ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, January 31, 2013

Parti Serpihan PAS, Masa Yang Tepat

UMNO kaya dengan sejarah pergolakan dalaman hingga menyaksikan beberapa pemimpin utama mereka keluar/dipecat dan menubuhkan Parti Serpihan. Parti seperti Semangat 46, dan Keadilan adalah serpihan dari UMNO. Ramai pengikut UMNO keluar beramai-ramai sebelum menyertai semula UMNO seperti Pak Lah, Rais Yatim dan ramai lagi. Kini adalah masa yang amat tepat untuk PAS pula mengulangi sejarah UMNO berhadapan dengan Parti Serpihan sendiri, mahu tidak "bertarung" dengan sahabat dan rakan sendiri dalam Pilihanraya dan bersaing dalam perlumbaan mendapat sokongan dari golongan pengundi yang sama.

Malah, perjuangan antara parti serpihan PAS ini juga sebenarnya berkongsi hala perjuangan yang sama iaitu memperjuangkan Negara Islam.

Hassan Ali adalah figura pertama yang dipecat dari PAS, dan terkini Nasharudin pula menerima nasib. Cuma kali ini Majlis Ulama dilihat mengotorkan tangan mereka membuat keputusan pelik memecat ahli mereka yang cemerlang. Apa yang cemerlang, dalam peperangan jelas PAS perlu punyai satu figura seperti Nasharudin yang kekiri boleh, kekanan boleh, kehadapan boleh, kebelakang boleh, keatas boleh, kebawah boleh, ke dalam kem musuh pun boleh. Samada mata-mata, pengintip, trojan horse atau apa sahaja namanya, Nasharudin akan mampu memberi maklumat kepada PAS apa yang mereka tidak mampu tahu.

Nasi sudah menjadi bubur. Sebenarnya selain dua figura besar ini, ramai lagi watak-watak kecil termasuk Cikgu Sekolah Rendah yang menerima nasib yang sama. Justeru, Hassan Ali, Nasharudin, Zulkifli Nordin, CN Afghani, Cikgu-cikgu pondok, penyokong-penyokong PAS yang mahu memperjuangkan ISLAM dengan bebas wajar mewujudkan Parti Serpihan PAS seperti Semangat 46 dan Keadilan.

Parti Syahid, Parti Fisabil, Parti Umat, Parti Hamba, Parti Abdul Rahman atau apa sahaja nama partinya jika di lengkapi Hassan Ali, Nasharudin, Zulkifli Nordin dan mungkin Harun Din akan memperjuangkan Islam malah akan memberi pilihan yang lebih luas kepada umat Islam khususnya ahli PAS untuk memperjuangkan Islam tanpa terikat kepada mana-mana peraturan parti, percaturan politik jauh sekali dari UMNO yang mereka benci.





No comments: