Demi survival bangsa Melayu, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak harus digulingkan oleh ahli UMNO pada Pemilihan Agung UMNO kelak.
Kita akui beliau adalah seorang Perdana Menteri yang baik
dan mempunyai visi yang hebat, namun beliau gagal sebagai Presiden BN. Walaupun
kerusi UMNO meningkat kepada 88 kerusi, tetapi sebagai Parti Kemudi kepada MCA,
MIC dan Gerakan, UMNO harus berkongsi tanggungjawab kekalahan teruk MCA dan
Gerakan.
Dengan segala jentera Kerajaan dan Parti berada di bawahnya,
beliau gagal menghidu tsunami Cina dan penolakan pengundi muda. Bukan itu
sahaja, kini masyarakat Cina kian agresif memusuhi Kerajaan khususnya dan
Melayu amnya.
Realitinya, sebagai rakyat marhaen kita sudah lama mendengar
keluhan Peruncit Cina akan ancaman Kedai Rakyat 1Malaysia keatas perniagaan
mereka, kita sudah tahu lama masalah ketirisan dalam perbelanjaan Kerajaan,
kita maklum akan miskin Bandar yang tinggi tetapi tidak layak pula untuk
bantuan BR1M dan sebagainya, kita sedar betapa masyarakat Cina mementingkan
pendidikan khususnya Sekolah Cina yang mereka anggap sebagai nadi identiti
keCinaan mereka, kita khatam akan permainan politik sempit satu kaum DAP, kita
keliru peranan Datin Sri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri dan semua
ini hanya menunjuk kepada satu petunjuk, CINA TIDAK AKAN UNDI BN.
Malangnya, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mampu
menghidunya, jauh sekali mengambil sebarang langkah pencegahan, pengawalan
malah beliau langsung tidak bersedia menghadapi kemungkinan. Lebih malang,
reaksi terkejut Perdana Menteri gagal disembunyikan pada malam kemenangan PRU
13.
Keputusan PRU 13 memberi Gred F atau gagal teruk kepada Gagasan
1Malaysia. G1M patut dibubarkan sahaja dan layak ditukar nama kepada 1MESS atau 1Malaysia Melayu Syok Sendiri. Ini kerana hanya Melayu sahaja bersorak menyokong 1Malaysia tetapi
kaum lain tidak endah pun melainkan yang mendatangkan keuntungan pada mereka.
Jika Perdana Menteri di KPI, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak berjaya tetapi sebagai Presiden BN dan UMNO beliau
gagal. Gagal kerana dalam muafakat BN, semua Ketua Parti
menjaga masalah kaum dan agama masing-masing, dan sebagai Ketua Parti Melayu,
beliau gagal memperjuangkan Melayu. Buktinya, bila Bukan Melayu berhimpun, menghina Bendera, Lagu dan Raja serta menghina Nabi SAW tiada tindakan diambil, tetapi jika Melayu yang buat demikian pasti akan dihukum "pancung" dengan serta merta.
Jika UMNO di KPI, UMNO lulus tipis itupun kerana pengundi atas pagar mengundi UMNO bukan
kerana sukakan UMNO tetapi kerana tidak suka PR. UMNO sebenarnya tidak pernah
berubah dan tidak akan berubah, diakar umbi kebanyakan Ketua Cawangan UMNO
diketuai oleh orang gila kuasa yang sama sejak 20 tahun lepas dan mereka rata-rata berusia
50 tahun keatas dan hanya berkelulusan SPM.
Syukurlah, UMNO dipilih sebagai Kerajaan baru dengan menang
88 kerusi, tapi parti tunjang Melayu itu tidak boleh bergembira kerana selepas
PRU 13, Melayu sedang diperangi.
Serangan dari luar dan dalam kelompok Melayu dengan dibantu
golongan elitis Melayu. Melayu diserang kerana ada Parti mahu merampas segala baki
hak istimewa Melayu. Melayu diserang untuk dihilangkan identiti kesopanan dan
kesusilaan. Melayu diserang untuk merendahkan nilai hidup dan secara tidak
langsung melonggarkan pegangan akidah, akhlak dan keimanan mereka.
Melayu adalah satu-satunya bangsa di dunia yang tidak dapat
dipisahkan dengan Islam. Penyerang ini tahu untuk memerangi Islam mereka harus
melemahkan Melayu dengan apa jua cara termasuk menghakis keMelayuan dan mengadu
domba sesame Melayu. Persoalannya, apakah rancangan, tindakan dan persediaan PM
sebagai Ketua Kaum Melayu dan Islam di Malaysia?
Saya menghadiri Wacana & Post Mortem PRU 13 anjuran
alumni UiTM dan GPMS. Saya menjadi saksi kenyataan bekas Hakim Negara. Saya
turut berkongsi dengan puluhan peserta yang beratur berebut “microphone” dan
apabila diberi peluang mereka berucap dengan sungguh berapi. Walaupun emosi
mengendali akal, namun ada benar kata dan kecewa mereka. Kecewa, kerana
Presiden UMNO bukan sahaja gagal memperjuangkan Melayu tetapi juga gagal bertegas dan tunduk pada suara kaum lain.
Dalam wacana itu, seorang peserta bertanya dan kami tertanya
dimana Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah menunjukkan kekecewaannya
terhadap kaum Cina yang ditatang dengan penuh kasih sayang, malah lebih dari
sayang dari kaumnya Melayu sendiri, maka apakah tindakan PM selepas ini?
Apakah
PM masih akan menghulurkan bantuan ratusan juta kepada Sekolah Cina? Selepas
ISA dihapuskan, apakah PM mahu menghapuskan lesen senjata agar kongsi gelap
Cina dapat hidup tenteram?
Ditanya kepada saya, apakah PM berani bertegas terhadap pelaku
jenayah dan penghasut seperti Namewee, dan terkini peserta Black 505 yang majoritinya
Cina?
Jawapan saya TIDAK! PM tidak akan berani mengambil tindakan
keatas kaum Cina langsung.
Sebenarnya, Melayu bukan minta PM jentik pun orang Cina, Melayu
Cuma minta PM memberi kebebasan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan keatas
mana-mana pihak yang mengingkari Rukun Negar yakni Tuhan, Raja, Negara,
Perlembagaan, Undang-undang dan kesopanan. Jika Cina mahu boikot Melayu, mahu
jual mahal kepada Melayu, mahu beli barangan Cina, mahu menggaji pekerja Cina,
mahu perhebat diskriminasi atas Melayu, percayalah, kami orang Melayu beragama
Islam yakin pada rezeki Allah, Allah yang beri kita makan bukan Cina ataupun
Najib, Melayu tidak khuatir tetapi kami pinta agar kaum lain belajar
menghormati hak-hak Melayu seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Negara.
Kesimpulannya Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
dilahirkan dalam keluarga elitis yang mempunyai kaitan rapat dengan keluarga
Lim Goh Tong atau secara tepatnya Genting justeru beliau kurang Melayu.
PM kita lebih Malaysia, malah mungkin lebih bukan Melayu
dari setengah bukan Melayu. Ini dibuktikan melalui kenyataan terbaru adiknya,
Dato Sri Nazir Razak yang membela Azran Rani Osman. Kenyataan Azran Rani Osman
tidak salah kerana ia merupakan hak asas manusia yakni hak bersuara. Tapi yang salahnya bila Azran
seperti pendokong partisan dan pejuang kebebasan bersuara pelampau yang lain
terlupa, Utusan juga mempunyai hak kebebasan bersuara seperti yang
diperjuangkan dan dimiliki mereka.
Bagi yang matang, mereka maklum kebebasan bersuara pakej dengan
kebebasan mendengar kerana bila kita bebas bersuara kita tidak menutup telinga
kita. Maka jelaslah bahawa golongan yang memperjuangkan kebebasan bersuara hanya mahu mendengar perkara yang mereka suka sahaja.
Bila ada pihak bersuara perkara yang mereka tidak suka
dengar, mereka akan kecam rasis, kampung, radikal agama, ortodoks, sakai, bodoh
dan pelbagai lagi. Bagi golongan elitis yang mempunyai kuasa, mereka bertindak
seperti kanak-kanak dan mengugut.
Bila ada pihak bersuara perkara yang mereka suka dengar,
maka mereka puji dan puja moden, hebat, pemikiran terbuka, hak kebebasan,
globalisasi, bijak, pandai dan sebagainya.
Tenyatalah,adik dan abang datang dari acuan yang sama. Malang
buat UMNO kerana mempunyai Presiden yang tidak memperjuangkan bangsanya
sendiri. Sekurangnya, meletakkan agenda “Malay First”, "Malaysian Second" samada melalui tindakan sahaja atau tindakan dan ikrar. Semua Presiden UMNO
termasuk pengasas UMNO mempunyai semangat Melayu dan Islam yang tebal seperti penentangan
Malayan Union, DEB, Ultra Malay dan banyak lagi.
UMNO memerlukan ketua dan Presiden yang kuat semangat dan
jiwa Melayunya. Kegemarannya belacan, makannya bersila, pilihan menantunya
Melayu, malah ia tidur dan kentut pun bau Melayu. Perjuangan Melayunya sehingga
semua anaknya sekolah di Malaysia, jantungnya dibedah pakar bedah Melayu, kawan
Cina dia seorang bermatian di Palestin, seorang lagi billionair yang ada misai
macam Melayu.
Percayalah, UMNO tidak boleh lagi memberi kepercayaan kepada
Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana
BN bergantung kepada UMNO sebagai pengemudi dan Malaysia memerlukan BN.
Pada
Ahli UMNO yang akan mencalon dan mengundi Presiden UMNO, pesan saya, Ini
Kalilah!!!
Saya banyak menulis meminta ahli UMNO jangan undi UMNO pada
PRU 12, dan pelbagai lagi kecaman pada Perdana Menteri ketika itu. Saya mengaku
salah dan bersedia dipecat apabila sama-sama Tun Dr Mahathir isytihar keluar UMNO. Kini, saya menyeru orang Melayu untuk kembali
memperkuatkan diri, memilih Presiden UMNO Melayu sejati, dan pecatlah saya
sebagai ahli UMNO.
Maafkan saya....saya pernah berjanji untuk bersara politik. Saya sudah bersara politik kerana jemu dengan sikap UMNO khususnya dan Melayu amnya. Ini adalah artikel politik penutup saya dan saya bersedia dipecat UMNO.