ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, January 31, 2013

Ampunkan Dosaku Ya ALLAH - Palestin

Sepanjang hampir 2 bulan saya berjemaah di Masjidil Haram, tidak kira waktu Subuh, atau Isyak, saya sering mendengar Imam menangis dengan berdoa pada ALLAH agar membebaskan Palestin.

Sehinggakan ada masa saya terfikir, jika di Multazam, di Hijr Ismail, di belakang Makam Ibrahim malah di Masjidil Haram itu sendiri dikatakan ramai tempat mustajab doa, ini pula imam tersedu-sedu mendoakan di Masjidil Haram sambil diaminkan berjuta orang tetapi mengapa ALLAH tetap tidak membebaskan Palestin.

Persoalan itu pantas dijawab diri sendiri agar jauh dari permainan Syaitan. Namun diri ini tetap rasa berdosa bila setiap melihat penderitaan saudara di Palestin, dan tertanya kenapa belum sampai masa mereka dibebaskan dari belenggu sengsara.

ALLAH Maha Besar, hari ini selepas 4 tahun, PM Malaysia hadir di Zon Perang Palestin. Bukan untuk membebaskan Palestin tetapi pada saya setiap perbuatan waima sekecil batu sekalipun untuk meringankan penderitaan Palestin seharusnya dipuji dan disokong.

Malangnya, di Malaysia malah di Arab sendiri, masih terdapat orang Islam yang berkata-kata dengan mulutnya penuh prasangka serta iri, seolah-olah jika esok Palestin bebas, tidak boleh nama orang lain melainkan nama mereka sebagai wira pembebasan Palestin.

Maka pada hari ini, terjawablah soalan saya di Mekah dihadapan Masjidil Haram, mengapakah ALLAH YANG MAHA AGUNG DAN BERKUASA tidak membantu Palestin? Jawapannya, ALLAH TIDAK BANTU KERANA ORANG ISLAM MASIH BERBALAH SIAPA YANG LEBIH LAYAK MEMBANTU PALESTIN SEDANGKAN MEREKA SEHARUSNYA BERSATU DAN BERGANDING MEMBEBASKAN UMAT MUHAMMAD SAW DI PALESTIN!!!!!!

Ya ALLAH, Ampunkan Dosaku, kerana makhlukMU yang hina ini, hambaMU yang kotor ini mempersoalkan kewajaranMU Ya ALLAH. Terima Kasih atas petunjukMU Ya ALLAH, kini aku mengerti. Alhamdulillah.

No comments: