Kebelakangan ini kita dapat lihat ada pihak blogger Pro BN ie Parpu, RBF, Medan Info Kita, TheUnspinner, Bidaman dan ramai lagi menghentam Datuk Kadir Jasin http://kadirjasin.blogspot.com
Seperti meludah langit, mereka ini dahulunya yang berkata kena hormat orang tua apatah lagi yang berjasa dan jika hendak kritik ada etikanya. Dahulunya mereka kata setia biar bertempat khasnya semasa mereka menghentam PM Malaysia, Tun Abdullah, dan kini sebab mereka sukakan PM Malaysia Dato NajibRazak mereka tuduh pengkritik PM seperti KadirJasin macam-macam seperti gila kuasa, gila jawatan, gila itu dan gila ini sedangkan dengan musuh yang sebenar-benar musuh mereka mengucil dalam jamban kerana takut. Mereka ni macam Pekida aka 3 line jugalah, sama-sama Melayu berani tunjuk kuat dan hero tapi dengan gangster Cina dan India mereka menikus.
Kita tidak tahu betul atau tidak KadirJasin hentam PM sebab beliau tidak dapat pangkat yang diidamkan? Atau KadirJasin dibayar orang tertentu walaupun dari sudut penilaian mudah dengan trend penulisan blogger yang seragam mengikut isu mereka lebih berpotensi untuk disyaki dibayar oleh pihak berkepentingan!! Sebagai hambaNYA yang hina KITA menjunjung integriti Al-Quran untuk tidak menuduh orang tanpa bukti sahih atapah lagi dengan bukti penembak curi.
KALAU DATUK KADIRJASIN BERLAPANG DADA, kita ingin tahu dan mengikut cara Islam yang betul saya mewakili pembaca lain ingin bertanya pada datuk apakah niat Datuk KadirJasin mengkritik PM? Apakah kerana pangkat yang dilobi atau dibayar pihak tertentu? Penjelasan Datuk Kadir Jasin yang benar dapat menyelamatkan banyak pihak dari dosa-dosa.
Saya sebenarnya punya banyak sebab untuk percaya KadirJasin buat seperti itu kerana tanggungjawab serta usahanya mengjustifikasi dosa dan kesilapan beliau pada masa lalu. Sebagai manusia kita semua lemah dan kita sedar banyak dosa dan kesilapan yang kita lakukan pada masa lalu, oleh itu didalam usia senja seperti 70 tahun keatas disokong semangat "nothing to lose" kebanyakan orang golongan ini akan cuba "remedy", memperbaiki, membalas atau mengimbangi kesilapan mereka dengan pelbagai cara termasuk cara KadirJasin.
Pengkritik KadirJasin mungkin lupa KadirJasin bukan penyokong pembangkang tapi beliau hanya mengkritik dan membangkang dengan cara yang betul. Jika apa yang KadirJasin bangkang tidak betul maka ia akan disisihkan dan beliau tidak mempolitikkannya sehingga yang salah itu menjadi betul dan betul itu menjadi salah.
Sebaliknya jika bangkangan dan kritikan KadirJasin itu betul maka ia menjadi satu nikmat kepada PM Najib Razak kerana ia boleh dijadikan sebagai "check and balance pemerintahannya". Apatah lagi kata orang tua itu berisi selagi ia tidak menyerang peribadi orang seperti bini gemuk, puaka, anak kafir, firaun, rambut palsu dan sebagainya.
Setakat yang saya terjangkau mengikut blog KadirJasin, beliau hanya kritik cara dan tindakan PM NajibRazak dan bukan peribadinya dan bukan orangnya. Cuma tindakannya yang dilihat lembut, terlalu mendengar kata penasihat dan kurang tegas khusunya dengan pembangkang dan bukan Melayu.
Mungkin golongan ini mahukan semua orang setia dan menyokong pemimpin yang mereka suka dan menderhaka pemimpin yang mereka benci sepertimana Hang tuah. Malangnya, Jebat atau Tuah yang salah tiada siapa tahu? Tapi kita pasti cara Jebat mengkritik dan membangkang Raja itu adalah salah, begitu juga ketaatan penuh Tuah pada Raja bukan pada ALLAH .
Saya sekadar penulis picisan yang sesen pun tidak dapat(ayat formal blogger upahan) dan saya menulis untuk diwariskan anak-anak saya inilah nilai, inilah sikap, inilah pendirian dan prinsip yang mereka perlu perhalusi dimana yang baik jadikan ikutan yang buruk jadikan sempadan. Dan saya dengan ini ingin mengatakan sokongan terbuka saya pada Datuk KadirJasin dalam mengkritik cara PM NajibRazak dengan cara yang betul, bukan dengan demonstrasi, konspirasi, dan sebagainya.
Mungkin pada masa Ku Li, masa Anwar Ibrahim, masa Musa Hitam, masa Zahid Hamidi, masa Syed Alatas, masa Tunku, masa Tun Hussein menghentam dan mengkritik Tun Dr Mahathir sebagai PM Malaysia golongan ini ketika itu malas membaca berita dan akhbar sebab itu kini bila ada orang dalam seperti Datuk KadirJasin menghentam PM mereka, mereka marah betul.
Akhir kata ingin saya tegaskan, sejarah membuktikan tiada pemimpin termasuk NajibRazak akan menjadi hebat tanpa kritikan yang membina khususnya dari dalam "keluarga" sendiri dan terbukti pemimpin yang tidak dikritik oleh "keluarganya" akan menjadi pemimpin yang lemah seperti Pak Lah dan mungkin Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri. Wallahualam.
Sekian.
Monday, March 31, 2014
Sunday, March 30, 2014
Hapus Sekolah Cina Demi Semangat Kecintaan Pada Negara
Tragedi MH 370 mengajar kita beribu perkara. Selain dari
kesedihan dan keburukan, ada kebaikan bagi orang yang tahu menggunakan akal dan tahu berfikir, itulah makna
bidalan Cina yang berbunyi dalam krisis ada peluang.
Bertindaklah agar Malaysia menjadi lebih indah setiap hari fajar menyinsing.
Tragedi ini mendedahkan wajah sebenar kita samada jamban,
pokok, konspirasi, fitnah, tuduhan tanpa asas, busuk, buruk, keji, baik,
positif dan sebagainya. Hubungan kaum di Malaysia tidak seindah yang
dikhabarkan, mungkin molek diluar tapi didalamnya, berjuta kekotoran yang
perlu dibuang.
Dan tragedi ini juga mengukur sejauh mana diri kita
mencintai Negara ini, dan lebih tragis lagi apabila kita tidak mempertahankan
Negara ini sebaliknya menghina dan mengeji Negara kita sendiri.
Ia amat-amat menyerlahkan rupa sebenar Rakyat Malaysia hasil
pendidikan Sekolah Cina.
Sekolah Cina Malaysia membawa kokorikulum yang hampir sama
dengan asas penubuhan dan pembangunan sekolah Cina di Negara China.
Justeru, tragedi MH 370 adalah satu amaran kepada pihak
berkuasa dan rakyat khususnya Cina dan Melayu agar cepat-cepat membuang Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina agar kecintaan pada Negara kita semua dapat dipulihkan
segera.
Di alam maya, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana mereka
ini tidak berada di belakang Negara di kala Negara dihentam teruk oleh Rakyat China
malah lebih memalukan lagi apabila mereka memilih untuk berada di pihak sana,
pihak Negara asal nenek moyang mereka.
Jika Kerajaan masih ragu-ragu untuk bertindak menghapuskan
anasir yang mengancam kecintaan pada Negara kita sendiri, maka ia akan jadi
lebih teruk di masa hadapan hinggakan mungkin ada pengkhianat dikalangan kita yang tergamak mengebom Negara sendiri.
Pengaruh produk aliran Sekolah Cina ini amat kuat hinggakan
rakan Cina mereka dari Sekolah Kebangsaan turut terpengaruh. Orang Melayu tidak
perlu dipertikai lagi memang tidak punya identiti sendiri dan terkenal dengan
sikap Pak Turut sejak Empayar Kesultanan Melaka, penjajahan Portugis, British,
Jepun, Hindustan, Sinetron Indonesia, Korea hingga saat ini. Sikap “liberal
konon” menjadikan orang Melayu terpengaruh dengan sikap rakan mereka terutama produk Sekolah Cina.
Adalah penting untuk disematkan bahawa tindakan memansuhkan
Sekolah Cina adalah demi kesejahteraan anak cucu kita di masa hadapan.
Lebih-lebih lagi, dikala mereka galak memperjuangkan hak sama rata
dan memansuhkan DEB, haruslah mereka bersama soladiriti memperjuangkan hak
kesamaan dengan menjadikan penghapusan Sekolah Cina sebagai permulaan yang baik
untuk menunjukkan keikhlasan mereka.
Pada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak
dengan tragedi MH370, Arwah Abah saya berpesan, bagi manusia kesilapan adalah
indah tapi ia malapetaka jika manusia tidak belajar dari kesilapan. Iqra! Iqra!
Iqra! Belajarlah!
Saturday, March 22, 2014
Chef Jamban
Memalukan dan memualkan. Itu perkataan paling sesuai untuk
menggambarkan sikap Chef yang pada mulanya tampak seperti kelas dunia, tapi
akhirnya hanya layak sebagai jamban.
Sebagai orang Melayu yang terkenal dengan sopan santun dan
budi bahasa yang tinggi, perkataan jamban seperti penyapu adalah penggunaan
yang terakhir walaupun dalam keadaan marah mahupun kecewa. Melainkan jika ingin
melepas!!!
Eloklah kita menjunjung budaya Timur adab Islam dengan
mengelakkan dari berkata yang buruk-buruk, apatah lagi ketika kita ditonton
bukan sahaja oleh kanak-kanak Malaysia tetapi seluruh dunia.
Nampaknya, tragedi MH 370 ini bukan sebarang tragedi yang hanya
melibatkan penumpang, anak kapal dan keluarga sahaja. Ia juga tragedi kepada
rakyat Malaysia yang berfikiran dan bersantun jamban sepertimana bapa kepada
dua anak ini. Anak, cucu dan cicitnya harus malu dengan kelancangan mulut ketua
keluarga mereka ini.
Senang melepas diri, seperti jamban, dia kata yang busuk
ialah manusia lain yang suka mengutuk dan melatah padahal yang lebih suka mengutuk dan melatah adalah dirinya sendiri.
Mungkin benar kata orang tua, bau bangkai gajah akan hilang tapi bau hati manusia akan kekal selamanya.
Saya sarankan MAS menyaman Chef Jamban ini semaksimum
mungkin agar menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia supaya menjauhi nilai
mulut jamban sepertinya. Lebih utama, tindakan keras terhadap Chef Jamban ini
dapat membersihkan nama orang Melayu yang terkenal dengan budi bahasa tinggi bukan
bahasa kotor dan tidak elok.
Dan
kepada sabahat seMalaysia yang lain, banggalah dengan
jati diri anda, kita sedang dijajah melalui minda dan terbaru tragedi.
Jangan sesekali biarkan diri kita dijajah, kekalkan adab ketimuran dan
nilai agama itu
sendiri walau apa warna kulit, rambut dan agama kita.
Tuesday, March 18, 2014
Ketiadaan ISA Melambatkan Siasatan Polis Mencari MH 370
Semua pihak perlu faham tanpa Akta Patriot USA atau ISA di
Malaysia Polis hanya boleh bertindak jika ada bukti sahaja. Justeru, ia
membataskan siasatan pihak polis untuk mengenal pasti dalang kehilangan Pesawat
MH 370.
Kehilangan Pesawat MH 370 pada mulanya diklasifikasikan
sebagai Tragedi MH 370 dan ia adalah kemalangan bukan jenayah. Justeru, polis
tidak boleh menyiasat setiap penumpang secara agresif khususnya rakyat Malaysia
dan saudara mereka. Walaupun pihak Polis meletakkan 4 kemungkinan termasuk
psikologi dan masalah peribadi setiap penumpang dan krew, ia tetap satu kemalangan
dimana semua adalah mangsa bukan jenayah dimana wujudnya seorang atau lebih
pelaku.
Hanya selepas 8 hari Tragedi MH 370 kini diklasifikasikan
semula sebagai Sabotaj, Rampasan, Keganasan dan Akta Kesalahan Penerbangan dan
barulah polis mempunyai kes untuk memohon kepada Mahkamah waran geledah dan soal
siasat anggota keluarga yang mempunyai kepakaran tentang sistem pesawat serta
penumpang.
Polis tidak perlu menunggu terlalu lama malah sudah boleh
bertindak secara agresif dari jam pertama MH370 jika ISA masih boleh digunakan
untuk mencegah jenayah. Ini kerana, tanpa jenayah, polis tidak boleh menahan,
geledah atau soal siasat keluarga bakal pelaku jenayah.
ISA amat diperlukan polis dalam mencegah jenayah sebelum
jenayah tersebut dilakukan. ISA amat
membantu polis dalam menyiasat kes walaupun pada awal kes ia tidak cukup bukti. Bayangkan jika polis berjaya mengenal pasti dalang yang tahu kedudukan pesawat MH370 tetapi tidak boleh menahannya lebih dari 24 kerana tiada bukti, maka dalang ini akan dibebaskan untuk meneruskan jenayahnya keatas MH 370 yang sudah hilang lebih 240 jam.
Malangnya, ISA di politikkan oleh golongan tertentu agar
mereka bebas sebebasnya melakukan apa sahaja khususnya mereka yang bijak
memanipulasikan kelemahan undang-undang.
Rakyat Malaysia yang berdoa keselamatan MH370 pasti akan
berdoa ISA digunakan untuk menyiasat setiap penumpang dan krew pesawat serta
mereka yang berkenaan. Namun, ia tidak mungkin kerana ISA sudah dimansuhkan
disebabkan desakan yang dibuat oleh rakyat Malaysia sendiri.
Permulaan natijahnya, jika dalang MH370 sudah dikenalpasti, pelaku
ini hanya perlu mengupah Peguam handal dan beliau pasti akan terlepas dari hukuman
kerana polis tiada bukti untuk siasat secara agresif dan geledah tanpa waran.
Wednesday, March 12, 2014
Kejahatan Media
Nakal diterima tapi jahat perlu diinsafi agar kita tidak
terikut dengannya.
Semenjak berita buruk menimpa waris dan keluarga mangsa
kehilangan Pesawat MH 370 MAS kita dapat menonton sidang media yang dicemari
dengan soalan-soalan mengarut, provokasi, remeh malahan bertindih.
Soalan-soalan ini jika tidak dijawab dengan
betul akan di salah tafsir malahan jika dijawab dengan betul sekalipun media
yang jahat ini akan sengaja menyalah tafsir bagi tujuan agenda yang hanya
diketahui oleh mereka-mereka sahaja.
Setiap soalan yang ditanya khususnya oleh media asing
seolah-olah hanya mahukan jawapan yang dapat memuaskan hati pembaca sahaja dan
bukan kebenaran. Sedangkan tanggungjawab media dan amanah wartawan adalah
melaporkan berita yang benar dan mendidik masyarakat menghadam berita menjadi
pengetahuan.
Tanpa
mempedulikan perasaan orang lain, nafsu menjuarai perlumbaan melaporkan
perkembangan menyerlahkan sikap jahil dan sifat keji kita semua.
Jelaslah, bukan semua media baik, ramai yang nakal, malah
ada yang jahat.
Itu media yang berdaftar, professional dan lengkap dengan
segala kursus kemahiran kewartawanan dan etika journalism, tidak dapat
dibayangkan bagaimana pula jahatnya media alternative yang dianggotai oleh kita
dalam melaporkan walaupun sekadar berkongsi berita dari rakan lain.
Dalam hukum karma, hukum alam, malah hukum Tuhan, buat baik
dibalas baik, buat jahat balasnya jahat, tidak hari ini, esok, atau tahun hadapan,
malahan mungkin pada anak cucu kita.
Harap secebis nasihat tidak seberapa ini dapat mengingatkan
kita semua khususnya diri sendiri agar tidak tergolong dalam golongan jahat media samada
media cetak, media elektronik dan lebih utama kepada pemilik media sosial bebas
kerana jahat pasti akan terbalas jua, jika di dunia Alhamdulillah, jika dibalas
di akhirat, Nauzubillah.
Terlajak kata binasa diri, terlajak taipan binasa orang lain.
Mustaqim Abdul Rahman
Tuesday, March 4, 2014
A BR1M Saga and GR1M Suggestion
Komen
dari Tun Dr Mahathir 2014 mengenai BR1M amat ditunggu-tunggu. Tiada penerima
BR1M yang akan menolak wang percuma dan berani untuk bercakap
mengenainya jauh sekali menentang walaupun ia kelihatan seperti rasuah,
gula-gula manis dan rokok kepada orang untuk jangka panjang. Untuk mengatakan 17,000 penerima
BR1M yang layak menulis kepada Kerajaan menolak pemberian BR1M
menimbulkan banyak persoalan termasuk mengapa mereka memohonnya jika
tidak perlu. Peningkatan pendapatan mereka dalam setahun tidak sejajar
dengan kos sara hidup dan masa yang diperlukan untuk menulis. Mungkin
mereka tidak menulis, sebaliknya mereka tidak layak secara automatik.
"Si Jebat UMNO" telah menjawab pendapat Tun Dr Mahathir yang saya rasa respon dari Dato Seri Salleh Said Keruak lebih baik. Terlebih lagi sebagai Menteri yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara, Tun Dr Mahathir berhak memberi pandangan beliau bahkan Lim Kit Siang juga berhak dan bebas memberikan pendapat malahan cadangan kepada Kerajaan supaya menghentikan subsidi kepada jemaah Haji yang bernilai RM 5000 setiap orang setiap tahun. Pelik tapi benar, tiada pula respons kepada komen dan cadangan Lim Kit Siang dari mana-mana pemimpin UMNO yang dilihat sebagai jaguh dalam kampung sendiri sahaja.
Jujurnya, walaupun saya berpendapat saya tidak perlukan BR1M, saya tetap mengambil wang tersebut dan mendermakannya. Ini adalah BR1M saya yang kedua, dimana yang pertama saya gunakan untuk menjamu jemaah Masjid berhampiran dengan hidangan Nasi lauk kari Kambing dan Ayam goreng. BR1M yang kedua belum saya terima tetapi peruntukan tersebut telah pun diberi untuk tujuan kebaikan. Saya percaya kebaikan Kerajaan yang dipanjangkan saya akan diberi ganjaran oleh Allah kepada kita semua.
Walaupun begitu, saya bersetuju masih ramai memerlukan BR1M walaupun ia hanya baik untuk jangka pendek. Secara profesional, kita perlu bersetuju adalah lebih baik berikan penerima BR1M alat kelengkapan memancing berbanding sekilogram ikan.
Saya berharap BR1M seterusnya akan ditukar kepada GR1M atau Ganjaran Rakyat 1Malaysia yang akan memberi ganjaran dan insentif kepada rakyat Malaysia mengikut kategori dan syarat kelayakan pendapatan yang sama dengan BR1M.
Kategori tersebut adalah;
i. Alam Sekitar
ii. Kemasyarakatan
iii. Haiwan
iv. Kebersihan
v. Saling menghormati
vi. Kekeluargaan Harmoni
Setiap warganegara Malaysia yang layak boleh memilih mana-mana satu atau lebih kategori dan hanya perlu tunjukkan sekeping gambar (internet, phone atau cetakan) malahan paling kurang hanya membawa 1 plastik sampah sebagai bukti mereka telah menyumbang kepada Malaysia yang lebih baik.
Usaha mereka akan diberi ganjaran di GR1M dan bukan "dibantu" dalam BR1M, lagipun duit tersebut adalah wang setiap rakyat termasuk yang tidak menerima BR1M. Secara tidak langsung, mereka yang tidak layak tetap menikmati alam sekitar yang lebih bersih, persekitaran yang sihat serta hubungan antara kaum yang lebih aman dan damai.
English.
Comment from Tun Dr Mahathir on BR1M is much awaited because as Prime Minister for 22 years he never give BR1M which still make him better than any other PM. No BR1M recipients could resist free money dare to speak far from opposing what seems like a bribe, a candy and a cigarette to people. Its amuse when some 17,000 BR1M recipients wrote to Government they do not want it but they applied for BR1M at first place. How could a year income can effect people with rising cost of living unless they didn't write a letter but they simply do not meet the BR1M requirement.
Let’s be adult by not arguing and making statements without any proof. The best is Goverment should appreciate and make them as examplary by putting their name on Utusan Malaysia. Me, myself, even I feel like I don’t need BR1M to support my life, I still take it and donate it.
Lebih
matang jika kita tidak berdebat mengenainya dan membuat apa-apa
kenyataan tanpa bukti. Lebih baik dan sesuai jika Kerajaan menghargai
17,000 individu ini dan menjadikan kejujuran mereka sebagai contoh
dengan memaparkan nama mereka di Utusan Malaysia.
"Si Jebat UMNO" telah menjawab pendapat Tun Dr Mahathir yang saya rasa respon dari Dato Seri Salleh Said Keruak lebih baik. Terlebih lagi sebagai Menteri yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara, Tun Dr Mahathir berhak memberi pandangan beliau bahkan Lim Kit Siang juga berhak dan bebas memberikan pendapat malahan cadangan kepada Kerajaan supaya menghentikan subsidi kepada jemaah Haji yang bernilai RM 5000 setiap orang setiap tahun. Pelik tapi benar, tiada pula respons kepada komen dan cadangan Lim Kit Siang dari mana-mana pemimpin UMNO yang dilihat sebagai jaguh dalam kampung sendiri sahaja.
Jujurnya, walaupun saya berpendapat saya tidak perlukan BR1M, saya tetap mengambil wang tersebut dan mendermakannya. Ini adalah BR1M saya yang kedua, dimana yang pertama saya gunakan untuk menjamu jemaah Masjid berhampiran dengan hidangan Nasi lauk kari Kambing dan Ayam goreng. BR1M yang kedua belum saya terima tetapi peruntukan tersebut telah pun diberi untuk tujuan kebaikan. Saya percaya kebaikan Kerajaan yang dipanjangkan saya akan diberi ganjaran oleh Allah kepada kita semua.
Sungguh, saya tetap berpendapat adalah tidak sihat untuk memberikan sesuatu secara percuma kepada sesiapa
walaupun kepada haiwan kesayangan kita. Kita tetap perlu bermain dengan
mereka, menghargai mereka dengan berkongsi tanggungjawab menjaga rumah,
menangkap tikus, bermain dengan anak kita dan sebagainya.
Ganjaran
atau insentif adalah istilah yang lebih baik daripada "BANTUAN".
Ganjaran akan memberi inspirasi dan memotivasikan orang dan membawa
mereka ke hadapan, ke hadapan dan ke hadapan. Manakala
"Bantuan" pula membuat orang lemah, merendahkan moral mereka secara tidak
sedar, membantutkan emosi, membeza-bezakan orang dan
meninggalkan mereka di belakang, jauh di belakang.
Walaupun begitu, saya bersetuju masih ramai memerlukan BR1M walaupun ia hanya baik untuk jangka pendek. Secara profesional, kita perlu bersetuju adalah lebih baik berikan penerima BR1M alat kelengkapan memancing berbanding sekilogram ikan.
Saya berharap BR1M seterusnya akan ditukar kepada GR1M atau Ganjaran Rakyat 1Malaysia yang akan memberi ganjaran dan insentif kepada rakyat Malaysia mengikut kategori dan syarat kelayakan pendapatan yang sama dengan BR1M.
Kategori tersebut adalah;
i. Alam Sekitar
ii. Kemasyarakatan
iii. Haiwan
iv. Kebersihan
v. Saling menghormati
vi. Kekeluargaan Harmoni
vii. Patriotik Negara (tidak terlibat dengan demonstrasi yang menyalahi undang-undang)
viii. Saling Membantu (Orang Kesusahan)
ix. Memandu dengan berhemah
x. Bertanggungjawab di dunia nyata dan cyber
viii. Saling Membantu (Orang Kesusahan)
ix. Memandu dengan berhemah
x. Bertanggungjawab di dunia nyata dan cyber
Setiap warganegara Malaysia yang layak boleh memilih mana-mana satu atau lebih kategori dan hanya perlu tunjukkan sekeping gambar (internet, phone atau cetakan) malahan paling kurang hanya membawa 1 plastik sampah sebagai bukti mereka telah menyumbang kepada Malaysia yang lebih baik.
Usaha mereka akan diberi ganjaran di GR1M dan bukan "dibantu" dalam BR1M, lagipun duit tersebut adalah wang setiap rakyat termasuk yang tidak menerima BR1M. Secara tidak langsung, mereka yang tidak layak tetap menikmati alam sekitar yang lebih bersih, persekitaran yang sihat serta hubungan antara kaum yang lebih aman dan damai.
Untuk
jangka panjang, semoga benih nilai tersebut akan terus disemai dan
tumbuh segar dalam jiwa rakyat Malaysia setiap hari justeru diwariskan kepada generasi anak-anak kita. Diharap ganjaran
GR1M akan membantu meringankan beban kewangan kita, dan memberi motivasi
kepada kita semua untuk menyumbang lebih banyak untuk negara ini.
Negara memerlukan kita semua.
Artikel Bahasa English di Bahagian bawah. Maaf untuk English yang tidak sempurna kerana masih belajar. English at the bottom. Sorry for poor English as I'm still learning and trying.
English.
Comment from Tun Dr Mahathir on BR1M is much awaited because as Prime Minister for 22 years he never give BR1M which still make him better than any other PM. No BR1M recipients could resist free money dare to speak far from opposing what seems like a bribe, a candy and a cigarette to people. Its amuse when some 17,000 BR1M recipients wrote to Government they do not want it but they applied for BR1M at first place. How could a year income can effect people with rising cost of living unless they didn't write a letter but they simply do not meet the BR1M requirement.
Let’s be adult by not arguing and making statements without any proof. The best is Goverment should appreciate and make them as examplary by putting their name on Utusan Malaysia. Me, myself, even I feel like I don’t need BR1M to support my life, I still take it and donate it.
“Anak Derhaka” has answered Tun Dr Mahathir opinion which I
think I prefer how Datuk Salleh Said Keruak commented on this issues which I agree Sabah people needed it. After all,
everyone deserve to give his opinion, even Lim Kit Siang also freely giving
opinion and suggestion to Government not to subsidies Haji fee which cost
Government RM 5000 per person every year. To add more blur to the SAGA, Khairy
did not response to Lim Kit Siang, the leader of his opponent party.
This is my second BR1M, which first I buy a goat, cook a
rice and giving out to nearby Mosque dishes with curry mutton and fried
chicken. The second one, I haven’t received but the allocation already goes to
charity as well. As for both, I feel its not good to give something freely to
anybody even to your pet. You have to play with them, give them responbility
catching mouse, guarding house, play with your kid so on and so fore.
A reward is the best term than “BANTUAN”. Reward will
inspire people, motivate people and lead them forward, forward and forward.
Whilst “Bantuan” make people weak, demotivated people in emotion, differentiate
people and left them behind, far behind.
Though, I know many still needed BR1M which does a lot of
help to many people even for short term. We have to agree it’s the best if
government provide us with a fishing gear than a kilogram of fish.
I hope the next BR1M will be changed to GR1M or Ganjaran
Rakyat 1Malaysia which will reward Malaysian by categories and same low income
rule with BR1M.
Those categories are;
i.
Environmental (Alam Sekitar)
ii.
Community Work (Kemasyarakatan)
iii.
Animal Love
iv.
Kebersihan
v.
Respectul (Saling menghormati)
vi.
Family Love
vii.
Nation Building (Not involved with illegal
demonstration)
viii.
Help Needed (Membantu Orang Kesusahan)
ix.
Drive Carefully(Memandu berhemah)
x.
Responbility in real and cyber world (Tanggungjawab
Dunia Maya dan Nyata)
Each eligible Malaysian can choose and any one or more
categories and simply show a photo(online,
storage or online) or even a plastic of garbage to show their afford in
contributing to better Malaysia.
Their effort will be rewarded in GR1M and not “dibantu” in
BR1M, afterall it’s each people money. In long terms we hope those value seeds
in them will growth stronger everyday. May the reward will help ease their
financial burden, and motivate us all to do more for this country. The country
needs us all.
God Bless and Thank You.
Sunday, March 2, 2014
Zaman “Government Know Best” Belum Berakhir
Wawasan 2020 hanya tinggal kurang lebih 2128 hari lagi. Yang
sering menjadi sasaran dan perhatian adalah adakah Kerajaan mampu mencapainya.
Hakikatnya, samada kita boleh mencapai status Negara Maju atau tidak bukan
bergantung kepada usaha Kerajaan sebaliknya kualiti minda rakyat sendiri.
Tanpa rakyat minda kelas pertama, Malaysia tidak sesekali
akan mencapai tahap Negara maju walaupun mungkin mencapai status Negara
berpendapatan tinggi yang biasanya diiringi dengan Negara Kos Sara Hidup
tinggi.
Disana sini kedengaran rakyat Malaysia yang memuji Negara
Jepun, Eropah, China, dan lain-lain disamping memburuk-burukan Malaysia samada
secara langsung atau tidak.
Sebenarnya, semakin mereka memburukkan Malaysia, semakin
mereka memburukkan diri sendiri kerana ironinya Malaysia dipanggil sebuah
Negara kerana Rakyatnya yakni kita
semua. Buruk kita, buruklah Negara, baik kita baiklah Negara. Buruk perilaku
anak, buruklah ibu bapanya, tinggi akhlak anak, tinggilah didikan keluarga.
Ada yang burukkan Malaysia katanya Jepun bersih dan pekerja
pembersihan diberi pangkat Jurutera Kebersihan dengan gaji yang amat tinggi,
tapi tiada yang mahu anaknya menjadi Jurutera Kebersihan malah sendiri tidak mampu mengasingkan jenis-jenis sampah dirumah, ada yang kata di
Eropah Bandarnya bersih, tiada kesesakan, tapi bila Kuala Lumpur melarang motor
dan kereta masuk merekalah jerit paling kuat kata Pemerintah zalim dan diktator, ada yang
kata di sana rakyatnya tidak berebut dan mementingkan diri, tapi bila mereka
yang ajar anak mereka semua bersaing merebut peluang sekaligus mementingkan diri, ada yang kata
longkang Turki bersih, tapi longkang rumah mereka tidak pernah mereka bersihkan
malah ada yang tidak pernah jenguk langsung, mereka kata keindahan Bandar Raya Utama
dunia hebat tapi bila cukai pintu naik selepas 20 tahun siapa lagi jerit paling
kuat, ada yang kata Malaysia hak pengguna tidak seperti UK tapi bila baru
sehari tidak dapat makan ayam mereka marah-marah, bila AirAsia beri khidmat
buruk mereka tetap berebut membeli tiket, ada yang kata udara sana nyaman, tapi
bila suruh ke pejabat berbasikal seperti di Amsterdam mereka mengecam Menteri yang
beri “cadangan”, bila Kereta Proton dilancarkan mereka beli kereta import tanpa
mereka ketahui rakyat Negara maju menyokong barangan buatan mereka dari kereta
hinggalah kekomputer dan pelbagai lagi.
Pendek kata, tiada siapa sanggup anak mereka menjadi rakyat
biasa yang kerja biasa dan hidup sederhana malah lebih malang mereka tidak
mendidik anak mereka menghormati golongan ini.
Kebanyakan kita mahukan anak
kita menjadi Doktor, Peguam, Pegawai, kaya-raya, punyai kereta dan rumah lebih
dari keperluan tapi bila harga rumah naik, bila jalan sesak, bila parkir tiada,
bila Tenaga Buruh terpaksa menggunakan orang Asing mereka dengan “lapang minda”
menyalahkan Kerajaan dan bukan diri mereka sendiri walhasil situasi Negara
disumbang oleh kehendak masyarakat yakni diri mereka sendiri.
Minggu lepas, Negara yang sering kita burukkan ini
mencatat sejarah apabila Jambatan Pulau Pinang Kedua di rasmikan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia. Suka diingatkan pada semua, semasa Tun Dr Mahathir
hendak membina Jambatan Pulau Pinang rakyat marah, rakyat berdemo, rakyat menuduh
Tun sebagai membazir dan mahu mengayakan keluarganya. Tapi bila dibina Jambatan
Kedua semua senyap dan lebih hina lagi masyarakat ini apabila tiada seorang pun
rakyat Malaysia yang tampil kehadapan meminta maaf kerana tersalah menuduh
beliau. Tiada siapa dari rakyat biasa sehinggalah ke pemimpin PAS dan DAP yang
masih lagi berkuasa hingga hari ini.
Tapi masyarakat Malaysia tidak marah, kerana menuduh tanpa
bukti sudah menjadi nilai kita, memiliki kereta dan rumah yang banyak sudah
menjadi nilai kita, tidak mengamalkan gaya hidup dan makanan sihat sudah
menjadi nilai kita, memakai tudung sambil berbaju ketat, menampakkan leher, dan
menari sudah menjadi nilai kita, mempergunakan ayat Al-Quran sudah menjadi
nilai kita, bercerai sudah menjadi kebiasaan kita, mementingkan pembacaan
berbanding pemahaman sudah menjadi nilai kita, memotong “que”, melanggar lampu
isyarat, memandu laju sudah menjadi nilai kita, menggunakan peralatan pejabat,
kertas pejabat, talian internet pejabat untuk peribadi, balik awal semuanya
sudah menjadi nilai kita, bercakap apa sahaja yang kita suka tanpa mengira
perasaan orang lain sudah menjadi nilai kita, berebut membeli dan menaiki Tren
sudah menjadi nilai kita, rasuah sudah menjadi nilai kita, filem
hantu bukan filem berkualiti menjadi nilai kita, lawak murahan bukan lawak
mendidik malah melawakkan segalanya sudah menjadi nilai kita, melepak bukan membaca menjadi nilai kita dan
banyak lagi perkara yang salah sudah menjadi nilai kita.
Kesimpulannya, jika Kerajaan tidak tegas membina Jambatan
Pulau Pinang disebalik tentangan, tidak tetap membina Lebuhraya Utara Selatan
di sebalik tuduhan menjejas pendapatan Pekan Kecil, tidak teguh membina KLCC
yang disebalik dakwaan dibina untuk Tun Dr Hasmah, tidak meneruskan pembinaan
Putrajaya disebalik fitnah Tun Dr Mahathir mahu setanding dengan Firaun, tidak
kekal membina KLIA, Litar F1 Sepang, Tren LRT disebalik semua tuduhan membazir
maka mungkin Negara ini masih lagi Negara Petani dan Negara mundur di dunia.
Justeru, terbukti zaman “Kerajaan Tahu Segalanya” mungkin
sudah berakhir tapi “Kerajaan Lebih Tahu Apa Yang Rakyat Perlukan” tidak pernah
berakhir kerana rakyat masih belum memiliki minda kelas pertama malah masih ramai
rakyat memiliki minda kelas ketiga yang suka menyalahkan pihak lain berbanding
diri sendiri di Malaysia.
Adalah lebih molek jika Kerajaan pimpinan BN yang digerakkan
Pegawai Kerajaan pelbagai latar belakang meneruskan kajian dan bertindaklah
untuk kebaikan semua rakyat tanpa mempedulikan tentangan mereka kerana “People
Know Best” masih belum dimiliki rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)