ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, April 10, 2014

Motor Besar, Kereta Mewah dan Pokok Ekonomi Melayu



Saya biasanya menulis panjang agar maksud saya dapat disampaikan dengan terang dan jelas. Kadang-kadang penulisan saya bosan, tersasar dan selalunya kering idea. Mengekalkan momentum dan air penceritaan bukan mudah apatah lagi bila tiba saat meringkaskan. Saya cuba ringkaskan lagi. :) 

Tajuk diatas sinonim dengan masyarakat Melayu sebaya saya yang gemarkan kereta mewah BMW, Honda, Alphard dan juga motor berkuasa tinggi.

Muda-muda lagi sudah berjaya dan bergaya. Hanya Alhamdulillah mampu saya ucapkan selain tumpang gembiradih kerana dunia saya tidak sebanding mereka. Gembira kerana rakan sudah maju dan senang, sedih kerana ekonomi Melayu masih belum kukuh seperti pokok sebaliknya goyah seperti lalang.

Kebanyakan peniaga yang saya jumpa lebih berusia dari saya masih terkial-kial seperti saya. Kesedaran untuk berniaga atau membina pokok emas lambat datang pada mereka. Dengan makan gaji seperti mengutip buah yang gugur, akhirnya pekerjaan mereka digantikan orang lain barulah mereka sedar mereka hanya menumpang teduh dibawah pokok milik orang lain.

Seharusnya orang Melayu mengukuhkan ekonominya dengan berniaga dan mengelakkan dari kebergantungan terhadap majikan, makan gaji dan simpanan semata. Binalah pokok yang teguh yang mengeluarkan hasil yang lumayan dan berbelanjalah dengan hasil tersebut bukan pokok.

Dengan duit yang dibelanjakan untuk kereta mencecah ratusan ribu ke jutaan, wajib bagi Melayu mengikut cara Cina yang hanya berkereta Proton dalam mengukuhkan pokok ekonomi mereka terlebih dahulu.

Berikut adalah fakta. Jumlah orang Cina yang mempunyai simpanan Tunai RM 1,000,000 adalah dalam nisbah 100 kepada 1 dengan Melayu. Jumlah pemilik kereta BMW dan Motor besar Melayu adalah dalam nisbah 100:1 dengan Cina.

Itu belum masuk cerita Melayu beli kereta dari Cina, baiki kereta dengan Cina, beli alat ganti dari Cina, tukar tayar dengan Cina akhirnya jual pun kepada Cina di Kedai Kereta Terpakai. Buruk kata, tiada Cina Melayu mati!!!

Semoga ramailah Eksekutif Muda Melayu yang berkereta mewah dan bermotor besar sedar dan mula mengorak langkah membina pokok yang teguh agar ramai anak bangsa dapat tumpang berteduh.

Tuesday, April 8, 2014

Dilema PBT Menangani PHD Melayu



Utusan 8 April memaparkan berita IKHLAS atau pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Sederhana Malaysia, mempersoalkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membangunkan Jalan Kenanga yang dilihat lebih banyak menguntungkan peniaga Kaum Cina. Presidennya, Mohd Rizuan Abdullah turut mempersoalkan kenapa DBKL tidak mencari kawasan Melayu dan Bumiputera untuk dibangunkan tetapi memberi tumpuan kepada Jalan Alor dan Jalan Kenanga yang dikuasai hampir 100% kaum Cina.

Sebelum saya bertemu dengan Tuan Haji Azam bin Mohamad, Ketua Jabatan Bangunan, Majlis Perbandaran Selayang pada Hari Bertemu Rakyat, saya juga tidak punya jawapan kepada soalan Presian IKHLAS itu. Kini, saya jelas bahawa Pihak Berkuasa Tempatan seperti MPS, DBKL, MPAJ, MBBJ, MBSA dan banyak lagi sebenarnya berada dalam dilema.

Ini kerana setiap kali mereka bertindak meroboh atau tidak membangunkan kawasan Melayu, mereka akan dituduh sebagai anjing, sampah, dan segala kata nista. Padahal mereka ditekan untuk bertindak atas laporan dan aduan yang dibuat oleh orang Melayu sendiri.

Sebagai contoh, saya memiliki secebis tanah pusaka 3 ekar yang dikongsi dengan lebih 40 ahli keluarga lain. Masalah faraid dan dengki membantutkan usaha saya membangunkan tanah tersebut dengan jayanya. Apa yang saya mampu lakukan hanyalah membina sebuah Restoran sekadarnya yang diberi nama Rahman Palace di bawah MPS. Kawasan sekitar tersebut adalah Tanah Rizab Melayu dimana penduduk adalah 100% Melayu. Namun, disebabkan PHD orang Melayu, mereka membuat aduan kepada MPS dan MPS terpaksa mengeluarkan notis roboh bangunan yang saya bina demi membangunkan ekonomi Melayu. Apatah lagi dari tanah pusaka terbiar menjadi sarang penagih dan penjenayah, adalah lebih baik saya usahakan walaupun terpaksa merayu dan melutut kepada pihak terbabit.

Tuan Haji Azam yang sebelum ini bertugas di PBT di Kuala Terengganu memberitahu saya bahawa PBT senantiasa beriltizam untuk membantu membangunkan ekonomi orang Melayu. Malangnya, aduan dari orang Melayu berkenaan jirannya ubah suai rumah, jirannya berniaga di rumah, jirannya pakai kereta besar dan parking di luar rumah dan sebagainya membuatkan pihak PBT yang majoritinya Melayu berada dalam keadaan tertekan. Jika tidak bertindak, pengadu tersebut akan kata rasuah dan sebagainya. 

Jika bertindak, orang Melayu yang rugi kerana yang mengadu adalah orang Melayu dan diadu dan bakal dikenakan tindakan juga adalah Melayu.

Sebagai penjawat awam, mereka tidak boleh menceritakan kepada umum akan fakta dalam tugasan mereka kerana integriti dan akujanji yang dilafazkan. Ia dikatakan menunjukkan setiap tahun 95% dari aduan yang diterima PBT datangnya dari kaum Melayu terhadap orang Melayu sendiri. Hampir tiada seorang pun Cina yang membuat aduan keatas kaumnya sendiri kerana mereka satu hati selain mempunyai hati yang bersih dan tidak busuk seperti orang Melayu.

Barulah saya sedar kenapa dan mengapa Kg Baru Sg Buloh amat pesat membangun sehingga hartanah disana kini bernilai RM 400 sekaki. Begitu juga Kg Lee Kim Sai Rawang sehingga kini ada cadangan membina Pusat Dagangan Terbesar Asia bernilai billion ringgit disana dan banyak lagi.Dan bagi menjawab soalan Presiden IKHLAS, barulah saya faham kenapa lebih mudah DBKL membangunkan Jalan Alor dan Jalan Kenangan dan bukan Jalan Keramat atau Jalan Kg baru.

Barulah saya faham kenapa penempatan orang Melayu kekal sebagai rumah lama walaupun berada di lokasi strategik. Contoh jelas dapat dilihat antara Jalan Selayang Baru yang dipenuhi rumah kedai Cina dan Jalan Selayang Indah yang dipenuhi rumah Melayu lama.

Saya ingin menasihatkan semua Persatuan Peniaga Melayu khususnya Persatuan Usahawan dan Penjaja Kecil supaya mengambil inisiatif mendidik orang Melayu agar membuang perasaan Pentingkandiri, Hatibusuk dan Dengki(PHD) sesama Melayu kerana sebagai orang Islam kita patut saling mendokong ekonomi Islam agar kita menjadi kuat.

Saya juga ingin mengajak kaum saya iaitu Melayu, agar insaf dan tanamlah sifat seperti Cina, jika hari ini jiran anda mengubahsuai rumah kepada 3 tingkat atau membina premis perniagaan, tahun hadapan anda akan mengalahkannya dengan mengubahsuai rumah 5 tingkat dan pusat perniagaan.

Jangan diwarisi sifat busuk yang menjatuhkan kaum sendiri dan akhirnya bila kaum kita lemah, yang disasarkan dan dipersalahkan adalah DBKL, MPS, MBSA, MBBJ dan Kerajaan yang juga dianggotai Melayu. Mereka tiada pilihan kerana pengadu adalah diri anda sendiri. Andalah bertanggungjawab menghancurkan agama dan kaum anda sendiri bukan orang lain.

Monday, April 7, 2014

Surat Terbuka Pada Tan Sri Khalid Ibrahim- Air Percuma


Surat ini adalah untuk memberi cadangan Air Percuma dan Penghargaan Pada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebagai anak jati Selangor sejak Nenek Moyang lagi, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mentadbir Selangor dengan baik. Sungguhpun ada kurang disana sini, namun secara keseluruhan ia menunjukkan petanda positif dalam membangunkan Selangor justeru memberi kesejahtheraan kepada rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Perlu dijelaskan bahawa Kerajaan Negeri sebelum ini juga bagus dan banyak pencapaiannya yang diteruskan oleh Kerajaan Baru, walaupun berbeza dengan Tan Sri Khalid yang amat cermat berbelanja. Dari Tanjung Karang ke Sungai Besar ke Hutan Melintang, jalannya tidak diselenggara sejak Mac 2008, begitu juga di daerah Selayang, Gombak, Ampang, dan lain-lain, penyelenggaraan juga kurang dimana papan tanda sudah buruk, pasu hiasan sudah pecah, batu siar kaki sudah berdaki tebal dan sebagainya. Keperluan dan kehendak menyelenggara adalah subjektif mengikut pendapat masing-masing dimana keduanya ada kebaikan dan keburukan tersendiri.

Pendek kata di Selangor, jika ada pembangunan dan jalan baru, maka ia pasti datang dari peruntukan Kerajaan Pusat. Sebagai rakyat jati Selangor sudah tentu saya gembira kerana jika difikirkan dan ditimbang pengorbanan rakyat Selangor untuk pembangunan Malaysia tidak terbanding oleh sesiapa jauh sekali pengorbanan Kelantan yang bakal mendapat lebuh raya baru. Maafkan saya menjadi kenegerian sedikit walaupun jauh dibanding ketebalan Negeri lain.

Lebih menggembirakan saya lagi, apabila rizab simpanan Selangor kini kian mencecah 3 billion ringgit dimana kuasa duit boleh digunakan bagi mengurus ekonomi, hutang dan juga dijadikan pelaburan hebat.
Selangor amat bersyukur kerana memiliki seorang Menteri Besar yang unik dimana ia tidak perlu tunduk kepada Kerajaan Pusat seperti sebelum ini. Selangor amat bertuah kerana Menteri Besar itu juga tidak tunduk kepada tekanan dari pemimpin atasannya dalam Parti Keadilan Rakyat. Beliau bijak menggunakan sepenuhnya peluang yang hadir dari krisis kepercayaan dan syak antara pemimpin samada didalam atau diantara Parti Keadilan, PAS dan DAP di Selangor.

Lebih bertuah lagi, adalah dirinya sendiri adalah seorang orang yang baik. Dimana, jika beliau seorang yang rakus dan bernafsu tinggi, sudah pasti Selangor dalam bahaya yang getir. Malangnya, kerusi Menteri Besarnya senantiasa terbuka pada sesiapa malahan beliau juga terikat pada hukum alam. Tan Sri Khalid perlu menimbang secara serius apa akan jadi pada Selangor dengan kekuatan berbilion ringgit sekiranya orang jahat yang tidak perlu tunduk pada sesiapa menjadi Menteri Besar Selangor.

Itulah kisah cinta politik. Hari ini anda disanjung, esok anda mungkin dihina.

Saya juga ingin memberi cadangan agar Kerajaan Negeri mengubah sedikit sistem penyampaian air percuma di Selangor agar ia dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja dan secara jangka panjang.

Umum mengetahui, Rakyat Negeri Selangor mendapat air percuma sekitar RM 11 setiap bulan. Nikmat ini juga dinikmati oleh lebih 4 juta warga asing di Selangor dan Kuala Lumpur. Justeru, adalah lebih baik jika pembayaran di kaunter perlu disertakan dengan MyKad dan untuk perbankan internet nombor MyKad sudah memadai. Kebiasaannya, penyewa warga asing ini akan membayar bil mereka sendiri dan jika Tuan Rumah yang bantu bayar sekalipun, wang tersebut akan diperoleh oleh Tuan Rumah bukan warga asing terbabit.

Saya juga ingin mencadangkan kepada Tan Sri Khalid agar memindahkan rebat tersebut kedalam bentuk dana tahunan dimana pemilik bil boleh membuat tuntutan pada Kerajaan Negeri Selangor secara tahunan atau terkumpul untuk puluhan tahun. Rakyat juga boleh memilih untuk menggunakan wang terkumpul yang disimpan Kerajaan Negeri untuk membeli dana atau saham Syarikat milik Negeri Selangor yang disenaraikan di Bursa Saham atau membayar cukai pintu, tanah dan sebagainya.

Kedua kaedah ini jika dilaksanakan bakal menjimatkan pebelanjaan Kerajaan Negeri dari sudut penjimatan air percuma untuk pemilik MyKad dan juga memberi kelegaan kos sara hidup pada rakyat di samping mendidik mereka cermat dalam penggunaan air.

Terbaru, krisis air di Selangor membebankan rakyat Selangor terpaksa mengeluarkan belanja dari RM 50 bagi membeli tong air yang mahal serta kos pengangkutan mengambil air. Wang dari rebat air RM 11 sebulan tersebut juga boleh digunakan oleh pemiliknya untuk menghadapi krisis air dimasa hadapan.

Semoga, Selangor terus dirahmatiNYA dan dilindungi dari segala ancaman serta kemudaratan. Amin.

Monday, March 31, 2014

Sokongan Terbuka Pada Kadir Jasin

Kebelakangan ini kita dapat lihat ada pihak blogger Pro BN ie Parpu, RBF, Medan Info Kita, TheUnspinner, Bidaman dan ramai lagi menghentam Datuk Kadir Jasin http://kadirjasin.blogspot.com

Seperti meludah langit, mereka ini dahulunya yang berkata kena hormat orang tua apatah lagi yang berjasa dan jika hendak kritik ada etikanya. Dahulunya mereka kata setia biar bertempat khasnya semasa mereka menghentam PM Malaysia, Tun Abdullah, dan kini sebab mereka sukakan PM Malaysia Dato NajibRazak mereka tuduh pengkritik PM seperti KadirJasin macam-macam seperti gila kuasa, gila jawatan, gila itu dan gila ini sedangkan dengan musuh yang sebenar-benar musuh mereka mengucil dalam jamban kerana takut. Mereka ni macam Pekida aka 3 line jugalah, sama-sama Melayu berani tunjuk kuat dan hero tapi dengan gangster Cina dan India mereka menikus.

Kita tidak tahu betul atau tidak KadirJasin hentam PM sebab beliau tidak dapat pangkat yang diidamkan? Atau KadirJasin dibayar orang tertentu walaupun dari sudut penilaian mudah dengan trend penulisan blogger yang seragam mengikut isu mereka lebih berpotensi untuk disyaki dibayar oleh pihak berkepentingan!! Sebagai hambaNYA yang hina KITA menjunjung integriti Al-Quran untuk tidak menuduh orang tanpa bukti sahih atapah lagi dengan bukti penembak curi.

KALAU DATUK KADIRJASIN BERLAPANG DADA, kita ingin tahu dan mengikut cara Islam yang betul saya mewakili pembaca lain ingin bertanya pada datuk apakah niat Datuk KadirJasin mengkritik PM? Apakah kerana pangkat yang dilobi atau dibayar pihak tertentu? Penjelasan Datuk Kadir Jasin yang benar dapat menyelamatkan banyak pihak dari dosa-dosa.

Saya sebenarnya punya banyak sebab untuk percaya KadirJasin buat seperti itu kerana tanggungjawab serta usahanya mengjustifikasi dosa dan kesilapan beliau pada masa lalu. Sebagai manusia kita semua lemah dan kita sedar banyak dosa dan kesilapan yang kita lakukan pada masa lalu, oleh itu didalam usia senja seperti 70 tahun keatas disokong semangat "nothing to lose" kebanyakan orang golongan ini akan cuba "remedy", memperbaiki, membalas atau mengimbangi kesilapan mereka dengan pelbagai cara termasuk cara KadirJasin.

Pengkritik KadirJasin mungkin lupa KadirJasin bukan penyokong pembangkang tapi beliau hanya mengkritik dan membangkang dengan cara yang betul. Jika apa yang KadirJasin bangkang tidak betul maka ia akan disisihkan dan beliau tidak mempolitikkannya sehingga yang salah itu menjadi betul dan betul itu menjadi salah.

Sebaliknya jika bangkangan dan kritikan KadirJasin itu betul maka ia menjadi satu nikmat kepada PM Najib Razak kerana ia boleh dijadikan sebagai "check and balance pemerintahannya". Apatah lagi kata orang tua itu berisi selagi ia tidak menyerang peribadi orang seperti bini gemuk, puaka, anak kafir, firaun, rambut palsu dan sebagainya.

Setakat yang saya terjangkau mengikut blog KadirJasin, beliau hanya kritik cara dan tindakan PM NajibRazak dan bukan peribadinya dan bukan orangnya. Cuma tindakannya yang dilihat lembut, terlalu mendengar kata penasihat dan kurang tegas khusunya dengan pembangkang dan bukan Melayu.

Mungkin golongan ini mahukan semua orang setia dan menyokong pemimpin yang mereka suka dan menderhaka pemimpin yang mereka benci sepertimana Hang tuah. Malangnya, Jebat atau Tuah yang salah tiada siapa tahu? Tapi kita pasti cara Jebat mengkritik dan membangkang Raja itu adalah salah, begitu juga ketaatan penuh Tuah pada Raja bukan pada ALLAH .

Saya sekadar penulis picisan yang sesen pun tidak dapat(ayat formal blogger upahan) dan saya menulis untuk diwariskan anak-anak saya inilah nilai, inilah sikap, inilah pendirian dan prinsip yang mereka perlu perhalusi dimana yang baik jadikan ikutan yang buruk jadikan sempadan. Dan saya dengan ini ingin mengatakan sokongan terbuka saya pada Datuk KadirJasin dalam mengkritik cara PM NajibRazak dengan cara yang betul, bukan dengan demonstrasi, konspirasi, dan sebagainya.

Mungkin pada masa Ku Li, masa Anwar Ibrahim, masa Musa Hitam, masa Zahid Hamidi, masa Syed Alatas, masa Tunku, masa Tun Hussein menghentam dan mengkritik Tun Dr Mahathir sebagai PM Malaysia golongan ini ketika itu malas membaca berita dan akhbar sebab itu kini bila ada orang dalam seperti Datuk KadirJasin menghentam PM mereka, mereka marah betul.

Akhir kata ingin saya tegaskan, sejarah membuktikan tiada pemimpin termasuk NajibRazak akan menjadi hebat tanpa kritikan yang membina khususnya dari dalam "keluarga" sendiri dan terbukti pemimpin yang tidak dikritik oleh "keluarganya" akan menjadi pemimpin yang lemah seperti Pak Lah dan mungkin Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri. Wallahualam.

Sekian.

Sunday, March 30, 2014

Hapus Sekolah Cina Demi Semangat Kecintaan Pada Negara

Tragedi MH 370 mengajar kita beribu perkara. Selain dari kesedihan dan keburukan, ada kebaikan bagi orang yang tahu menggunakan akal dan tahu berfikir, itulah makna bidalan Cina yang berbunyi dalam krisis ada peluang.

Tragedi ini mendedahkan wajah sebenar kita samada jamban, pokok, konspirasi, fitnah, tuduhan tanpa asas, busuk, buruk, keji, baik, positif dan sebagainya. Hubungan kaum di Malaysia tidak seindah yang dikhabarkan, mungkin molek diluar tapi didalamnya, berjuta kekotoran yang perlu dibuang.

Dan tragedi ini juga mengukur sejauh mana diri kita mencintai Negara ini, dan lebih tragis lagi apabila kita tidak mempertahankan Negara ini sebaliknya menghina dan mengeji Negara kita sendiri.

Ia amat-amat menyerlahkan rupa sebenar Rakyat Malaysia hasil pendidikan Sekolah Cina.
Sekolah Cina Malaysia membawa kokorikulum yang hampir sama dengan asas penubuhan dan pembangunan sekolah Cina di Negara China.

Justeru, tragedi MH 370 adalah satu amaran kepada pihak berkuasa dan rakyat khususnya Cina dan Melayu agar cepat-cepat membuang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina agar kecintaan pada Negara kita semua dapat dipulihkan segera.

Di alam maya, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana mereka ini tidak berada di belakang Negara di kala Negara dihentam teruk oleh Rakyat China malah lebih memalukan lagi apabila mereka memilih untuk berada di pihak sana, pihak Negara asal nenek moyang mereka.

Jika Kerajaan masih ragu-ragu untuk bertindak menghapuskan anasir yang mengancam kecintaan pada Negara kita sendiri, maka ia akan jadi lebih teruk di masa hadapan hinggakan mungkin ada pengkhianat dikalangan kita yang tergamak mengebom Negara sendiri.

Pengaruh produk aliran Sekolah Cina ini amat kuat hinggakan rakan Cina mereka dari Sekolah Kebangsaan turut terpengaruh. Orang Melayu tidak perlu dipertikai lagi memang tidak punya identiti sendiri dan terkenal dengan sikap Pak Turut sejak Empayar Kesultanan Melaka, penjajahan Portugis, British, Jepun, Hindustan, Sinetron Indonesia, Korea hingga saat ini. Sikap “liberal konon” menjadikan orang Melayu terpengaruh dengan sikap rakan mereka terutama produk Sekolah Cina.

Adalah penting untuk disematkan bahawa tindakan memansuhkan Sekolah Cina adalah demi kesejahteraan anak cucu kita di masa hadapan.

Lebih-lebih lagi, dikala mereka galak memperjuangkan hak sama rata dan memansuhkan DEB, haruslah mereka bersama soladiriti memperjuangkan hak kesamaan dengan menjadikan penghapusan Sekolah Cina sebagai permulaan yang baik untuk menunjukkan keikhlasan mereka.

Pada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak dengan tragedi MH370, Arwah Abah saya berpesan, bagi manusia kesilapan adalah indah tapi ia malapetaka jika manusia tidak belajar dari kesilapan. Iqra! Iqra! Iqra! Belajarlah!

Bertindaklah agar Malaysia menjadi lebih indah setiap hari fajar menyinsing. 

Saturday, March 22, 2014

Chef Jamban

Memalukan dan memualkan. Itu perkataan paling sesuai untuk menggambarkan sikap Chef yang pada mulanya tampak seperti kelas dunia, tapi akhirnya hanya layak sebagai jamban.

Sebagai orang Melayu yang terkenal dengan sopan santun dan budi bahasa yang tinggi, perkataan jamban seperti penyapu adalah penggunaan yang terakhir walaupun dalam keadaan marah mahupun kecewa. Melainkan jika ingin melepas!!!

Eloklah kita menjunjung budaya Timur adab Islam dengan mengelakkan dari berkata yang buruk-buruk, apatah lagi ketika kita ditonton bukan sahaja oleh kanak-kanak Malaysia tetapi seluruh dunia.

Nampaknya, tragedi MH 370 ini bukan sebarang tragedi yang hanya melibatkan penumpang, anak kapal dan keluarga sahaja. Ia juga tragedi kepada rakyat Malaysia yang berfikiran dan bersantun jamban sepertimana bapa kepada dua anak ini. Anak, cucu dan cicitnya harus malu dengan kelancangan mulut ketua keluarga mereka ini.

Senang melepas diri, seperti jamban, dia kata yang busuk ialah manusia lain yang suka mengutuk dan melatah padahal yang lebih suka mengutuk dan melatah adalah dirinya sendiri.

Mungkin benar kata orang tua, bau bangkai gajah akan hilang tapi bau hati manusia akan kekal selamanya.

Saya sarankan MAS menyaman Chef Jamban ini semaksimum mungkin agar menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia supaya menjauhi nilai mulut jamban sepertinya. Lebih utama, tindakan keras terhadap Chef Jamban ini dapat membersihkan nama orang Melayu yang terkenal dengan budi bahasa tinggi bukan bahasa kotor dan tidak elok.

Dan kepada sabahat seMalaysia yang lain, banggalah dengan jati diri anda, kita sedang dijajah melalui minda dan terbaru tragedi. Jangan sesekali biarkan diri kita dijajah, kekalkan adab ketimuran dan nilai agama itu sendiri walau apa warna kulit, rambut dan agama kita.

Tuesday, March 18, 2014

Ketiadaan ISA Melambatkan Siasatan Polis Mencari MH 370



Semua pihak perlu faham tanpa Akta Patriot USA atau ISA di Malaysia Polis hanya boleh bertindak jika ada bukti sahaja. Justeru, ia membataskan siasatan pihak polis untuk mengenal pasti dalang kehilangan Pesawat MH 370.

Kehilangan Pesawat MH 370 pada mulanya diklasifikasikan sebagai Tragedi MH 370 dan ia adalah kemalangan bukan jenayah. Justeru, polis tidak boleh menyiasat setiap penumpang secara agresif khususnya rakyat Malaysia dan saudara mereka. Walaupun pihak Polis meletakkan 4 kemungkinan termasuk psikologi dan masalah peribadi setiap penumpang dan krew, ia tetap satu kemalangan dimana semua adalah mangsa bukan jenayah dimana wujudnya seorang atau lebih pelaku.

Hanya selepas 8 hari Tragedi MH 370 kini diklasifikasikan semula sebagai Sabotaj, Rampasan, Keganasan dan Akta Kesalahan Penerbangan dan barulah polis mempunyai kes untuk memohon kepada Mahkamah waran geledah dan soal siasat anggota keluarga yang mempunyai kepakaran tentang sistem pesawat serta penumpang.

Polis tidak perlu menunggu terlalu lama malah sudah boleh bertindak secara agresif dari jam pertama MH370 jika ISA masih boleh digunakan untuk mencegah jenayah. Ini kerana, tanpa jenayah, polis tidak boleh menahan, geledah atau soal siasat keluarga bakal pelaku jenayah.

ISA amat diperlukan polis dalam mencegah jenayah sebelum jenayah tersebut dilakukan.  ISA amat membantu polis dalam menyiasat kes walaupun pada awal kes ia tidak cukup bukti. Bayangkan jika polis berjaya mengenal pasti dalang yang tahu kedudukan pesawat MH370 tetapi tidak boleh menahannya lebih dari 24 kerana tiada bukti, maka dalang ini akan dibebaskan untuk meneruskan jenayahnya keatas MH 370 yang sudah hilang lebih 240 jam.

Malangnya, ISA di politikkan oleh golongan tertentu agar mereka bebas sebebasnya melakukan apa sahaja khususnya mereka yang bijak memanipulasikan kelemahan undang-undang.

Rakyat Malaysia yang berdoa keselamatan MH370 pasti akan berdoa ISA digunakan untuk menyiasat setiap penumpang dan krew pesawat serta mereka yang berkenaan. Namun, ia tidak mungkin kerana ISA sudah dimansuhkan disebabkan desakan yang dibuat oleh rakyat Malaysia sendiri.

Permulaan natijahnya, jika dalang MH370 sudah dikenalpasti, pelaku ini hanya perlu mengupah Peguam handal dan beliau pasti akan terlepas dari hukuman kerana polis tiada bukti untuk siasat secara agresif dan geledah tanpa waran.

Wednesday, March 12, 2014

Kejahatan Media

Nakal diterima tapi jahat perlu diinsafi agar kita tidak terikut dengannya.

Semenjak berita buruk menimpa waris dan keluarga mangsa kehilangan Pesawat MH 370 MAS kita dapat menonton sidang media yang dicemari dengan soalan-soalan mengarut, provokasi, remeh malahan bertindih.

Soalan-soalan ini jika tidak dijawab dengan betul akan di salah tafsir malahan jika dijawab dengan betul sekalipun media yang jahat ini akan sengaja menyalah tafsir bagi tujuan agenda yang hanya diketahui oleh mereka-mereka sahaja.

Setiap soalan yang ditanya khususnya oleh media asing seolah-olah hanya mahukan jawapan yang dapat memuaskan hati pembaca sahaja dan bukan kebenaran. Sedangkan tanggungjawab media dan amanah wartawan adalah melaporkan berita yang benar dan mendidik masyarakat menghadam berita menjadi pengetahuan.

Tanpa mempedulikan perasaan orang lain, nafsu menjuarai perlumbaan melaporkan perkembangan menyerlahkan sikap jahil dan sifat keji kita semua.

Jelaslah, bukan semua media baik, ramai yang nakal, malah ada yang jahat.

Itu media yang berdaftar, professional dan lengkap dengan segala kursus kemahiran kewartawanan dan etika journalism, tidak dapat dibayangkan bagaimana pula jahatnya media alternative yang dianggotai oleh kita dalam melaporkan walaupun sekadar berkongsi berita dari rakan lain.

Dalam hukum karma, hukum alam, malah hukum Tuhan, buat baik dibalas baik, buat jahat balasnya jahat, tidak hari ini, esok, atau tahun hadapan, malahan mungkin pada anak cucu kita.

Harap secebis nasihat tidak seberapa ini dapat mengingatkan kita semua khususnya diri sendiri agar tidak tergolong dalam golongan jahat media samada media cetak, media elektronik dan lebih utama kepada pemilik media sosial bebas kerana jahat pasti akan terbalas jua, jika di dunia Alhamdulillah, jika dibalas di akhirat, Nauzubillah.

Berfikir sebelun tangan menaip komen, berkongsi status, menyebarkan berita dan memuat naik status.
Terlajak kata binasa diri, terlajak taipan binasa orang lain. 

Mustaqim Abdul Rahman