ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, August 14, 2013

CERAI PERKARA YANG DIBENCI ALLAH

Cerai bukan pilihan!!!

Semasa saya diijabkabulkan oleh Tok Kadi yang diwakilkan oleh Ayah Mertua, saya ditarbiah dahulu oleh beliau,Haji Dahnil Sikumbang bin Mardani.

Ijab dan kabul katanya adalah dia menyerahkan tanggungjawab dan amanah ALLAH kepadanya, seorang anak perempuan, kepada saya. Saya, dengan ini, bersetuju mengahwini anak perempuannya dan mengambil alih tanggungjawab yang terbeban atasnya dari ALLAH samada dari segi dunia mahupun akhirat.

Dengan konteks semudah itu, bolehkah seorang bapa menceraikan anaknya yakni melepaskan tanggungjawab mendidik dan menanggung dosa anaknya? Jika tidak, bagaimana seorang suami boleh menceraikan seorang wanita yang diwarisi dari bapanya?

Cerai adalah jalan terakhir yang Allah sediakan bagi mengelak dosa yang lebih besar.

Cerai itu sendiri dosa besar dan lebih lebih besar apabila ia dijadikan jalan mudah yang terakhir.

Lebih 90% kes penceraian adalah salah lelaki kerana tidak memikul amanah ALLAH kepada seorang bapa yang diserahkan kepadanya.

Menjadi suami juga seorang bapa kepada isteri. Mendidik dan membimbing. Tetapi kebanyakan suami tidak mampu membimbing dirinya sendiri dengan cara dan jalan yang betul apatah lagi satu amanah ALLAH.

Selepas keadaan dan masalah meneruk dan tidak boleh diselamatkan dengan mudah, lelaki mengambil jalan mudah memukul, dan kemudian menceraikan isteri. Logiknya, atas kesalahan demi kesalahan, atas kesempatan demi kemudahan, atas kenikmatan demi kepuasan yang suami atau lelaki miliki, mereka tidak boleh langsung membuang ego dan menyelamatkan perkahwinan mereka.

Jalan paling mudah yang lelaki ambil adalah cerai dengan alasan paling popular, sudah ketentuan Allah. Ketentuan Allah sudah tertulis namun usaha kita tetap menjadi penimbang hukuman kita di akhirat kelak.

Ingatlah, cerai hanya satu pengakhiran kepada episod dosa, kegagalan sebagai pemimpin rumahtangga dan pengabaian yang panjang. Cerai perkara yang dibenci ALLAH. Sayangi ALLAH, buang segala ego, akui kelemahan sebagai suami dan rayu serta rebutlah peluang kedua.

Akhir sekali saya ingin berkongsi pesan Arwah Abah kepada saya, berkasih biar seribu, bercinta biar satu, kekasih biar seribu, cinta biar pada yang satu.




No comments: