ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, December 22, 2016

Saya Sokong Jamal Mandi, Dia Bakal Menteri!! Saya Rayu Azmin/Pakatan Henti Jadikan Air Alat Politik.

Jamal Ikan Bakar atau Dato Jamal Yunos semakin hari semakin buatkan saya meminatinya sebagai "Ahli Politik Pembangkang" yang hebat.

Seperti Dato Seri Vida yang dihentam ketika pertama kali terkinja-kinja di TV, Qu Puteh Barulah Puteh dan dikecam seluruh rakyat Malaysia, Jamal juga akan buatkan rakyat Malaysia jilat ludah sendiri kerana jika BN menang PRU 14, beliau akan dilantik menjadi Menteri.

Apa yang Jamal buat adalah politik bangkangan. Janganlah kerana kita tidak suka pada "kurang ajar" Jamal dalam Baju Merah kita tidak dengar apa yang cuba beliau katakan dalam isu air.

Semua yang Jamal katakan tentang air di Selangor adalah benar, malahan saya sendiri sejak 2010 ramalkan masalah air akan berterusan kerana Kerajaan Pakatan Selangor sengaja tidak mahu selesaikan masalah air selain korupsi bekas pemimpin Pakatan.

KENAPA Kerajaan Pakatan Selangor sengaja tidak mahu selesaikan masalah air?

Kerana isu air adalah senjata politik utama Pakatan yang akan pastikan mereka terus berkuasa di Selangor.

Janganlah kerana bencikan Jamal kita lupakan penjahat sebenar dalam Krisis Air Selangor!

Perlu anda faham di seluruh dunia, setiap "Master" Politik akan kenalpasti satu isu untuk jadi senjata utama mereka. Senjata ini akan dimainkan setiap kali pilihanraya selama berpuluh, malah beratus tahun.

Antaranya;

1. Di Filipina, setiap kali Pilihanraya, Parti Pemerintah Filipina akan ulangi janji untuk dapatkan Sabah dari Malaysia dan taktik ini berkesan bagi memastikan mereka menang di Selatan Filipina.

2. Di Amerika, isu "globalisasi" yang makan diri rakyat Amerika berjaya yakinkan pengundi Trump, Presiden mereka akan kembalikan pekerjaan kepada rakyat Amerika bukan rakyat "pendatang" Amerika.

3. UMNO hanya akan gendangkan isu Tanah Rizab Melayu, Hak Bumiputera(DEB), 13 Mei setiap kali Pilihanraya dan isu ini akan senyap selepas itu, jika adapun tanpa penyelesaian walau sudah 40 tahun berlalu.

4. PAS akan gendangkan isu hudud dan Negara Islam setiap kali Pilihan Raya sedangkan mereka boleh jadikan isu ini berterusan dengan mengarahkan UNISEL menjalankan Kajian dan dokumentasi lengkap draf hudud yang tidak pernah siap itu.

5. DAP akan mainkan isu Sekolah Cina setiap kali Pilihanraya tanpa gagal.

6. PKR akan mainkan isu air setiap kali Pilihanraya. MB Azmin teruskan legasi politikkan isu air oleh Khalid Ibrahim ini, namun beliau cuba dedahkan kepincangan Khalid Ibrahim dalam projek billion Langat 2 untuk sebab yang jelas.

Dan Banyak lagi.

Justeru, saya rayu Menteri Besar Selangor, Dato Azmin Ali dan Kerajaan Pakatan agar henti jadikan air sebagai alat politik.

Langat 2 adalah projek yang diluluskan ketika BN berkuasa di Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim kemudian teruskan projek Langat ini kerana seperti didakwa Azmin Khalid sudah berjaya buat duit dari hasil penjualan tanah terlibat dalam Langat2 kepada pihak ketiga.

Jika anda lupa suka saya ingatkan, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari jawatan MB Selangor oleh Partinya sendiri kerana beliau didakwa jual tanah Kerajaan Negeri Selangor pada pihak ketiga sebelum tandatangan Langat 2.

Air paip di Selangor dan KL hari ini tidak seperti dulu. Air berkeladak awal pagi bukanlah perkara luar biasa, khusunya jika anda tidak guna penapis air.

Semua ini sudah dijangka dan hanya kelancaran Langat 2 berdaya elakkan krisis air, malangnya Azmin sejak ambil alih jawatan MB dari Tan Sri Khalid enggan teruskan kerana mahu lepaskan dendam pada Tan Sri Khalid yang didakwanya telah untung beratus juta dan mendapat income tetap selagi Langat 2 beroperasi.

Gajah Muda bergaduh dengan Gajah Tua, rakyat mati tengah-tengah!

Sama seperti UMNO yang bertukar Menteri bertukar dasar dan bertukar kontraktor, PKR juga tidak terelak masalah sama. Pemimpin baru mahu naikkan Kontraktor sendiri kerana jika Kontraktor pemimpin lama diteruskan, ia akan wujudkan seperation of power/peruntukan dalam Parti Keadilan .

Baik apa pun hujah mereka, keutamaan rakyat harus diutamakan, waima jika benar Khalid Ibrahim sudah untung billion ringgit dengan kelicikannya seperti didakwa Azmin, semua itu sudah jadi bubur, tiada apa yang boleh kita buat.

Tapi, keputusan hari ini dan esok masih boleh kita ubah demi rakyat.

Natijah dari kegagalan meletak rakyat dihadapan buatkan krisis yang diramal tetap terjadi walaupun Langat 2 sudah hampir siap.

Tolonglah jangan terus jadikan air sebagai alat politik. Move on! Banyak lagi isu lain yang tidak akan susahkan rakyat!

No comments: