ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, June 26, 2016

Bangga Dengan Fakta Melayu Tidur, Melayu Malas, KITA Lebih Hebat Dari Barat Eropah!

Apa yang Mueller katakan tentang kakitangan MAS(Melayu) tidur tidak perlu dinafikan!

Begitu juga apabila ada yang kata Melayu malas, kita juga tidak perlu nafi!

Malas dan tidur keduanya adalah fakta.

Menafikan fakta bermakna kita tidak akui dan tidak kenalpasti kelemahan kaum kita sendiri sekaligus menghalang sebarang peluang untuk Melayu berubah dan maju.

Sebaliknya, jawab Mueller dan pencemuh yang lain dengan berkata;

Melayu baru bentuk Negara pertamanya kurang 60 tahun dahulu. Walaupun Pesekutuan Malaysia adalah Negara pertama diperjuang dan ditadbir Melayu, Melayu tetap bermurah baik hati menerima Cina dan India menjadi sebahagian besar dan penting Negara Malaysia.

Sebelum Negara Malaysia dibentuk, Melayu tidak punyai Kerajaan sebesar Malaysia melainkan Kerajaan Negeri yang terbahagi kepada lebih 14 "Daerah" yang amat kecil.(Sejarah Melaka jauh dibelakang dan tiada kesenambungan untuk dinilai sumbangannya)

Melihat pada sejarah tamadun kaum Cina, India, dan Arab yang berusia beratus ribu tahun, pencapaian kaum Melayu lebih membanggakan jika dibandingkan dengan pencapaian kaum tamadun-tamadun awal ini.


 
Mueller tidak tidur dan rajin kerja digerak oleh kekejaman Hitler "kebanggaan" Jerman


Begitu juga jika kita lihat pada pencapaian kaum Mueller atau kaum barat Eropah yang berusia ribuan tahun malah pernah menjajah 2/3 Dunia, maka pencapaian kaum Melayu yang tidur dan malas itu jauh lebih membanggakan dari kaum Mueller.


Acapkali bila orang kritik Melayu MALAS, Melayu TIDUR, Melayu Penipu dan sebagainya, orang Melayu melihat melalui teropong sempit yang dicipta barat.

Melayu sentap lantas berada dalam perspektif sempit lalu terbawa dan terikut rentak tarian dendangan Barat.

Dendangan Melayu Bodoh yey! Melayu Malas yey! Kita Melayu pun ikut dan rendahkan kehebatan kaum nenek moyang kita sendiri.

Hakikinya, semua revolusi dalam dunia digerakkan oleh pengalaman khususnya kemelaratan ekonomi dan kesengsaraan peperangan.

REVOLUSI CHINA - GREAT LEAP. 42 juta rakyat China mati kelaparan!

Kejayaan & Pencapaian Cina hari ini hasil dari kematian 42 juta jiwa kelaparan!

Eropah dan Amerika yang dipuja hebat hanya selepas berperang ratusan tahun dengan jutaan nyawa terkorban hanya untuk berevolusi tidak tidur dan tidak malas.

Melayu tidak pernah sengsara peperangan panjang, tiada kemelaratan ekonomi atau catuan makanan hingga kematian waima seorangpun akibat kelaparan.

Justeru orang Melayu dan evolusi mereka jauh lebih hebat dari orang Barat Eropah jika diberi atau dibanding tempoh yang sama dengan mereka.

Jadi, kita jangan nafikan, sebaliknya kita jawab dengan yakin;

YA! Melayu Tidur dan Melayu Malas, tetapi jika dibandingkan dengan sejarah kaum Barat Eropah, jika dibandingkan dengan kaum Arab, Cina dan India;

KAMI orang Melayu lebih hebat pencapaiannya dalam tempoh tahun yang sama.

Pun begitu, jujurnya untuk berubah Melayu perlu banyak berkorban dan berusaha memahami AlQuran.

Malas, curi tulang, tidak jujur, tidak amanah, lembab, tidur, banyak MC, banyak EL, banyak alasan, kuat tipu dan pelbagai lagi adalah antara sikap popular orang Melayu yang mentah ini.

Walaupun agama Islam melarang semua sikap negatif ini, tapi cengkaman identiti kaum lebih kuat pengaruh berbanding agama. Hanya jika agama berjaya dihayati barulah sifat negatif ini mampu dibuang.

Tidak perlu tengok orang lain, perubahan perlu bermula dari kita sendiri dan orang paling rapat dengan kita.

Malaysia Boleh! Melayu Terbaik!

Thursday, June 23, 2016

Soalan Pada KP Kesihatan, Ancaman Anak Anti-Vaksin Atau PATI Lebih Buruk?

Perlu dijelaskan saya golongan vaksin, khuatir pula kena kecam. ;p

Banyak cadangan diutarakan di FB yang mana ia tidak lebih dari hanya selesaikan masalah dengan mencipta satu masalah lain.

Sebagai contoh, cadangan melarang anak yang tidak mendapat vaksin mendaftar Tadika dan terbaru Sekolah. Mungkin pencadang tidak pernah dengar apa yang terjadi pada Kg Kusta, Jalan Kusta, Sg Buloh seawal tahun 1930 dan diwartakan secara rasmi sebagai bukan ancaman pada 1984.

Kerajaan ketika itu selesaikan masalah bukan dengan cara hukum mereka tetapi dengan bantuan yang diperlukan sehingga benar-benar bebas kusta disusuli kaunseling.

Saya fikir, golongan vaksin juga boleh dihadapi dengan pelbagai cara melalui penguatkuasaan akta dsb, tapi elakkan cara menghukum, apatah lagi hukum anak-anak yang hanya mangsa "kesilapan" ibu bapa.

Kita sudah terlalu banyak elemen salah diterapkan pada generasi akan datang seperti menghukum murid lambat ke sekolah, sedangkan Bas Sekolah dan Ibu Bapa yang lambat hantar mereka.

Saya ingin menarik perhatian pihak berkenaan khususnya Datuk Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Anak-anak anti vaksin bukan ancaman tunggal kepada golongan vaksin, malah ancaman lebih besar datangnya dari golongan PATI dan Pekerja Asing.

Mungkin Datuk Hisham dan kita tidak tahu bahawa anak-anak PATI yang tiada surat beranak/MyKid dan tiada vaksin diterima di Sekolah Agama JAIS di Selangor dan bercampur dengan anak kita yang ada vaksin.

Jika dilaksanakan larangan pada anak antivaksin rakyat Malaysia, bagaimana dengan mereka ini?

Di Pasar Borong Wilayah, di bawah terma UN, banyak "refugee" dari Negara potensi tinggi kesihatan berkampung di kawasan tersebut. Mereka mempunyai Sekolah sendiri dan anak-anak mereka juga bercampur dengan kita yang ada vaksin khususnya di tempat awam.

Bagaimana pula dengan anak-anak dari sempadan yang memiliki dua kerakyatan seperti Thailand-Kelantan/Kedah/Perak dan Sabah/Sarawak-Filipina/Indonesia?

Lebih menakutkan bukan anak-anak PATI ini kerana sebagai anak kecil tahap kesihatan mereka boleh dikesan, tetapi Pekerja Asing atau PATI sendiri!

PATI dan Pekerja Asing adalah orang dewasa yang merupakan "carrier" kepada wabak penyakit menular. Mereka tidak dijangkiti tetapi mereka pembawa.

Mereka sudah mula berasimiliasi dalam kejiranan kita dan hanya dipisahkan tembok rumah, dimana Pakistan, Bangladesh, Myanmar ini sudah banyak menyewa rumah sebelah kita.

Jika ditanya pada saya yang daif ilmu kesihatan ini, saya berpendapat anak-anak kita lebih terdedah kepada wabak-wabak terkawal melalui vaksin seperti Tibi dll kepada Pekerja Asing Dewasa Bangladesh, Myanmar dan Pakistan kerana mereka tidak pernah disuntik vaksin dan mereka pembawa virus yang sempurna.

Mungkin ada yang jawab mereka ini sudah diperiksa Fomema dsb tetapi ia tidak cukup bukan sahaja Fomema bukan setiap tahun, mereka selalu pulang ke Negara mereka, tetapi mereka adalah pembawa untuk menjangkitkan dan bukan dijangkiti dan ia tidak boleh dikesan!

Saya berharap, penyelesaian Kerajaan dalam melindungi rakyat Malaysia dari wabak penularan semula ini menyeluruh.

Pekerja Asing, termasuk PATI dan UN Refugee perlu dipantau khususnya anak-anak mereka yang lahir di Malaysia.

Bukan menidakkan kemanusiaan bila saya terpaksa menolak pekerja asing makan dengan anak saya di meja Restoran, atau menjual Ayam Golek di Selayang,, atau menafikan anak warga asing naik Bas termasuk Bas percuma di Selangor, tetapi kita perlu cegah sebelum terlambat.

Dan pencegahan ini memerlukan tindakan kawal bukan hukum.

Wednesday, June 22, 2016

PM Tolong Pertimbangkan Permohonan Saya Untuk Jawatan Ketua Polis Negara.



Saya Mustaqim Abdul Rahman ingin memohon jawatan Ketua Polis Negara sekiranya terdapat kekosongan.

Saya terlibat dalam Projek Sistem Laporan Polis selama 5 tahun dan sepanjang tempoh itu saya sudah pergi ke semua Balai Polis di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL selain lebih separuh Balai Kontijen Johor, Penang dan Perak. Sambil mata tertutup saya boleh lukis pelan lantai IPK, IPD Usang Johor, dll Balai.

Selain “bertugas” di peringkat akar umbi Polis, saya memahami nadi denyut polis termasuk perjuangan Tun Haniff Omar dan khususnya Tan Sri Rahim Noor yang dikagumi ramai anggota.

Saya hanya kenali IGP KBAB51 melalui Twitter dan saya sokong penuh jawatan beliau dilanjutkan berpuluh tahun lagi kerana beliau seorang yang hebat.

Kehebatan beliau dipercayai mampu tingkatkan keupayaan Sistem Laporan Polis(PRS) agar satu hari nanti pengadu tidak perlu mengadu di Balai sebaliknya memadai dengan Twitter pada OCS, AIO, IO, SIO, J, KBND, OCPD, KP, IGP dll.

Untuk rekod pada awal 2000 dahulu Kontijen Negeri Sembilan arahan Ali Hanafiah pernah merintis idea ini dimana IO bawak komputer Riba dan Printer supaya pengadu tidak perlu pergi ke Balai, tapi dihentikan kerana sebab tertentu.

Tapi, jika YAB PM berkeputusan untuk tidak sambung khidmat beliau, saya ingin memohon jawatan Ketua Polis Negar tersebut.

Saya layak kerana saya juga mampu Tweet malah Motto yang akan saya guna, ”padan muka dengan mereka yang tiada Twitter”.


Saya juga mampu arah anggota saya di Twitter untuk tangkap siasat orang ini, dan jika saya rasa saya tidak mahu jawab soalan wartawan(saya juga benci soalan provokasi wartawan) saya akan kata saya tidak perlu jawab. Isu tamat.

Sistem kerja saya juga mampu banteras kes penculikan di Malaysia dengan penuhi semua permintaan penculik termasuk wang tebusan. Saya mampu kawal wang tebusan keluarga mangsa tanpa kurang satu sen pun, jauh sekali kurang berjuta.

Selain itu, saya akan banteras kes rasuah dengan serbu rumah Pegawai Pencegahan Rasuah dan merampas dokumen mereka.

Anggota bawahan saya yang enggan ikut cara saya akan ditukar ke jawatan lebih baik dan diberi hadiah peti ais beku bagi hargai sejarah khidmat cemerlang mereka.

Konsep kerja ciptaan saya yang JITU ini juga mampu selesaikan banyak kes dengan kaedah tangkap pengadu dan biarkan yang diadu. Selesai kes, tutup IP Indeks Jenayah yang dibuka tadi dalam masa SOP yang ditetapkan.

Cukup masa, Audit Kepolisan pasti akan catatkan kecemerlangan berganda untuk PDRM bawah pentadbiran saya.

Saya juga punyai kebolehan toleransi tinggi khususnya dengan kroni, orang politik dan akhbar. Undang-undang dibawah saya akan dikuatkuasakan pada mereka yang lemah dan bernasib malang, dan mereka yang berkuasa akan dilepaskan melalui kaedah kesilapan teknik.

Merit peribadi saya pula, saya tidak pernah sokong mana-mana Kelab Bola seperti MU, Arsenal, Chelsea, Liverpool, RM, Barca, Munchen dll kerana saya setia pada Selangor sejak lahir. Terbukti jelas saya adalah orang yang setia malah lebih setia dari anijng yang pasti tidak akan gigit tangan tuannya.

Sebagai anak campur Melayu Cina, saya mampu tewaskan penjahat sehebat Botak Chin dalam sehari dengan prinsip derma ke akaun peribadi tidak salah.

Prinsip saya ini akan mudahkan orang Cina derma pada akaun orang Melayu.
Cara ini juga mampu menyatukan Cina dan Melayu kerana wang derma itu bukan sahaja mampu untuk minum kopi tapi banyak lagi.

3 anak lelaki saya akan dididik menjadi Polis dan dilantik ke jawatan-jawatan penting supaya ia kelak akan di warisi oleh cucu cicit saya kelak <– Yang ini bukan idea saya, ini sudah banyak dilakukan di kalangan JUSA yang bersara, anak dan cucu mereka dilantik menjadi CEO GLC dan Swasta(yang terlibat tender Kerajaan),  apa salahnya kalau saya terapkan formula sama dalam sektor “penguatkuasaan”.

Jika saya ada anak perempuan, saya akan galakkan beliau untuk sertai bidang pembekalan senjata tetapi tidak akan benarkan beliau sertai mana-mana tender Kerajaan. Kalau beliau mahu jual senjata pada bukan Polis, saya akan “babab” dia!

Konsep saya ini seperti yang dinamakan P.Ramlee adalah konsep demokrasi terpimpin. Tiada satupun penjenayah akan terlepas dari saya, hingga "pistol air" mereka sekalipun saya ada auditnya.

Bagi banteras pengganas, persetankan kaedah “loose and catch” CIA dimana CIA yang lepaskan dan biarkan pengganas masuk ke Malaysia, Paris, Turki, Indonesia, Amerika dll.

Kemudian CIA juga yang akan bagi maklumat hingga pengganas berjaya bom atau Berjaya ditangkap di Negara berkenaan dan tujuan utama menakutkan rakyat tempatan berjaya. Rakyat tempatan juga berjaya diyakinkan untuk sokong CIA dan benarkan “penjajahan” mereka.

Media tempatan yang kononnya bebas pula membantu kempen menaikkan imej  mereka dan tanpa kita sedari mereka yang akan tentukan siapa pengganas(Islam) dan siapa tidak(Barat). – Kaedah CIA ini bukan rahsia dan boleh ditonton dalam filem Holywood mereka sendiri.

Sebaliknya saya akan banteras pengganas IS yang dicipta mereka melalui kaedah “fight war on terror with heart to heart dan eye to eye”.

Kaedah H2H dan E2E ini akan benarkan semua Masjid dan Surau terlibat dibuka untuk aktiviti ibadah sepanjang malam.

Kos operasi PDRM tidak akan meningkat dimana pihak Masjid dan Surau terlibat diwajibkan Tweet/Whatsapp pada polis aktiviti sebelum, semasa dan selepas untuk pemantauan. Pihak Jabatan Agama boleh pantau silang mereka jika perlu kerana Jabatan Agama memang punyai anggota ronda malam untuk menghendap.

Hasutan IS ini biasanya dilakukan di kawasan Kampung dan mereka mencari rekrut dari golongan muda di Masjid dan Surau.


Selain berfungsi untuk balas rekrut mereka dengan aktiviti pengisian jiwa, Masjid dan Surau ini juga akan menjadi mata untuk pihak saya jika dilantik menjadi IGP atau Punasihat. Bukan sahaja mata untuk banteras pengganas, tetapi juga penjenayah dan penculik yang hilang duit tebusan berjuta.

PM tidak perlu khuatir samada saya akan khianati PM selepas bersara seperti G25 dan setengah polis lain kerana saya akan bertindak ketika kuasa ditangan, bukan melalak selepas kuasa tiada ditangan.

Prinsip saya , jika saya tidak mampu bertindak ketika kuasa ditangan, maka saya akan diam sediam-diamnya bila kuasa tiada ditangan kerana saya tahu malu.

Oh ya, sebagai extra merit, atau rekomendasi tambahan, saya berprinsip “ A man will do, what a man needs to do” dan “If I know someone else do this dirty job its catastrophic, so I sacrificed myself to reduce the damage though people call me evil”.

Yang paling penting adalah agenda kita, baik atau buruk. Dan pendapat peribadi saya, agenda saya dan saya percaya agenda IGP Khalid adalah baik.

Mohon dipertimbangkan.

PS: Dulu saya pernah pohon jawatan ini kepada Tun Dr Mahathir masa beliau masih lagi PM, tetapi ditolak, Saya yakin Dato Seri Najib lebih bijak dari Tun, lagipun mengikut jawapan kebanyakan pemimpin UMNO mereka memegang taklik kalau Mahathir boleh "kroni", kenapa Najib tidak boleh "kroni" dsb!

Jangan marah Dato PM, bulan puasa ini adalah baik jika dipenuhi permohonan saudara sesama Islam seperti yang selalu di post di wall PM.:)

Monday, June 20, 2016

Rumahku Burukku Kotorku



Artikel ini ditulis dalam sebuah rumah “kosong”.

Gambar Hiasan.
Saya berpeluang duduk di rumah seperti ini. Air mata air dan perigi dan lampu minyak tanah yang perlu dipam.
 
Saya dilahirkan kaya. Bapa saya adalah Penguasa Pembeli ketika saya lahir dan selepas 4 tahun, pada 1984, beliau adalah CEO sebuah Kilang Batu di Kajang.

Dengan gajinya RM 25,000 sebulan pada zaman itu, saya bisa dapat apa sahaja yang hanya mampu dimimpikan kanak-kanak lain.

“Malangnya”, janji Allah pada tiap manusia adalah benar.

1986 Abah secara tiba-tiba meletak jawatan dari pendapatan bulanan RM 30,000 sebulan untuk “berdakwah”, dan bermulalah episod “kesengsaraan dunia” buat kami sekeluarga.

Semua hartanya dilelong, dan beliau diisytihar muflis.

Sejak 1987-1992, rumah saya adalah kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kg Baru, Kuala Lumpur. 

Katil saya, abang, dan kakak adalah bangku panjang kantin Sekolah itu.

Sepanjang 13 tahun bersekolah, saya ada 8 Sekolah berbeza kerana kerap berpindah ikut keluarga berniaga.

Pada 1992 kami menetap di sebuah rumah setinggan(StingGarden) yang dibeli pada harga RM 8,000 di Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves.

Rumah “kecil” kayu itu mempunyai dua bilik dimana saya, 4 kakak, 1 Abang dan ibu bapa berteduh.

Sempit, panas, kecil, hina, miskin, sengsara semua hanyalah definisi mengikut perspektif berbeza manusia dan pada saya itu adalah saat paling gembira dalam hidup.

Saya tidak pernah waima sekali merasakan sempit, kecil, hina, miskin, susah, sengsara, derita dll kerana kami sekeluarga UTUH sebagai satu walau apa jua yang mendatang dan pergi.

Benarlah apa yang dikata dalam Filem Animasi Lilo and Stitch, family means nobody left behind atau dalam Bahasa Melayu, jika ada mana-mana ahli keluarga yang anda tinggalkan, ia bukan ahli keluarga anda.


Ilmu tidak semestinya diajar dewasa kerana saya diajar oleh seorang budak berumur 4 tahun yang menonton filem ini dan memberitahu pada saya "Papacai, family means nobody left behind. TQ Yasmin yang mukanya pun macam Lilo.

Susah bersama, senang bersama, busuk dan lapar bersama, wangi dan kenyang bersama, kaya dan miskin juga bersama.

Seekor keli dipotong 8, sebiji rambutan dibahagi 8, sepinggan nasi dijamah 8, setin sardin dimakan 8, sebuah kereta disumbat 8. Itulah keluarga dimana seorang pun tidak ditinggalkan.

Pada 1998, Abah meninggal dunia pada usia saya 18 tahun.

Ketika itu saya sudah boleh memasak semua masakan Tomyam, Nasi Lemak, bancuh pelbagai Air yang dipesan dengan cepat dan sedap dll ketika remaja sebaya saya masih belum pandai masak nasi pun.

Seperti Durian yang sedap dan menarik kerana rasanya yang manis, pahit, tawar, tembaga, payau, dan masam(Tempoyak). Begitu juga hidup yang menarik perlu ada semua rasa ini.

Abah boleh dikatakan “GILA” seperti Nabi Muhammad SAW kerana enggan tinggalkan sesen wang dan harta. Abah sempat jual semua tanah pusaka dan satu-satunya rumah kami pada masa itu pada Abang Ipar yang baru kahwini kakak untuk langsaikan semua hutangnya seolah dia tahu dia akan mati.

Kami “menumpang” ihsan Abang Ipar yang berjasa.

Hidup masih sama, saudara –mara kami tetap terus jauhi  kami sanak yang miskin. 

Saya fikir sifat buruk jauhi saudara miskin ini masih diteruskan, diamalkan dan dijunjung ramai kita.

Namun disebalik keburukan itu mungkin ada hikmah Allah jadikan seperti itu kerana “mangsa” atau si miskin akan lebih rapat dengan beradik dan ibu bapa kerana mereka hanya ada satu sama lain sahaja. Wallahualam.

Yang berbeza adalah makanan kami kerana tidak perlu berkongsi seekor ikan keli lagi, tapi walau makan mewah Lobster atau seringkas gula, keluarga tetap hadir dalam setiap kunyahan atau  jika terlupa setiap sendawa kenyang.

Sejak lahir hinggalah saya berkahwin pada 2006, saya tidak pernah ada bilik tidur sendiri.

Masa kecil tidur bersama emak, di Kantin Sekolah tidur diatas bangku panjang di ruang makan Kantin, dan di rumah saya menetap sejak 1992-2006 itu saya tidur merata, jika tiada tetamu saya tidur di ruang tamu, tetapi kerana kami sering ada tetamu, maka saya dan Abang sering tidur atas Lantai dapur!


Inilah katil kami! Bangku dulu guna besi bulat 3 hun, lebih ringan dengan papan sekeping. Sehebat Vono!

Susah? Sedih? Jangan bersedih untuk kami, kami tidak pernah sedih. 

Semua yang saya coret disini dari huruf pertama adalah dengan hati yang gumbira dan girang, kerana sepanjang tempoh “sengsara” itu saya bahagia kerana tidak pernah ditinggalkan oleh Keluarga!

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah sejak 2007, saya sudah punyai bilik tidur, lengkap dengan seorang isteri yang ditakdirkanNYA.

Kemudian, Allah Maha Besar kurniakan saya dengan anak lelaki 3 orang, dan kami berlima masih dalam satu bilik yang sama.

Isunya bukan saya tapi sebaliknya sejauh mana pencapaian kita, setinggi mana pelajaran dan kerjaya kita, kita perlu ingat asal usul kita.

Ingat sahaja tidak cukup, kita perlu hargai jasa orang, semut dan benda, bukan lupakannya selepas kita dapat yang baru. Kita perlu syukur pada apa yang ada, bukan merungut pada apa yang tiada.

Walau saya ada rumah 10 biji sekalipun, saya tidak sesekali lupakan Rumah Wira Damai saya. 

Seburuk mana rumah itu hari ini, sekotor mana, dan sejijik mana sekalipun kerana disewakan kepada pendatang asing(Islam), ia tetap rumah saya dan saya tidak pernah akan tolak untuk tidur dalamnya pada bila-bila masa walaupun saya pasti musuh lama saya dan keturunnya iaitu tikus(yang saya hambat pakai penyapu) masih simpan dendam pada saya, berhabitat sekitar itu tunggu peluang membalas dendam.

Malangnya, Allah jadikan kita tidak sama.

Dalam Quran disebut Allah tidak cipta secara main-main tanpa tujuan jauh sekali tujuan untuk menyusahkan manusia. Tapi manusia yang zalimi diri sendiri.

Ada antara kita merasa “panas”, kotor, busuk dll di rumah yang membesarkan kita semata-mata kerana kita sudah berjaya, sudah miliki rumah mewah moden yang tidak kenampakan seekor pun tikus.(Ada sebenarnya Tikus kerana  ada semut ada gula, ada longkang ada tikus).
Kenapa begitu?

Ini bukan soal siapa salah siapa betul, siapa baik, siapa jahat.

Ini soal Rumahku syurgaku, malangnya rumahku yang kononnya syurgaku dulu dilupakan.

Pada hemat saya, kita terikut dengan budaya yang disuntik barat.

Kita tidak suka pada kekotoran, tapi kita suka pada durian.

Bolehkah jika kita gelar orang yang  suka pada durian, tapi jijik pada kelawar dan lipas sebagai orang yang kufur nikmat?

Mengapa kufur nikmat?

Tahukah anda Malaysia adalah Negara yang paling banyak lipas dalam dunia. Lipas ini membiak dalam kadar 1 saat nisbah 100 di dalam gua yang dipenuhi dan diuliti beratus tan taik kelawar.

Kelawar pula adalah AGEN PENDEBUNGAAN utama buah durian. Ini kerana, durian yang unik proses debunganya hanya pada waktu malam dan hanya Kelawar yang keluar pada waktu malam.

Ia menjelaskan kenapa di Negara suhu tropika yang tiada kelawar atau gua tidak mempunyai durian dan tidak berjaya ditanam. Jadi siapa suka Durian perlu cium kelawar atau BatMan selepas ini. :)

Begitu juga tikus!

Siapa suka tikus? Kotor, jijik, penyakit kencing tikus dll. Orang gila sahaja suka dan saya “belum” gila!

Tapi jelas dalam AlQuran Allah kata, Allah tidak cipta satupun secara “main-main”. 

Setiap ciptaannya ada fungsi sendiri dalam rantaian hidupan. Seperti kelawar tadi!
Mana tahu, entah-entah Allah cipta tikus sebagai agen pendebungaan semua tumbuhan lain atau penawar sakit ayam, atau mungkin tikus membunuh virus dalam najis kita, kerana binatang ini berada diseluruh dunia tanpa kira iklim. Wallahualam.

Barat senantiasa gambarkan Negara mereka hebat, maju dan moden. Kita pula sembrono ikut dan terus hentam dan hina Negara tercinta kita sendiri dengan cara membandingkan terutama golongan kaya, traveller dan migran.

Dari segenap segi kita kutuk Malaysia, dan puja Negara Barat.

Saya tiada kelayakan untuk berdebat dengan mereka yang kaya dan berpelajaran tinggi tapi izinkan saya petik jawapan balasan Menteri Luar Arab Saudi ketika ditanya CEO New Amerika tentang kenyataannya bahawa Islam tidak sekat hak seorang wanita, sebaliknya budaya kaum Arab yang sekat hak wanita.(Video Menteri ini ada dikongsi di wall FB saya)



YA! Wanita tidak dibenarkan memandu kereta di Arab Saudi kerana ia adalah kepercayaan kaum Arab dan ia bukan kepercayaan Islam!

Menteri ini jawab, Amerika sudah merdeka 250 tahun. 100 tahun selepas itu barulah penghambaan dihapuskan dan wanita dibenarkan mengundi. 

Dan hanya selepas 200 tahun Amerika merdeka, barulah wanita diangkat sebagai pemimpin dalam Senat.

Arab Saudi baru sahaja merdeka kurang dari 100 tahun dan lebih EPIK, Malaysia baru sahaja merdeka kurang 60 tahun, dan kita sudah membandingkan Malaysia dengan London yang “merdeka” sejak 600 tahun dahulu?

Menteri ini berkata, kami tidak berkata kami perlukan 100 tahun lagi, atau 200 tahun lagi untuk Arab Saudi dan Malaysia menjadi seperti Negara yang anda puja.

Tapi kami berkata, SABARLAH SIKIT! 

Ini Negara yang berjasa pada anda dan Negara anda juga dan Negara Datuk Moyang Anda!


Saya bukan suka membaca, tapi saya tidak suka duduk tidak buat apa dalam Bas ke Bahau selama 4 jam. Kerana kurang mahir English saya suka lihat Gambar dan individu yang dipaparkan. African hanya mampu dijinakkan Mandela.Majalah Time Tahun 1994.

Seingat saya, sejak saya mula baca Majalah Antarabangsa(bukan Ujang Lawak Antarabangsa) pada usia 14 tahun seperti Times dan Riders Digest saya tertekan dan memilih tidak bersetuju dengan dakwaan keburukan tulisan manusia menggambarkan peribadi mereka.

Asbab saya mudah kerana tulisan saya buruk,tapi saya pasti saya tidak buruk seperti digambarkan tulisan saya.

Sejak itu saya sedar, bahawa Barat mahukan kita fikir dan lakukan apa yang mereka mahukan. Mereka mahu kita percaya, minum, hidup, makan gula-gula getah, hisap rokok yang dicipta mereka(Singapura haramkan Gula-gula Getah pada 1970-an dan Amerika marah Singapura).

Malah hinggakan Amerika mahu kita kencing berdiri seperti mereka dan kita ikut kencing berdiri.(Untuk makluman pembaca sekalian, Datuk Moyang kita tidak pernah kencing berdiri dan Tandas Awam 80-90-an tidak banyak tempat berdiri!)

Jadi, saya “rugi” kerana tidak pernah sekalipun terikut budaya raps, reggae, seluar londeh, Alien Workshop, KPop, Punk, Grounge, dll.

Pendapat saya pada usia 14 tahun itu ternyata betul ketika menonton dokumentari Astro baru-baru ini tentang sejarah Holywood yang ditubuhkan awal kurun 20 menggunakan dana besar yang diberi Presiden Amerika dan dipersetujui Senat. 

Tujuannya, adalah penghebahan budaya dan cara hidup Amerika keseluruh dunia.

Sepanjang artikel ini, mungkin ada yang perasan saya masih duduk dibawah ketiak emak.(Jangan risau saya tidak akan merendahkan intelektual pengkritik saya dengan panggilan haters dsb, anda semua pembaca yang bijak)

Terpulanglah apa sahaja yang anda mahu katakan, kerana saya lebih jelas apa yang saya lakukan.

Lagipun saya tidak pernah peduli apa yang orang lain katakan tentang saya, tapi saya sering peduli dan cemas apa yang Allah akan/telah katakan tentang saya.

Perjuangan saya adalah saya tidak rela biarkan Malaysia bertukar menjadi Amerika, mahupun bertukar menjadi Arab.

Ramai orang Melayu yang terpelajar dan terkesan dakyah Amerika yang mengkritik sikap lemah lembut, tolak ansur dan “biar orang buat kita, kita jangan buat orang” orang Melayu sebagai sifat negatif dan buruk tanpa kita sedari dengan sikap itulah orang Melayu berjaya mempamerkan Islam sebenar(sederhana) jauh lebih baik dari kaum Arab sendiri.

Di Amerika, masyarakat mereka pandang jijik kepada sesiapa yang masih tinggal dengan ibu, atau bawa ibu tinggal dengan mereka seolah siapa yang tinggal dengan ibunya sehina melakukan hubungan seks dengan ibu sendiri

Rumah Orang Tua mereka dilindungi sistem cukai dan setiap orang tua wajib duduk seorang, berdua bersama pasangan atau di rumah orang Tua.

Saya bukan barat! Tiada sebab kenapa saya mahu jadi seperti mereka yang melihat orang yang membesarkan mereka sebagai bendasing yang perlu dikeluarkan dari keluarga mereka.

Yang melihat Negara dan rumah buruk yang membesarkan mereka sebagai kotor, busuk, dsb.

Kalau kita mahu ikut mereka juga, kita perlu hapuskan hukum Islam seperti faraid dan pastikan rumah-rumah ibu bapa kita yang ditinggalkan kosong atau didiami seorang dirinya bebas dari jentik-jentik Aedes. Data menunjukkan kebanyakan nyamuk aedes dari rumah dan bilik air terbiar.

“Branding” kebersihan seorang individu dinilai dari kebersihan tandasnya juga tidak sesuai diadaptasi ke dalam masyarakat Islam Malaysia yang gunakan air untuk beristinjak bukan tisu seperti Barat.

Orang yang keluarkan kenyataan ini duduk di Negara Barat yang lantai bilik airnya adalah kayu!  

Dan orang Melayu yang makan cili api dan rempah mahu ikut sedangkan kualiti najis yang dikeluarkan manusia berbeza mengikut cara makanan mereka dimasak, dan atas sebab itu Cina tidak suka menggunakan banyak minyak dalam masakan mereka. Mereka lebih suka sup dari goreng.

Jadi kalau anda mahu menilai saya dari tandas saya, anda perlu gunakan tisu untuk membasuh dubur anda yang cirit kerana cili dan rempah, dan lantai kayu sebagai lantai bilik air dahulu.

Rumahku bukan kotorku, dan bukan burukku.

Tapi aku yang buruk kerana tidak bersyukur dengan apa yang aku ada, dan merungut apa yang aku tiada! Aku yang kotor kerana melupakan jasa orang, semut, jasa Negara dan lain benda yang berjasa pada aku.

PS:

Artikel ini ditujukan khas kepada 3 orang anak saya moga setinggi mana mereka pergi, bersabarlah dengan Negara Kotor dan Buruk ini, kita baru merdeka 60 tahun.  Demi Allah yang menjanjikan manusia yang suka perbaiki amalan dengan ganjaran, Negara kita pasti sehebat London tetapi ia perlu bermula dari diri kita sendiri, bukan orang lain.

Dan setinggi mana pelajaran kalian jangan lupa asal usul kalian. Jika dari Minang, katakan dari Minang. Jika dari sawah, katakan dari sawah, jika dari Ulu, katakan dan bangga dengannya.

Bapa kalian(saya) dibesarkan di bangku kantin sekolah, jadi kalau kalian dan keturunan kalian jumpa bangku kantin sekolah usaplah bangku itu, cakap terima kasih kerana sudi menjadi alas bontot aku yang busuk setiap hari demi melonjakkan aku diatas hingga berjaya dan mewah seperti hari ini!
             Apa yang anda lihat? Bendera? Saya lihat rahmat Allah di Bumi Bertuah ini.
Sekian. Jom bangga dengan apa yang kita ada khususnya Bangga dengan Malaysia! Baru merdeka 60 tahun, jika merdeka 250 tahun tikus Malaysia sudah boleh bercakap dan gosok gigi. :)

Sunday, June 19, 2016

Mahathir Evil, Devil Then Satan?

Dear Tun Mahathir,

I am your fan since first time shook your hand when I was 4 in 1984. I am still you fan.

In 1998, though Anwar is my idol and my late father close acquaintance, I couldnt be more than agree with Tun, that Anwar is only a person.

His personal interest, agenda and wellbeing is below people interest.

2001 I cried when you resign openly, in UMNO General Assembly podium.

I read all you articles, your hope, dream and also vision about a "need to abolish DEB" sooner, or later.

I justifies all your doings, wrong or right.

Than, 2003 remarks your end of era.

I would like to camp outside your palace in Putrajaya for a month before your last day as Prime Minister to thanks your 22 years service as PM.

But, I am not an ass kisser like most people around you, so I didn't do that.

Though you are superior, a Prime Minister, for me you still a human.

Early 2005, I failed in my interview with Petronas, as I sincerely answered all question about Pak Lah. That's motivated about how much I love what you built for us but less taken care by your own self "pointed" successor.

Than in 2006 your problem with Pak Lah official kick off.

Pak Lah is and evil, you describe.

An evil that sleep, a sleeping beauty evil.

Yes, we trust you. I trust you.

You said Pak Lah is incompetence, hundreds of billion spends in Dreamland, and Pak Lah must resign as PM, or we must brought Pak Lah down.

Najib will bring changes, reform and save Malaysia, one for all, all for one, you added.

From an evil to an angel, you promise.

Dear Tun Mahathir,

We are naive.

Even I as a principle man, strongly behold to my believe that you are a normal human, but I also carried away by your promise.

A promise that Najib will come as a Holy Warrior and save us all from an evil(Pak Lah).

Not to long after you successfully 'crown' Najib as Malaysian 5th Prime Minister, UMNO did not make it better than Pak Lah in GE 13.

Then, suddenly your angel has turn evil. Nope, he is worst than evil(Pak Lah) you claimed, Najib is a devil!

I am 34 when your fiasco with Najib 1MDB started. Its been almost 2 years now.

I want to support you as always, to believe in you again and again even you let us down, again and again.

I tried very very hard to find a reason not to go against you.

And I did it, though many call me stupid by writing all the article in supporting you, and opposing the actual power in Malaysia.

I dont mind.

As long as I believe this fight is for Malaysian , for Malay, for Islam, I will fight and shed blood and tears with you.

BUT;

There is always a question that looks for an answer.

Here is my question;

1. You handpicked prime leader are proven to be worst, and worsen everytime you change them, will it not be happen this time?

2. You ownself name Najib as an angel that will replace an evil(Pak Lah), but now you telling us that you mistakenly replace and evil(Pak Lah) with a devil(Najib), how could you do that to us?

3. What is your guarantee that Najib successor is better than him as your own record showed that you always replace us with someone worst than current one?

4. If Pak Lah is an evil, Najib is a devil, perhaps you will "award" us with a Satan himself as our next Prime Minister, so what is you plan to beat Satan as you will be 100 years old, 9 years from now?

From the bottom of my heart, sincerely I ask you to lead people to pray to Allah.

Allah has shown you many times that you are never right in replacing PM(you are right in many other things).

Everytime you "change" our Prime Minister you give us with new Prime Minister that make our life more miserable.

Wednesday, June 15, 2016

Cadang PM Lantik Rosmah Jadi CEO Proton

                                 Gaya dan Aura Rosmah persis Pemimpin Ulung Dunia

Saya pernah jumpa empat mata dengan Tun Dr Mahathir.

Saya tulis surat untuk berjumpa dan menyerahkan cadangan kertas kerja untuk Pos Malaysia.

Beliau balas surat saya dan tetapkan 29 August 2013 sebagai tarikh keramat itu.

Walaupun kertas kerja saya ditolak, tetapi berjumpa dengannya di Tingkat 88 Petronas Tower secara berhadapan atas urusan kerja adalah pengalaman yang bukan dimiliki semua orang.

Dari perjumpaan 1 jam itu saya simpulkan Tun Dr Mahathir adalah seorang yang keras kepala, tajam pemikiran serta Boss tahap dewa.

Boss tahap dewa merujuk kepada orang yang hanya mahu ideanya sahaja diterima(hanya dengar suara sendir), dan enggan mendengar idea atau pendapat orang lain.

Walaupun bekas pekerjanya ajar saya tips untuk yakinkan Tun Dr Mahathir adalah dengan fakta dari kajian dan penyelidikan, saya gagal.

Bukan kerana tiada fakta atau kurang penyelidikan, tapi sekali lagi, Tun Dr Mahathir hanya mahu mendengar suaranya sahaja, dan walaupun saya ada fakta tapi kali ini suaranya berkata;

"Fakta aku lebih baik dari fakta Mustaqim"!

Saya pasti sudah jadi jutawan jika suara Tun berkata padanya, "Fakta Mustaqim lebih baik dari fakta aku".

Ironinya, Pos masih belum keluar dari bayangan kewangan yang mendatar berbanding keuntungan beratus juta malah berbillion di zaman kegemilangannya.

Dan saya masih hormati beliau sebagai idola, walaupun saat berjumpa dengan idola itu dipenuhi dengan perasaan bercampur gerun, teruja, takjub, gelisah, resah, takut, kecewa dan sebagainya.

Cukup "introduction" tentang Tun Dr Mahathir dan saya(semut) ini.

PROTON.

Saya dapat bayangkan bila rakan-rakan kepada rakan dan saudara yang berkerja dalam Proton baik di peringkat bawah mahupun atas merungut tentang "kemunduran" Proton.

Untuk rekod, Proton masih amalkan Dasar Ekonomi Baru secara kronik yakni di semua peringkat termasuklah vendor-vendor dan pembekal-pembekal.

Memang ada yang mendakwa Tun Dr Mahathir penyebab kemunduran Proton kerana segala keputusan tentang kereta Proton tidak memuaskan beliau sepertimana kereta Proton sendiri tidak pernah memuaskan majoriti penggunanya di jalan raya sejak 1985.

Dan dakwaan itu mudah dilihat benar bagi orang yang memahami cara kerja Tun Dr Mahathir.

Samada benar atau tidak, saya pasti, tindakan Tun menjadi lebih terperinci dan cerewet tentang kereta Proton adalah kerana ketidakpuashatian pengguna keatas kualiti kereta Proton.

Benar Tun adalah "founder", malah PM sehingga 2003 tapi gagal keluarkan kereta berkualiti untuk Proton dan kembali sebagai Penasihat Proton selepas perselisihan dengan Pak Lah, Tun masih "gagal" kerana Proton sudah lama terkeluar dari Liga Utama Kereta Sedan.

KENAPA?

Itu persoalan yang menarik, yang tidak akan dibincangkan disini. Memadailah jika kita teliti dasar ekonomi baru dalam Proton telah akibatkan bukan sahaja pekerja, malah vendor dan pembekal kebal dari sebarang tindakan.

Jika mereka lalai, jika mereka cuai, jika mereka kurang berusaha, jika mereka malas, jika mereka tipu dsb mereka tetap akan dilindungi dasar ekonomi baru.

Saya tidak kata DEB tidak baik atau penyebab, TIDAK!

Saya katakan dengan jelas, dalam dunia automotif yang amat amat amat mencabar, Proton perlu di jenamakan semula dan keretanya perlu dibina dengan merit bukan kuota! 

Justeru adalah jelas, orang yang paling sesuai untuk menjenamakan semula Proton dan bantu Proton bina kereta dengan merit adalah Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sendiri.

Lihat sahaja program Permata Rosmah, lebih 30 bag diangkat dan sepasukan "penari" kebudayaan dari "Jabatan Kesenian" dikerah ke Turki menaiki jet peribadi demi Malaysia tercinta.

Lihat sahaja program Tadika untuk anak bijak pandai seperti Adi Putra.

Lihat sahaja BAM yang dinaungi beliau "hampir" memenangi Piala Thomas baru-baru ini.

Lihat sahaja aura beliau, sudah pasti bukan sahaja orang, malah kereta pun mungkin terpegun!

Jangan kita lupa Mahathir sendiri pada tahun 2013 cadangkan agar Kerajaan edarkan buku BIOGRAFI ROSMAH MANSOR kepada semua sekolah agar menjadi pedoman generasi akan datang. Sumber http://www.beritasemasa.com.my/buku-rosmah-mansor-biografi



Malahan, Rosmah Mansor sendiri akui beliau rajin berjimat dan menabung sejak kecil. Adalah jelas, Proton akan berjaya jika CEO Proton boleh ajar murid dan pelajar menabung dan membeli kereta Proton apabila Tabungnya sudah penuh!!!

Jika anda rasakan Mahathir dan kenyataan diatas sindir Rosmah, tidak! Saya tidak sindir, ia lahir dari hati saya yang paling dalam malahan masakan saya tidak sokong Rosmah yang disukai Rakyat dan Raja.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah serta Sultanah Kalsom berkenan memperkenalkan buku Biografi Rosmah Mansor yang mengandungi 164 muka surat semalam - Foto Bernama


Lagipun sebagai isteri PM yang begitu prihatin dengan nasib rakyat, Rosmah berhubungan rapat dengan isteri Perdana Menteri lain dan diakui PM.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2013, Datuk Seri Najib Razak tampil membongkar rahsia mengenai 2 jasa Rosmah yang tidak diketahui ramai iaitu;
  1. membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip
  2. membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa.
Semuanya dapat dilakukan kerana kata Perdana Menteri, hubungan isterinya yang baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne. Pelajar tersebut dapat dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam kerana “networking” yang baik juga dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapal terbang Jumbo dengan percuma.


Dek kehebatan Rosmah bukan sahaja kapal terbang biasa, tapi JUMBO, bukan 1 tapi 2, malahan percuma diberikan.

Bayangkan dengan "kabel" Rosmah Mansor, Proton pasti akan dapat dipasarkan malah diiktiraf Kereta Nasional Mesir, Kazakhstan, Arab, Afrika dan Negara lain yang isteri Raja dan Pemimpinnya berkenal rapat dengan Rosmah.

Tidak cukup itu, lihat sahaja kejayaan JAKEL kini dan Karpet Raya dahulu. Dipenuhi segala umat pada bulan puasa, hasil hubungan baik mereka dengan Rosmah.

Tidak kira sebenci mana orang terhadap beliau, Rosmah bijak berbakti kepada Rakyat dan Rakyat menyayangi beliau dan gedung yang dikaitkan dengannya secara fitnah tetap dipenuhi.

Jadi, atas merit kejayaan Rosmah Mansor diluar dan dalam Negara, adakah individu yang lebih sesuai mengemudi Proton sebagai CEO Proton?

Harap PM pertimbangkan!

#RespectMyPM (ejaan sempurna besar kecil)
#RespecyMyPMWiFe

PS: Saya berharap Datin Seri Rosmah Mansor dapat melantik saya menjadi penasihat beliau kerana saya yang cadangkan jawatan ini untuk beliau. Please!! Merit saya, saya lebih kacak dari Jho Low.