ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, July 14, 2014

SURAT TERBUKA PADA RAJA-RAJA MELAYU cc PADA PEMIMPIN YANG DIPILIH RAKYAT



Daulat Tuanku,

Tujuan patik menulis warkah ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman dan pengamatan patik atas Akta 133, status Pertanian Tanah Rizab Melayu dan juga PHD Orang Melayu Sebagai Penyebab RM 40 Billion Hartanah Rizab Melayu Beku.

Pengalaman patik berakhir dengan patik terpaksa menutup operasi Perniagaan Patik yang patik bina diatas tanah milik patik yang dikurniakan Sultan Selangor kepada moyang patik sebelum di warisi Nenek patik dan kini cucu cicitnya.

Selepas hampir 3 tahun berjuang barulah patik faham mengapa orang Melayu tidak boleh maju dan patik yakin orang Melayu tidak akan mampu jadi bangsa yang berjaya.

Izinkan Patik mengajak Tuanku dan pembaca menyorot Tragedi Letupan Kilang Mercun di Kg Baru Sg Buloh pada tahun 1992 sebagai satu model contoh kekuatan perpaduan dan pengorbanan orang Cina sesama Cina.

Kg Baru Sg Buloh asalnya adalah Kampung kediaman rumah orang Cina dan antara kilang terawal pada waktu itu adalah kilang mercun terbabit.

Kebakaran, letupan dan tragedi tersebut hanya meletupkan tuah pada masyarakat Cina disitu dan merintis kepada Kg Baru Sg Buloh hari ini sebagai kawasan industri berat, ringan dan sederhana.

Sebut apa sahaja jenis kilang yang patik-patik rakyat jelata cari pasti ada di sini, sebut sahaja apa sahaja jenis dan kewarganegaraan pekerja asing, ia pasti ada disini.

Dilaporkan pada tahun 2003, Kerajaan BN pimpinan Dr Khir Toyo melancarkan program pemutihan kilang haram di Selangor dengan mensasarkan Kg Baru Sg Buloh sebagai sasaran utama namun sehingga hari ini lebih 90% bangunan kilang disini kekal berstatus haram kerana tidak mendapat kebenaran membina dari PBT.

PBT tidak membenarkan sebarang binaan atas Tanah Pertanian dimana itulah status 90% Tanah Kg Baru Sg Buloh dan itulah juga status 100% Tanah Rizab Melayu asal.

Usahawan Cina disini mengaut untung berjuta ringgit setahun tanpa diganggu, diancam, dan tidak pula perlu membayar pelbagai cukai dan lesen Tanah Industri kerana ia Tanah pertanian.

Malahan, sebelum PRU 13, Perdana Menteri Malaysia turun padang dan berjanji kepada penduduk Kg Baru Sg Buloh sekiranya BN memenangi Selangor semua tanah di sini akan dinaiktaraf dari Tanah Pertanian kepada Tanah Industri dengan percuma.

Ketetapan takdir itu benar dan BN kalah di Selangor dan usahawan Cina terus beroperasi disini dengan mudah, murah dan terus pesat maju dan terus maju meninggalkan orang Melayu yang masih gagal membangunkan tanah sekangkang kera dan setapak kaki mereka ini pula seluas kilang.

Mengapa dan kenapa pasti adalah soalan pertama yang timbul dalam benak patik-patik Rakyat jelata selain pelbagai tuduhan dilontarkkan pada pihak berkuasa tempatan, pemimpin, polis dan sebagainya dengan mengaitkan rasuah, takut pada kongsi gelap cina dan sebagainya.

Hakikatnya, dalam Akta 133 bawah Seksyen 87, 88, 89 dan 90 terkandung mengenai kacau ganggu, atau tort nuisance dimana ia diringkaskan berbunyi “Bilamana dilaporkan oleh penduduk setempat pada PBT berlaku kacau ganggu, dan selepas disiasat satu notis akan dikeluarkan dan jika ingkar satu notis tutup boleh dikeluarkan”.

Atas sebab itulah PBT tidak mampu bertindak merobohkan satupun kilang berstatus haram di Kg Baru Sg Buloh dan di kawasan Cina lain kerana tiada aduan dari penduduk setempat kerana orang Cina tidak dengki dengan orang Cina lain. Jelaslah, orang Cina akan terus menjadikan kejiranan Cina sebagai pilihan utama dan enggan berjiran dengan Melayu.

Dalam kejiranan Melayu yang banyak terselit Tanah Rizab Melayu yang terbiar diabaikan, orang Melayu dengan alasan seperti sampah, bising, tikus, longkang, anjing, parking dan berjuta alasan lain lagi bagi menyokong dakwaan kacau ganggu mereka terus melaporkan pada pihak PBT malah berterusan mendesak PBT menutup premis orang Melayu yang juga jirannya.

Natijahnya, dari 10,000 kilang milik orang Cina di Malaysia hanya 1 kilang milik Melayu kerana kekangan kos operasi seperti sewa, cukai, lesen industry dan sebagainya.

Akta 133 juga dengan jelas menyebut tentang sebarang binaan adalah dilarang tanpa mendapat kebenaran dari PBT dimana ia jelas menghalang Tanah Rizab Melayu dibangunkan kerana semua Tanah Rizab Melayu asalnya berstatus pertanian.

Umum jelas, Melayu dan Islam berpisah tiada. Kebanyakan Tanah Rizab Melayu itu diperoleh hampir 50 tahun dahulu oleh nenek kita, maka hari ini pasti ia dimiliki hampir 100 pemilik kerana hukum pembahagiaan harta faraid dari generasi ke generasi.

100 pemilik Generasi Ketiga ini tidak akan berjaya bersatu hati kerana itulah jati diri mereka dan akhirnya tanah tersebut akan terus terbiar kontang, beku dan tidak mendatangkan sebarang faedah melainkan kesusahan dan kerugian pada orang Melayu sendiri kerana tetap perlu membayar cukai tanah dan cukai pintu.

Maka gagallah wasiat Raja Melayu membangunkan orang Melayu dengan memperuntukkan 30% Tanah di Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu kerana ia tidak boleh dibangunkan langsung disebabkan masalah faraid, sebab Akta 133 Binaan Bangunan, Syarat Guna Tanah dan sebab PHD Orang Melayu.

Akhir kata, patik merayu kepada sesiapa yang bekenaan khususnya mereka yang punya kuasa untuk merubah dan meminda Akta 133 bagi Tanah Rizab Melayu dan memudahkan semua proses permohonan binaan atas Tanah Rizab Melayu agar RM 40 billion hartanah Melayu tidak beku kerana ia adalah amanah Allah kepada kita untuk diusahakan bukan ditinggalkan begitu sahaja.

Patik juga  merayu agar pihak Istana dan Majlis Raja-Raja dapat mengarahkan Memanda Menteri menaik taraf semua Tanah Rizab Melayu dari status pertanian ke status rumah dan industri.

Patik yakin, jika semua tanah Rizab Melayu ditukar status dari pertanian kepada rumah dan industri, ia akan menggerakkan separuh atau RM 20 billion hartanah Melayu dibangunkan pada 3 tahun pertama.

Pada orang Melayu, patik ingin berpesan cukup-cukuplah khianat dan secara peribadi patik merasakan Melayu bangsa yang tidak boleh berjaya kerana ayat Surah Baqarah mengatakan “ Dalam hati manusia ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit itu”.

Akhir kata, patik pacal yang hina, menjunjung budi Tuanku, Ayahanda, Nenda dan moyang Tuanku yang sejak dahulu berterusan berusaha membantu orang Islam yakni Melayu.

Kesungguhan Raja Melayu membantu Melayu beterusan hingga terbitlah Wasiat Raja Melayu termasuk Tanah Rizab Melayu yang  tujuan asalnya untuk membantu Melayu menaikkan ekonominya.

Malangnya Tanah Rizab Melayu umpama lintah yang menyedut darah kami membayar cukai tanah dan pintu kerana ia tidak boleh dibangunkan sebab kekangan Akta 133 Seksyen binaan atas Tanah Pertanian, faraid yang menyukarkan proses tukar syarat tanah dan juga kedengkian patik-patik Melayu ini jualah.

Mohon ampun dan patik mohon undur diri dengan harapan Tuanku Sultan seluruh Malaysia dapat membantu patik-patik Rakyat yang berharap bukan untuk memerangi Cina sebaliknya memerangi kemiskinan bangsa Melayu sendiri.

No comments: