ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, June 29, 2015

1MDB Bukan Tuhan

Hakikatnya 1MDB tiada beza dengan syarikat milik Kerajaan lain seperti Renong, Perwaja dan BCB.

Beza yang teramat besar tetapi dikecilkan adalah Renong, Perwaja dan BCB ada core business dan ada produk tapi 1MDB tiada produk.

Kalau menjadi broker Tanah Kerajaan itu dipanggil produk, maka berdosalah jika kita memfitnah 1MDB.

Malangnya, para Menteri termasuk Jamil Khir kini merendahkan agama Islam dengan melarang umat Islam mengeluarkan komen terhadap 1MDB kerana berdosa.

Soalannya, apakah 1MDB, Kerajaan dan PM sendiri tidak berdosa bila tidak membela diri bila dituduh?

Dalam Islam, bukan sahaja tukang fitnah, yang difitnah juga berdosa kerana tidak berusaha mengelakkan fitnah.

Seperti yang saya katakan, dari satu konteks saya tidak peduli sangat tentang 1MDB kerana nasi sudah jadi bubur. Apa yang saya boleh katakan, jeritkan atau lakukan ia tidak bermakna kerana bubur tidak mungkin jadi nasi semula.

Malangnya, Islam dipergunakan untuk mempertahankan dosa 1MDB sedangkan 1MDB bukan Tuhan yang langsung tidak boleh dikritik!!!

1MDB kini menarik minat saya dan minat semua orang Islam kerana kenapa begitu murahnya Islam diperdagangkan oleh Menteri dan UMNO untuk menjaga 1MDB.

Siapa 1MDB? Malaikat? Tuhan?

No comments: