ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, August 26, 2016

Bangsa Johor Tidak Sekuat Ancaman Bangsa Kedah, Kelantan, Tapi Jawapan Sultan Johor Mudah Disalahfaham!

Apa itu Bangsa?

Apa pula itu kaum?

Hakikatnya, bangsa hanya boleh diwujudkan dengan bahasa.

Ya, kaum mempunyai adat resam serta kepercayaan berbeza, tetapi Bangsa lebih besar dari perkara kecil ini.



Bangsa Johor mempunyai sikap seperti orang Melayu. Gah di mulut, tetapi hati mereka baik tidak seperti dimulut.

Orang Melayu juga hanya rasis di mulut, tetapi bila membeli atau mengguna mereka tidak kisah beli dan langgan dari perniagaan orang Cina. Berbeza dengan orang bukan Melayu yang diam tidak sebut pun mereka rasis, tetapi mereka tidak sesekali akan beli, langgan atau gajikan orang Melayu.

Selagi Bangsa Johor tidak mempunyai Bahasa atau slanga yang sukar difahami oleh Bahasa Akarnya, saya fikir ia bukan satu ancaman.

Sebenarnya, "bangsa Kedah", "bangsa Kelantan Terengganu" dan bangsa "Negeri Sembilan" lebih mengancam perpaduan Negara dan Bangsa Malaysia berbanding bangsa Johor.

Ini kerana mereka mempunyai slanga. Lohgat utara, lohgat Kelantan yang makin sukar difahami, loghat Terengganu dan Negeri Sembilan adalah ancaman kepada Bahasa Malaysia dan usaha mewujudkan Bangsa Malaysia.

Lebih lagi, bila media elektronik membiarkan Bahasa ini digunakan sebagai Bahasa "anchor" dalam program khususnya Ceramah Agama.

Sebenarnya Mahathir tidak perlu ditempelak, kerana beliau menjawab soalan orang dalam forum, bukan buat kenyataan.

Kita perlu faham dalam Majlis Ilmu, jawapan boleh jadi berbeza, walaupun niat dan jawapannya jelas untuk memenuhi kehendak soalan dan "tajuk program" tetapi ia tetap boleh dimanipulasi hingga timbul salah faham.

Tapi reaksi dan jawapan balas dari Baginda Sultan sangat epik.

Samada baik atau tidak bukan untuk saya nilai, kerana para pemikir sudah ada jawapannya. Apa yang menakutkan adalah kedua mereka adalah figura antarabangsa.

Mahathir dikenali seluruh dunia, begitu juga Sultan Ibrahim. Isyarat yang salah telah dihantar pada dunia luar dan ia bukan isyarat yang baik sebaliknya mengambarkan Sultan Ibrahim sebagai seorang yang tidak boleh di"komen" dan siapa komen akan disuruh "shut up".

Sedangkan, rakyat Malaysia tahu baik Tun Mahathir mahupun Sultan Ibrahim keduanya adalah orang yang terbuka apatah lagi ia perbincangan sihat untuk Negara.

Wallahualam.

PS: Menghadap "sembah" Tuanku Sultan, mungkin ramai yang bergembira dengan jawapan Tuanku mempertahankan Bangsa Johor dan pada saya tidak salah tetapi ia sudah disalahfahamkan lebih lagi oleh dunia luar. Malaysia dengan mudah disalahfaham sebagai Negara mundur yang memakai cawat dan tunduk pada yang kuat dan bukan undang-undang.

Wartawan dan arus perdana ada sedikit luar biasa bila membiarkan kenyataan terbuka Tuanku Sultan malah disorak dan disokong bagai Tuanku adalah "alat berita" mereka untuk alih perhatian sepertimana mereka memainkan isu sekecil "pokemon" setiap hari di dada utama akhbar.

Patik berharap, Tuanku boleh melantik seorang Pegawai Khas Akhbar yang boleh jawab secara lebih berkesan seperti "Tun Mahathir juga utamakan Bangsa Kedah dan Bangsa yang ada dialek lebih mengancam Bangsa Malaysia berbanding Bangsa Johor".

Akhir kata, benar titah Sultan Selangor, Sultan diatas politik dan tidak sokong mana-mana ahli politik kerena semua ahli politik sama sahaja malah Sultan tidak perlu cemar dulu menjawab "rakyat" kerana itu tugas Mamak Memanda.

Wallahualam.

No comments: