Semakin ramai rakyat atas pagar khususnya Melayu semakin
ingin mengucapkan Selamat Tinggal UMNO-BN dan Selamat Datang 2014. Walaupun
amat pahit kerana mereka sedar bahawa UMNO adalah pilihan terbaik untuk
mempertahankan Islam dan memperjuangkan Melayu, tetapi peningkatan mendadak kos
sara hidup dan kesempitan hidup serta sifat “ignorance” pemimpin Negara
mendorong mereka melakukannya.
Walaupun PR yakni PAS dan PKR bukan lebih baik dari UMNO,
namun kebijaksanaan mereka mengawal minda dan trend anak muda melalui CyberWar
mereka, UMNO seharusnya amat amat bimbang jika benar-benar mahu pertahankan nasib Melayu dan Islam di Malaysia. Bukan sekadar bimbang malah harus menekan
butang panik tahap 5 dalam skala 1-5.
Jika dibelek sejarah, Perdana Menteri paling lama Malaysia,
Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali berhadapan dengan krisis keyakinan rakyat
dan ahli parti, namun beliau berjaya keluar dan memenangi keyakinan mereka
melalui pencapaian.
Pencapaian tersebut tidak datang dalam satu malam kerana beliau berjaya memenangi pelbagai gelaran saban tahun seperti zalim, diktator, kroni,
nepostisme, yahudi, kafir, firaun, syaitan, syirik, bodoh, anti Cina, seorang murtad-Hindu, Ultra-Malay, Ayah yang jahil, suami dayus, bapa rasuah, buta ekonomi, musuh
nombor satu umat Islam dan banyak lagi. Namun, beliau membuktikan semuanya salah melalui pencapaian gemilangnya hingga membuatkan pemfitnah-pemfitnahnya resah
menanti soal Malaikat kubur.
Walau apa pun kesalahan dan kesilapan Tun Dr Mahathir, walau
hebat manapun pencapaian dan kritikan semasa mencapainya, beliau tetap berjaya
keluar dari imej pemimpin “ignorance” terhadap suara-suara akar umbi rakyat
marhaen. Jika hari ini kita suarakan di media perdana waima di kedai kopi, esok lusa perubahan akan berlaku, jalan akan diturap, harga barang tidak akan dinaikkan
dan sebagainya.
Kalau kita ambil contoh-contoh pemimpin yang dijatuhkan,
digulingkan dan dikalahkan di dunia, mereka semuanya membawa satu imej yang jelas iaitu
pemimpin yang “ignorance”. Suharto “ignorance” terhadap jurang sosio ekonomi
dan rasuah walaupun beratus kali dibangkitkan, Saddam Hussein “ignorance”
terhadap dakwaan beliau mengarahkan pembunuhan beribu ulama, Gaddafi “ignorance”
pada keresahan rakyat yang sering disubsidi, Singapura kalah undi popular
kerana “ignorance” pada suara anak muda yang mahukan kebebasan bersuara, Thaksin
“ignorance” pada amaran Istana supaya menghentikan kerakusan mengaut kekayaan
Thailand, Jepun “ignorance” kepada suara rakyat yang mahukan Jepun tidak
terlalu tunduk pada China dan Amerika dan banyak lagi.
Akibat pemimpin ignorance ini juga boleh dilihat di Selangor sebelum
2008 di mana Menteri Besarnya membawa imej tersebut, begitu juga di Pulau Pinang
di mana Ketua Menterinya tampak “ignorance” pada nasib orang India dan Melayu
di pulau tersebut, di Kedah dan Perak, Menteri Besarnya juga “ignorance” pada
hak sosial bukan Islam serta pergolakan dalaman parti. Sebaliknya, walaupun pemimpin PR juga ignorance tetapi mereka bijak menampilkan imej mereka ambil berat terhadap nasib rakyat.
Walaupun kebenaranan yang sebenar Perdana Menteri tidak ignorance malah hanya
tidur 3 jam kerana berkerja keras siang dan malam demi rakyat, tapi persepsi
rakyat adalah sebaliknya. Melalui kawalan media bebas internet, pemanipulasi persepsi berjaya mewajahkan Perdana Menteri sebagai pemimpin yang ignorance.
Dan sangka-sangka rakyat melalui cerita palsu tersebut
disahkan oleh tindak tanduk Jemaah Menteri yang mempunyai banyak masa terluang
menonton Persembahan Lawak berbanding menyelesaikan masalah rakyat. Begitu juga
jawapan-jawapan atau “quote” seperti tidak suka jangan makan ayam, minyak mahal
naik basikal, elektrik mahal pakai lilin dan sebagainya yang menggambarkan pemimpin BN-UMNO semuanya ignorance.
Serangan bertali arus terhadap pemimpin Negara khususnya
kemewahan dan imej korporat baca keparat parti dan pemimpin UMNO juga menjadi
duri dalam daging bagi UMNO dan BN keluar dari imej ignorance terhadap
kesengsaraan rakyat yang didakwa mahu dikongsi bersama.
Samada quote tersebut benar atau tidak, samada UMNO benar
korporat dan mewah atau tidak dan jika ia tahyul semata tetapi ia menjadi kebenaran
kerana tiada langsung usaha cepat dan tepat dibuat oleh yang berkenaan untuk menafikan samada
secara tidak langsung apatah lagi secara langsung. Lama kelamaan, berita palsu
itu menjadi benar belaka dan rakyat kian percaya, Perdana Menteri dan para pemimpinnya adalah
pemimpin yang “ignorance”.
Pada 2014, rakyat berharap agar kebenaran yang benar. Jika kebenarannya,
Kerajaan UMNO dan BN serta Perdana Menteri memang sudah berhempas pulas
menggadai jiwa demi rakyat, maka biarlah ia di persembahkan sepertinya melalui tindakan dan mengawal penularan dakyah
yang membiarkan rakyat dan ahli UMNO terus percaya Perdana
Menteri dan Presiden Parti bukan seorang yang “ignorance” terhadap nasib rakyat
dan beliau bukan membabi buta percaya pada apa yang dilaporkan oleh
Penasihat-penasihat beliau.
Yang pasti kita berharap tindakan ampuh dan agresif serta proaktif akan diambil kerana hanya melaluinya rakyat akan percaya pemimpin benar-benar mahu menyelesaikan masalah rakyat khususnya kos sara hidup.
Sebarang langkah proaktif yang difikirkan perlu
harus dilakukan dengan secepat mungkin kerana di peringkat bawahan ini hampir
90% rakyat malahan ahli Parti kian percaya Perdana Menteri seorang yang “ignorance”.
Jika tidak percaya, menyamar dan menyusuplah dikalangan rakyat biasa sebagai bagi mendengar suara hati mereka seperti yang sering diamalkan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau seorang Perdana Menteri.