ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, December 31, 2014

Hikmah Banjir: Henti Bantu Kelantan

Saya bergurau, teruskan bantuan pada semua manusia tanpa mengira Negeri mereka, dialek mereka, warna kulit mereka, kaum mereka dan dan agama mereka. Tetapi dalam perniagaan, jihadlah menyokong Islam.

Banjir kali ini penuh hikmah pada rakyat Kelantan agar membuang SIFAT KENEGERIAN MEREKA.

Saya antara beribu mangsa kenegerian Kelantan.

Perniagaan saya menjalankan tugas kantin sekolah dan membekal makanan bermasak dengan cemerlang dan kami bukan syarikat ali baba atau ekpress.

Perniagaan Almiah ditubuhkan pada 1986 dan menjalankan pelbagai perniagaan kantin sekolah dan asrama seluruh Malaysia sehingga tahun 2010.

Pada 2008 Pengarah Kementerian Pendidikan dan pegawai atasan Kementerian dipelopori oleh orang Kelantan dan hampir semua tender diberi pada Syarikat anak Kelantan.

Semangat kenegerian Kelantan wujud dimana-mana malah diketahui oleh bangsa Indonesia yang bekerja sebagai Tenaga Buruh Murah. Kata mereka kepada saya, pada tahun 2010, Pengarah JPS Selangor yang baru adalah orang Kelantan maka semua tender selenggara sungai dan longkang di Selangor diberi pada kontraktor Kelantan.

Ia tidak berhenti pada sektor kerajaan sahaja, saya punyai seorang kawan yang berkerja sebagai kerana di Pejabat Pos, Pada 2008 beliau berjumpa seorang pengusaha kilang Kelantan di Rawang yang menyuruhnya membeli lori dan beliau berjanji akan menyewa lori kawan saya setiap hari.

Hari ini kawan saya ada sepuluh lori dan menjalankan perniagaan kanopi kerana lorinya digunakan kilang Kelantan di Rawang pada hari berkerja sahaja.

Sifat kenegerian Kelantan tidak berhenti di IKS malah kepada penjaja kecil. Orang Kelantan seperti orang Cina teguh menyokong perniagaan penjaja kecil kedai runcit, kedai makan dan payung-payung peniaga Kelantan.

Jika ada sepuluh kedai menawarkan barang yang sama tetapi satu sahaja kedai Kelantan orang Kelantan akan beli dari pekedai Kelantan itu.

Sifat kenegeriaan Kelantan juga terulit dan sebati dengan parti politik.

Banjir 2014 menjadi bukti walaupun banjir diakibatkan pembalakan haram berleluasa sejak zaman Tuan Guru Nik Aziz tapi nama beliau langsung tidak disebut sebagai pemimpin korup dan sasaran mereka senada dihalakan pada pemimpin luar Kelantan iaitu Perdana Menteri Malaysia yang bukan orang Kelantan.

Malahan bantuan kemanusiaan juga mereka Negerikan sehingga terbitlah dari "Group-group FB" mereka yang Kelantan dianak tirikan dalam penyampaian bantuan padahal hakikatnya petugas dari seluruh Malaysia bersengkang masa, berlubang poket memberi sumbangan pada mereka.

Perkara ini amat menyedihkan kerana Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata beliau tidak bangga menjadi Melayu dan rakyat Malaysia kerana ia bersifat kebangsaan. Buang kebangsaan ambil Islam baru perbincangan Kerajaan Perpaduan boleh diteruskan sambung beliau.

Peliknya, benarlah mereka tidak ada sifat kebangsaan, tapi mereka ada sifat kenegerian. Apa bezanya?

Saya mempunyai ramai saudara ipar orang Kelantan menyeru orang Kelantan menyahut saranan Tuan Guru Nik Aziz buang kebangsaan, buang Kenegerian Kelantan dan junjung agama Islam.

Jadikan Islam sebagai kayu ukur bukan kenegerian dalam memberi tender dan projek kerajaan, dalam memberi bantuan dan sokongan perniagaan dalam berkongsi kekayaan dan kemakmuran.

Jika Islam dijunjung seperti nasihat Tuan Guru Nik Aziz, insyaALLAH bala Allah akan Allah elakkan tahun hadapan. Insya Allah.

Akhir kata, saya pinta sisi positif artikel ini disambut dan diterima dan yang negatif dibuang dan jika ada anak Kelantan yang terasa hati saya bersumpah saya tiada niat jahat langsung melainkan kebaikan demi agama Islam khususnya di dalam dunia yang makin mencabar.

No comments: