ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, January 5, 2015

Surat Terbuka Pada Eminent 25 @ 555 - Dakwa Namewee Dulu

Saya mengikuti dengan penuh minat dan membaca penuh artikel akhbar The Star tulisan Datuk Noor Farida selaku wakil kepada 15 kemudian 25 bekas tokoh terkemuka Melayu dalam Kerajaan yang dijangka bertambah.

Artikel bertajuk "clarion call for moderation" menarik minat saya kerana apa yang saya tahu saya adalah seorang liberal dan juga seorang moderate.

Moderate dan keliberalan saya tidak boleh dipertikai kerana sejak di bangku sekolah menengah hingga dewasa saya bisa minum di Food Court Cina di SS2, minum bersama rakan di Kedai Cina di Petaling Street dan kadang-kadang menikmati Nasi Lemak Indonesia ditemani kopi Cina di Kedai Ming Tien di Sunway Pyramid, saya juga menemani bekas kekasih saya sembahyang di Tokong Genting, Petaling Street dan beberapa tempat. Saya juga pernah menyertai satu forum di Gereja Jalan Gasing bertajuk St Mary Pada Pandangan Islam dan Kristian dimana Islam diwakili penuntut UiTM.

Saya juga membelikan minuman keras berjenama untuk Saudara saya sebagai buah tangan Tahun Baru Cina kerana jika belikan yang halal mereka enggan terima dan akan pulangkan pada saya.

Saya juga pernah membela seekor anjing di rumah kawan saya yang dia jaga bersama anjingnya. Saya sering bersama kawan Cina berduaan dirumahnya atas dasar kawan dan percayalah perempuan Cina lebih sukar "digoda" berbanding Melayu dan saya gagal semuanya.

Saya juga berpendapat dan secara terbuka tidak bersetuju dengan Mahkamah Syariah khususnya perjalanan cerai yang jelas menekan kaum wanita yang dalam penceraian, malahan saya sokong sebarang penambahbaikan undang-undang Syariah.

Tidakkah saya cukup liberal dan sederhana? Namun, saya tetap seorang Islam yang menjaga batas dan tahu dosa pahala. Tapi apakah ia cukup? Tidak, tidak cukup! Kerana sebagai orang Islam saya wajib beriman pada Quran yang jelas menekankan hubungan antara Allah dan antara manusia dimana saya mempunyai tanggungjawab menunjukkan contoh yang baik dan segar kepada Islam lain.

Eminent 25 atau lebih saya selesa gelarkan 555 kerana sepertimana Buku 555, mereka mempunyai hutang kepada orang Melayu khususnya Generasi masa datang.

Hutang mereka perlu dibayar dengan memperbaiki kerosakan yang terjadi pada zaman mereka walaupun sekadar melihat dari jauh dan hutang itu adalah hutang "hak".

Moderate dan Liberalisasi adalah salah satu komponen dalam konsep globalisasi yang diperkenalkan barat(sebut Amerika). Teras globalisasi adalah hak asasi manusia yang giat disebarkan melalui kemodenan dan walaupun Amerika mendabik dada mereka begitu globalisasi dengan hak mutlak serta bebas dengan mengangkat kulit hitam sebagai Presiden, tetapi kebebasan menyebut perkataan "Black dan Niger" masih terbatas dan terbaru kulit hitam ditembak polis kulit putih dan menjadi isu besar di Negara "Moderate" itu.

Malang bagi orang Islam, hak mutlak kebebasan samada bersuara, mengatakan pendapat, berkongsi, waima hidup tidak wujud didalam Islam. Orang Islam tertakluk kepada AlQuran dan hak mereka termaktub sebagai hambaNYA dan lahir bersama mereka sebagai bayi iaitu setiap Islam memikul amanah besar dari Allah.
Yang ada adalah hak kebebasan terhad kepada hukum Allah.

Hak dalam Islam memperakui hak seorang bapa kepada anak dan seorang suami kepada isteri tidak selain itu. Tidak perlu hak untuk moderate kerana Islam itu sendiri sediakala sejak manusia belum dicipta adalah agama yang moderate. Malahan semua bukti keEsaan Allah adalah bertunjang pada kesederhanaan. Lihat pada ciptaan Alam semesta ada Matahari ada Bulan, ada panas ada sejuk, ada gelap ada terang. Lihat pada ciptaan bumi yang keras tapi air didalamnya, sejuk tapi api diperutnya dan pelbagai lagi. Malahan manusia itu sendiri dicipta dengan sederhana, tidak tinggi dan tidak rendah.

Justeru, saya pohon Eminent 555 menjelaskan apakah jenis moderate yang mereka perjuangkan? Jika hak untuk berdua-duaan, atau berkongsi rumah Ibadat, atau nama Tuhan dan sebagainya ia bukan moderate-moderate tetapi ia ultra-moderate.

Saya bersetuju jika Eminent 555 mengatakan Perkasa ekstreme dengan menyerang agama dan kaum lain dan ia dipanggil moderate keterlaluan tapi apakah kita perlu jadi terlebih moderate atau moderate lemah setiap kali isu silang antara agama dan kaum barulah kita diperakui moderate sepenuhnya?

Saya mohon pada Eminent 555 yang mengimpikan Malaysia lebih aman dengan mengajak orang Melayu bersikap "moderate" pada kaum dan agama lain memikirkan punca kepada hilangnya keseimbangan hubungan antara kaum dan hilangnya kesederhanaan dalam beragama di Malaysia.

Apakah puncanya Perkasa atau Isma? Apakah puncanya Ridhuan Tee Abdullah? Apakah puncanya UMNO yang dituduh mempermainkan isu rasis dan menakutkan orang Islam? Atau apakah puncanya adalah Namewee.

Namewee adalah punca kepada ketidakseimbangan ini. Namewee yang akibatkan kesederhanaan atau moderate umat Islam bertukar menjadi agresif. Dan hingga hari ini Namewee tidak pernah dipersalahkan jauh sekali dihukum.

Mustahil Eminent 555 tidak kenal Namewee kerana pada masa Namewee upload video Negarakuku di Youtube pada 15 Julai 2007 kebanyakan Eminent termasuk Datuk Noor Farida masih mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan dan masih memikul amanah Allah SWT.

Sejak 13 Mei 1969 tidak pernah terjadi provokasi melampau terhadap orang Melayu sehinggalah Namewee secara berterusan terus memaki-maki orang Melayu dan Islam.

Antara lirik Negarakuku yang melangkaui kesederhanaan dan menghina Melayu adalah menghina polis jadi rajin masa raya dan ambil rasuah. menghina azan seperti lagu R&B dan bunyi seperti kokokan ayam, menghina Kerajaan hanya menjaga golongan tertentu, menghina orang Islam masih minum susu, menghina penjawat awam slow termasuk Eminent 555,  menghina orang bertudung jalan perlahan melintas jalan, pelajar sekolah Cina tidak dilayan oleh Kerajaan dan dinafikan hak masuk Universiti, dan banyak lagi.

Saya adalah seorang liberal dan moderate bersetuju dengan fakta dalam lagu Negarakuku termasuk Eminent 555 kerja lambat dan saya boleh terima suara Namewee sebagai suara anak muda yang kecewa dengan Negaranya. 

Persoalannya apakah semua orang Melayu dan Islam boleh terima penghinaan dari Namewee dan memaafkan serta melepaskan dia semudah itu?

Hakikatnya lagu 5 minit 46 saat ini lengkap dengan segala penghinaan kepada Islam, Melayu, jantina, peribadi, personaliti, adat, dan juga Negara malahan ia jauh melangkau kesederhanaan yang diperjuangkan Eminent 555 dan akhbar The Star malah ia juga noda pada nilai tamadun orang Cina yang tinggi.

Betul sikap Namewee tidak mewakili sikap semua orang Cina di Malaysia tetapi semua yang menyokong kerjaya murahan Namewee jelas menyokongnya. Ramai VIP Cina tampil menyokong Namewee berbentuk kewangan, khidmat guaman dan juga berjuta orang Cina menyokong Namewee dengan menonton Filem pertamanya yang mengutip RM 7 juta.

Namewee adalah punca segalanya yang berlaku di Malaysia pada hari ini. Apa yang Perkasa, Isma dan Ridhuan Tee Abdullah lakukan adalah tindak balas dari tindakan Namewee yang tidak pernah dihukum atas kesalahannya.

Maaf bukan penyelesaian tapi pelaku perlu dihukum bagi mengelakkan persepsi semua bebas bersuara walaupun menghina dengan kata carut. 

Kegagalan menghukum orang pertama yang melangkaui kesederhanaan rakyat Malaysia ini telah akibatkan lebih ramai Namewee lahir seperti Alvin dan Vivian dan ramai lagi dikalangan Melayu sendiri. Sehingga membawa kepada tindakan membaling bom api ke Gereja dimana 3 anak Muda Melayu yang asalnya diprovokasi oleh Namewee dipenjarakan.

Eminent 555 mahukan semua rakyat Malaysia menjunjung kesederhanaan atau hanya mahukan Melayu sahaja moderate, kaum lain tidak perlu? Kerana pada pembacaan saya yang naif, akhbar berjaya mengolah petisyen Eminent 555 seperti ia hanya dikhususkan kepada orang Melayu sahaja.

Jujurnya, apakah keseimbangan dan kesederhanaan Malaysia dapat dicapai dengan Melayu sahaja menjadi sederhana? Cina tidak perlu jadi sederhanakah demi mencapai keamanan Negara?

Saya ingin memohon kepada Eminent 555 menyelesaikan hutang kepada orang Melayu dan Islam dengan membayar harga kegagalan mereka bertindak semasa kuasa ditangan dengan membawa Namewee kemuka pengadilan dan terus dihukum pada 2015.

Kegagalan Eminent 555 dan The Star hanya memberi isyarat bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menghina kenapa Altar Jesus mengepit pahanya, kenapa Altar Buddha boroi perutnya dan merah mukanya, kenapa Altar India matanya terbeliak sepertimana Namewee mempunyai hak menghina azan dan terlepas dengan hanya meminta maaf.

Kejayaan Eminent 555 dan The Star mengusahakan bukti dan undang-undang membawa Namewee kemuka pengadilan dan dihukum akan menjayakan bukan sahaja moderation Melayu, malah Cina dan India terus kesederhanaan Malaysia kerana tiada siapa berani melangkaui garis kesederhanaan seperti Namewee lagi. Malahan saya yakin berpuluh juta orang Melayu akan menyokong Eminent 555.

Namewee adalah punca segalanya dan kunci penyelesaian kekusutan ini, kerana terbukti selepas 13 Mei 1969 sehingga 15 Julai 2007 semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama hidup secara sederhana dan saling menghormati.

Selagi Eminent 555 tidak berjaya mendakwa Namewee maka tidak perlulah berjumpa Perdana Menteri kerana tiada apa yang beliau boleh lakukan. Tiada apa yang boleh sesiapa lakukan kerana penyangak yang mencetus kelakuan "ekstremis tanpa risiko" dengan menyerang Islam dan Melayu masih bebas dan kesakitan ini perlu dibayar dengan harga yang setanding.

No comments: