ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, May 13, 2017

Officially Undi Adalah Rahsia, Unofficially Undi Bukan Rahsia

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai jentera PRU 99 untuk BN Gombak-Dun Sg Tua/Parlimen Gombak.

Tugas saya ketika itu merangkumi panjat tiang lektrik, pasang bendera, penunggu Pondok Panas di hadapan Pusat Mengundi SK Sg Kertas, perayu undi dan tidak disangka agen pengira undi kali ke 10 sebab ganti agen yang sudah pengsan "recount" sampai berbelas kali.

Apa yang ramai tidak tahu undi anda adalah rahsia secara rasmi tetapi secara tidak rasmi ia tidak rahsia dan semua parti terlibat tahu anda undi siapa?

Bagaimana?

Begini.

1. Pengundi akan buat semakan di Pondok Panas dan di Urusetia SPR bertugas. Selepas pengesahan MyKad, nama pengundi akan di tick dan jari pengundi akan di ink.


2. Senarai nama itu turut diberi kepada parti-parti yang bertanding dan mereka semua akan buat crosscheck sesama mereka diselia SPR.

4. Dalam kelas, ada Pegawai SPR yang akan beri anda kertas undi berserta NO SIRI dan beliau akan sebut nama anda, no MyKad dan nombor muka surat atau no bilangan nama anda dalam Kertas senarai nama mereka.

5. Salinan Kertas senarai nama ini turut dimiliki oleh 2 pemerhati dari setiap Parti Bertanding dan mereka akan semak nama anda sebelum tick nama anda. Salinan senarai nama SPR, dan pemerhati dari Parti bertanding hanya mempunyai nama dan mykad anda sahaja, tiada no siri kertas undi!!!

6. Namun DISINI pemerhati akan tulis secara duga NO SIRI KERTAS UNDI ANDA secara turutan eg orang pertama mengundi Mustaqim Abdul Rahman 00001, orang kedua mengundi Lee Tai Choong 00002 dan seterusnya hingga berpuluh ribu.

7. Menjadi kebiasaan SPR akan koyakkan kertas undi itu ikut angka turutan giliran bagi mengelakkan fraud dan miscount dimana mereka akan dipersalahkan. Mereka tidak akan jump/skip kertas undi dan kalau tidak percaya masa mengundi nanti tanyalah nombor siri kertas undi orang depan dan belakang anda.

8. Pada malam saya menjadi agen pengira, saya diberi kertas "belacan" sebab itu recount kali ke 10, dan Pegawai SPR akan tunjuk pada semua kertas undi itu dan sebut NO SIRI KERTAS UNDI eg 00342 undi Barisan Nasional tanpa sebut nama jauh sekali MyKad pengundi sebab ia tidak tertera pada kertas itu.

9. Jelas secara rasmi undi adalah rahsia, dan SPR berjaya melindungi kerahsiaan itu.

10. TETAPI secara tidak rasmi pemerhati sudah duga dan tulis No Siri Kertas Undi disebelah nama anda dalam senarai mereka dan sudah tentu mereka akan compile dan match semua nama dan no siri undi untuk membuat kajian, analisis mereka.

Saya tidak mengaku saya katakan undi bukan rahsia, dan saya hanya bergurau diatas ini justeru saya tidak boleh didakwa oleh pihak berkuasa atas apa-apa tuduhan pun.

Sebaliknya saya mengatakan dengan tegas undi adalah rahsia maka undilah dengan bijak lebih lagi pada PRU 14 yang genting ini.

  :(


No comments: