ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, January 29, 2013

Maharaja Lawak Mega dan Harga Lawak Murahan

Riuh sana sini mengomel kemenangan MLM 2012 yang dimenangi Jozan. Yang kalah dan penyokongnya pasti tidak berpuas hati, dan yang menang pasti sangat puas hati. Hakikatnya, rakyat Malaysia masih belum matang dalam mencapai dan menghayati semangat pertandingan iaitu adat kalah dan menang.

Bagi si bijaksana, dalam pertandingan yang dicari bukan pemenang mahupun pengalah, tapi isi dan tujuan utama kita dipenuhi.

Soalnya, apa tujuan kita menonton Maharaja Lawak dan memperuntukkan masa untuknya?

Tidak dinafikan manusia yang pebagai ini ada yang mencari lawak, ada yang mahu gelak, ada yang mahu lupakan tekanan kerja dan masalah keluarga, ada yang mahu berevolusi, ada yang mahu belajar, ada yang mahu sokong bawa rebah dan ada yang  sokong kerana rupa, ada yang mencari inspirasi, tidak kurang yang mahu mencari isi untuk dijadikan status FB, ada yang mahu mengkritik, ada yang mahu berasa lebih baik dengan melihat peserta MLM gagal, dan banyak lagi.

Hakikatnya, semua peserta MLM sudah cuba sedaya upaya bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga untuk menyampaikan mesej, teladan dan ilmu dalam cara yang santai.

Amat menyedihkan apabila MLM dan Progam Lawak lain dipenuhi dengan lawak murahan yang mendapat pujian orang kita. Apa maksud lawak murahan? Lawak murahan adalah lawak memakai pakaian wanita. Ini kerana mana-mana lelaki dalam dunia ini mampu membuatkan orang lain gelak dengan memakai pakaian wanita. Jika anda tidak percaya, anda cuba memakai pakaian wanita dan keluar ke pejabat atau ke Mall, saya pasti ramai akan ketawakan anda.

Ada juga lawak biasa atau lawak harga patut iaitu menjadikan orang lain sebagai subjek dan kemudian mengajuk, mengejek, merendahkan dan menghina subjek samada rakan sendiri, juri ataupun rakan artis lain berkisar pada rupa, fizikal dan gaya.

Sebaliknya, lawak mahal pula adalah lawak yang bermesej yang dibuat dengan bersungguh-sungguh oleh peserta sebelum dan semasa pementasan tetapi tidak mendapat tepukan dan tawa penonton. Lawak seperti ini biasanya akan menjadi ikutan dan membuatkan orang tergelak waima bertahun sudah berlalu.

Samada lawak murah, lawak sederhana atau lawak mahal yang menjadi pilihan kita adalah hak kita masing-masing. Lain orang lain seleranya,  namun adalah terbaik jika kita pilih lawak yang baik untuk kita, bukan yang buat kita gelak semata-mata.

Wallahualam.

No comments: