ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, August 17, 2014

UTUSAN MALAYSIA MENGKHIANATI PERJUANGAN ISLAM DAN MELAYU

Selepas PRU 13 saya dihubungi oleh Dato Zaini Ketua Pengarang Utusan yang antara lain memuji dan memberi kata semangat kepada saya untuk terus berjuang untuk Islam dan Melayu. Saya beritahu kepadanya saya mula membaca habis setiap akhbar Utusan seawal usia 9 tahun. Saya bangga beritahu padanya saya dibentuk oleh Utusan Malaysia.

Beliau kemudian menjemput saya menghadiri satu Forum Rakyat di Bangunan MARA yang begitu semangat bincangkan hala tuju Melayu Islam selepas PRU 13. Antara panel yang masih saya ingat adalah Kamarudin Kachar dan beberapa individu yang hadir adalah Nasharuddin Mat Isa dan Zulkfili Nordin. Semua hadirin begitu bersemangat memperjuangkan Islam dan Melayu dan champion mereka adalah Utusan Malaysia.

Sejak kedai saya disita dan akan dirobohkan MPS saya tidak pernah terfikir akhbar yang mengkhianati saya adalah akhbar Utusan Malaysia kerana saya sebelum itu diberitahu ia kerja Sinar Harian malah Utusan seperti yang diberitahu pada saya adalah akhbar yang adil serta akan perjuang Islam dan Melayu.

Etika kewartawannya dan nilai orang Islam lebih lagi yang mengaku perjuangkan nasib orang Islam dan Melayu sewajarnya membawa wartawan tersebut mendengar dari kedua pihak sebelum menyiarkan dalam akhbar perdana berpengaruh seperti Utusan Malaysia.

Walaupun hanya tajuk yang berbunyi penduduk dakwa, tetapi isinya jelas menekan penguatkuasa dan juga kami sebagai orang Melayu dan juga orang Islam sama seperti Anjung Melati untuk mengusahakan tanah pusaka kami sendiri walaupun dihimpit masalah faraid.

Malangnya, wartawan Utusan Malaysia tersebut sampah dan tidak buat background check dimana setengah dari jalan Anjung sepanjang 850 kaki tersebut berada dalam tanah kami dan buktinya kami ada blog di http://jalananjung.blogspot.com malahan longkang air kumbahan dan najis Anjung Melati memasuki tanah kami diceroboh pemaju mereka dan jika pemaju sudah tiada wajiblah mereka yang bertanggungjawab.

Kami sudah lapor kepada MPS sebelum mereka lapor mengenai kami sejak 2012 dan hingga hari ini tiada tindakan yang diambil dan Utusan Malaysia memilih untuk memihak kepada penceroboh tanah dan menekan pemilik tanah yang hanya menggunakan Tanah sendiri dari terbiar menjadi sarang penjenayah dan penagih.

Bayangkan begini, dalam kawasan laman rumah anda ada tanah rumput sebesar sebuah kereta dan jiran anda menyimen dan membina porch parking kereta atas tanah itu tanpa kebenaran anda. Kemudian bila saudara anda datang dan parking disitu jiran anda marah dan mengadu pada Utusan Malaysia dan PBT. Esoknya Majlis datang merobohkan rumah anda kerana Rumah anda ubahsuai tanpa kebenaran, bukan porch yang jiran anda bina dan cerovoh tanpa kebenaran anda atas sebab apa, atas sebab itulah yang digambarkan oleh Utusan Malaysia, pengkhianat No 1 Islam dan Melayu.


Kini perselisihan kami semakin teruk kerana adanya Utusan Malaysia "pejuang Islam dan Melayu" bukan mendamai tapi melagakan. Selepas mendapat laporan juru ukur ketiga kami akan tutup jalan dan longkang yang berada dalam tanah kami dan kami tiada pilihan kerana mereka menekan kami dahulu dan semuanya sebab UTUSAN MALAYSIA MENGKHIANATI PERJUANGAN ISLAM DAN MELAYU. Akhirnya semua orang akan rugi malahan bomba sendiri tidak bisa masuk ke rumah Taman Anjung Melati. Semoga Utusan Malaysia puas hati angkaranya sendiri merugikan agama dan bangsa.

PS: Saya masih membeli akhbar Utusan Malaysia setiap hari walaupun sudah membaca di laman web kerana saya fikir inilah saya mampu sumbangkan RM 1.50 untuk perjuangan Islam dan Melayu melalui Utusan. Selepas ini saya tidak akan beli lagi dan hanya baca secara percuma sahaja kerana saya tidak percaya pada boikot ilmu walaupun hati amat geram penipu Islam dan Melayu hanya topeng sahaja.

No comments: