struktur badan kerajaan, strategi Sime Darby dan Alif bukanlah perkara baru. Felcra menubuhkan anak syarikat Felcra Engineering, Felda menubuhkan Felda Ekovest, Felda D Saji , Petronas menubuhkan I Perintis sebelum berpisah, dan banyak lagi.

Bagi yang biasa dengan ekonomi anda juga pasti pernah mendengar kitaran ekonomi atau economy spin dan kebebasan ekonomi. Kebebasan ekonomi juga merupakan senjata utama menarik minat pelabur luar untuk melabur di Malaysia.

Berbalik pada Alif, sebelum produk ini berada di pasaran, Tun Dr Mahathir dipetik akhbar perdana menegur akan GLC dan Badan Kerajaan yang secara agresif dan tegar menubuhkan syarikat yang membawa produk yang bersaing dengan perniagaan orang ramai.

Sebenarnya ia telah lama berlaku di Malaysia. Istilah orang dalam mengatakan mereka ini diletak dalam peti ais yang membawa maksud, Pengarah dan Pekerja Felda, Felcra, Petronas, Sime Darby yang bukan dalam perancangan utama syarikat tersebut tidak dipecat tetapi diberi dana untuk menubuhkan anak syarikat. Golongan ini melalui syarikat baru mereka kemudiannya mencari dan merebut pelbagai peluang perniagaan dengan peniaga marhaen.

Dalam IT kita ada Felda Ekovest, I-Perintis dahulu, dalam bidang makanan kita ada Felda D Saji. Maipp, Felcra, Alif, dan banyak lagi.Tidak dinafikan ada yang untung, ada juga yang rugi. Ironinya, GLC dan Kerajaan adalah milik rakyat, tetapi ia bersaing dengan rakyat.

Jika dahulu mungkin masalah dan kehadiran anak syarikat GLC ini tidak terasa kerana mereka mencari dan berniaga barangan industri dan bersaing dengan peniaga atasan. Tapi hari ini lain pula ceritanya, Alif buat susu dan marjerin, di Rampai Business Park Felcra Engineering menghabiskan hampir jutaan ringgit mengubah suai sebuah kedai untuk dijadikan Restoran. Kini sudah masuh tahun kedua premis tersebut tidak beroperasi dan tidak disewakan kepada sesiapa.

Hakikatnya, kita perlu pisahkan perkara ini dengan politik. Tindakan ini dibuat oleh kakitangan awam yang diamanahkan oleh Kerajaan tetapi sebaliknya mereka menghabiskan dan melabur dalam perkara yang rugi malah mereka mula menggangu dan bersaing dengan peniaga IKS.

Jika keadaan ini berterusan, kita bukan sahaja akan menghadapi ekonomi kaget tetapi juga akan menakutkan pelabur dari melabur di Malaysia.

Ingatlah, menjadi Pegawai Kerajaan ataupun Ketua anda mempunyai tugas dan amanah yang besar oleh Allah. Amanah oleh Kerajaan boleh anda bahaskan, tapi amanah dengan ALLAH, jangan sampai tergeliat lidah dipotong kecil nanti. Sebagai peniaga kecil, saya jauh dari marah. tapi dekat pada risau.

No comments: