ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, February 15, 2018

Tahun Baru Cina CNY Dan Saya (Budak Melayu)

Sebagai budak sekolah, CNY lebih bermakna buat saya berbanding Hari Raya Aidilfitri. Pengalaman menaiki bas Sri Jaya(20sen) dari Kg Baru KL ke Pasaraya Keramat ChowKit sebelum menaiki Bas Mini 10 (40sen) bersama keluarga amat menerujakan.

Turun Bas di Jalan Ipoh depan Sg Mas dan jalan kaki melewati perumahan Cina Taman Kok Lian yang asyik menyambut Hari Raya itu masih terbayang dengan mercun merah menghiasi laman dan sekali sekala terdengar letupan mercun. Tapi pada masa itu orang Cina masih belum biasa dengan adat kunjung mengunjungi sanak saudara. Perayaan hanya tertumpu pada malam makan besar antara ibu ayah, anak-anak dan cucu sahaja. Esoknya tiada cross visit antara sepupu, ipar, pakcik dsb. Ziarah menziarahi dan Open House adalah budaya Melayu yang ditiru orang Cina sekitar 90-an kini kian sebati dalam perayaan CNY. Mungkin pembangunan dan kemakmuran ekonomi juga menjadi pemangkin mendekatkan jarak Ipoh dengan Kuala Lumpur dan JB dll. Atau mungkin tembok kesangsian mereka terhadap penerimaan Melayu, kepercayaan pada Negara dan mungkin juga kewangan ekonomi mereka sendiri bertambah makmur membolehkan mereka berkongsi CNY dengan konteks keluarga lebih luas.

Berada di rumah Popo untuk 5 jam kami diberi makan pelbagai makanan tin yang biasa kami makan, kerana selain isu halal, orang Cina selepas makan besar akan berpuasa hingga petang Hari Raya pertama, puasa dari makan makanan berdarah. Kami juga diberi sampul merah. Walaupun jumlah terkumpul hanya sekitar RM 8 seorang, tetapi ia memadai kerana Hari Raya bukan tentang duit tetapi mengeratkan hubungan saudara hidup, begitu juga dengan 2 Hari Raya Islam, Talkin, Tahlil dan ziarah kubur musim Raya!

Dalam perjalanan pulang, kami sekeluarga akan serah duit kepada Mak dan berhenti makan di KFC Jalan Ipoh, atau Jalan Raja Laut yang hanya dapat dinikmati setahun sekali.

Itu adalah rutin kami setiap tahun dan itulah keluarga, tiada perkataan atau perasaan hidup susah timbul asalkan kita sekeluarga bersama pada masa kemarau mahupun taufan.

Tradisi masih diteruskan walaupun Popo sudah disebadikan di Tanah Nirvana yang bernilai
RM 800,000 pada tahun 2010.

Keluarga Wong sejak 2010 hingga 2017 masih berduka kehilangan Popo, Uncle Wong Kock Hin dan Uncle Wong Kah Hock. dalam tempoh tersebut Sebagai keluarga Cina yang masih bertaut kepercayaan tradisi ortodoks Cina, mereka dibolehkan menyambut CNY tetapi tidak boleh meriah dan terlalu gembira bagi menghormati simati. Tahun ini 2018 tempoh berkabung tamat dan dimaklumkan esok akan ada Tarian Singa di rumah Popo di Kundang. Kini budak Melayu ini akan bawa 3 anak Melayu formula 25%(Cina) + 75%(Melayu) untuk melihat bagaimana tradisi masyarakat(bukan agama) Cina dijalankan. Sebagai anak perempuan Cina dan sebagai orang Melayu saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan dan saudara. PS: Tamadun India juga ada Tahun Baru mereka yang berbeza dengan 1 Januari, 1 Muharram dan Hari 1 Bulan 1 Tahun Cina, dan seluruh India, Pakistan dan Bangladesh menyambut hari tersebut dengan tradisi memakan ikan terubuk dimana harga ikan terubuk pada musim perayaan Tahun Baru India boleh cecah RM 1500 - RM 10,000 seekor!

No comments: