ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, January 31, 2013

Parti Serpihan PAS, Masa Yang Tepat

UMNO kaya dengan sejarah pergolakan dalaman hingga menyaksikan beberapa pemimpin utama mereka keluar/dipecat dan menubuhkan Parti Serpihan. Parti seperti Semangat 46, dan Keadilan adalah serpihan dari UMNO. Ramai pengikut UMNO keluar beramai-ramai sebelum menyertai semula UMNO seperti Pak Lah, Rais Yatim dan ramai lagi. Kini adalah masa yang amat tepat untuk PAS pula mengulangi sejarah UMNO berhadapan dengan Parti Serpihan sendiri, mahu tidak "bertarung" dengan sahabat dan rakan sendiri dalam Pilihanraya dan bersaing dalam perlumbaan mendapat sokongan dari golongan pengundi yang sama.

Malah, perjuangan antara parti serpihan PAS ini juga sebenarnya berkongsi hala perjuangan yang sama iaitu memperjuangkan Negara Islam.

Hassan Ali adalah figura pertama yang dipecat dari PAS, dan terkini Nasharudin pula menerima nasib. Cuma kali ini Majlis Ulama dilihat mengotorkan tangan mereka membuat keputusan pelik memecat ahli mereka yang cemerlang. Apa yang cemerlang, dalam peperangan jelas PAS perlu punyai satu figura seperti Nasharudin yang kekiri boleh, kekanan boleh, kehadapan boleh, kebelakang boleh, keatas boleh, kebawah boleh, ke dalam kem musuh pun boleh. Samada mata-mata, pengintip, trojan horse atau apa sahaja namanya, Nasharudin akan mampu memberi maklumat kepada PAS apa yang mereka tidak mampu tahu.

Nasi sudah menjadi bubur. Sebenarnya selain dua figura besar ini, ramai lagi watak-watak kecil termasuk Cikgu Sekolah Rendah yang menerima nasib yang sama. Justeru, Hassan Ali, Nasharudin, Zulkifli Nordin, CN Afghani, Cikgu-cikgu pondok, penyokong-penyokong PAS yang mahu memperjuangkan ISLAM dengan bebas wajar mewujudkan Parti Serpihan PAS seperti Semangat 46 dan Keadilan.

Parti Syahid, Parti Fisabil, Parti Umat, Parti Hamba, Parti Abdul Rahman atau apa sahaja nama partinya jika di lengkapi Hassan Ali, Nasharudin, Zulkifli Nordin dan mungkin Harun Din akan memperjuangkan Islam malah akan memberi pilihan yang lebih luas kepada umat Islam khususnya ahli PAS untuk memperjuangkan Islam tanpa terikat kepada mana-mana peraturan parti, percaturan politik jauh sekali dari UMNO yang mereka benci.





Ampunkan Dosaku Ya ALLAH - Palestin

Sepanjang hampir 2 bulan saya berjemaah di Masjidil Haram, tidak kira waktu Subuh, atau Isyak, saya sering mendengar Imam menangis dengan berdoa pada ALLAH agar membebaskan Palestin.

Sehinggakan ada masa saya terfikir, jika di Multazam, di Hijr Ismail, di belakang Makam Ibrahim malah di Masjidil Haram itu sendiri dikatakan ramai tempat mustajab doa, ini pula imam tersedu-sedu mendoakan di Masjidil Haram sambil diaminkan berjuta orang tetapi mengapa ALLAH tetap tidak membebaskan Palestin.

Persoalan itu pantas dijawab diri sendiri agar jauh dari permainan Syaitan. Namun diri ini tetap rasa berdosa bila setiap melihat penderitaan saudara di Palestin, dan tertanya kenapa belum sampai masa mereka dibebaskan dari belenggu sengsara.

ALLAH Maha Besar, hari ini selepas 4 tahun, PM Malaysia hadir di Zon Perang Palestin. Bukan untuk membebaskan Palestin tetapi pada saya setiap perbuatan waima sekecil batu sekalipun untuk meringankan penderitaan Palestin seharusnya dipuji dan disokong.

Malangnya, di Malaysia malah di Arab sendiri, masih terdapat orang Islam yang berkata-kata dengan mulutnya penuh prasangka serta iri, seolah-olah jika esok Palestin bebas, tidak boleh nama orang lain melainkan nama mereka sebagai wira pembebasan Palestin.

Maka pada hari ini, terjawablah soalan saya di Mekah dihadapan Masjidil Haram, mengapakah ALLAH YANG MAHA AGUNG DAN BERKUASA tidak membantu Palestin? Jawapannya, ALLAH TIDAK BANTU KERANA ORANG ISLAM MASIH BERBALAH SIAPA YANG LEBIH LAYAK MEMBANTU PALESTIN SEDANGKAN MEREKA SEHARUSNYA BERSATU DAN BERGANDING MEMBEBASKAN UMAT MUHAMMAD SAW DI PALESTIN!!!!!!

Ya ALLAH, Ampunkan Dosaku, kerana makhlukMU yang hina ini, hambaMU yang kotor ini mempersoalkan kewajaranMU Ya ALLAH. Terima Kasih atas petunjukMU Ya ALLAH, kini aku mengerti. Alhamdulillah.

Alif

Alif yang mahu saya bicarakan adalah adalah Alif, anak syarikat Sime Darby yang kini telah mengeluarkan beberapa produk berupa barang keperluan asas seperti mentega dan susu.

Pada yang biasa dengan struktur badan kerajaan, strategi Sime Darby dan Alif bukanlah perkara baru. Felcra menubuhkan anak syarikat Felcra Engineering, Felda menubuhkan Felda Ekovest, Felda D Saji , Petronas menubuhkan I Perintis sebelum berpisah, dan banyak lagi.

Bagi yang biasa dengan ekonomi anda juga pasti pernah mendengar kitaran ekonomi atau economy spin dan kebebasan ekonomi. Kebebasan ekonomi juga merupakan senjata utama menarik minat pelabur luar untuk melabur di Malaysia.

Berbalik pada Alif, sebelum produk ini berada di pasaran, Tun Dr Mahathir dipetik akhbar perdana menegur akan GLC dan Badan Kerajaan yang secara agresif dan tegar menubuhkan syarikat yang membawa produk yang bersaing dengan perniagaan orang ramai.

Sebenarnya ia telah lama berlaku di Malaysia. Istilah orang dalam mengatakan mereka ini diletak dalam peti ais yang membawa maksud, Pengarah dan Pekerja Felda, Felcra, Petronas, Sime Darby yang bukan dalam perancangan utama syarikat tersebut tidak dipecat tetapi diberi dana untuk menubuhkan anak syarikat. Golongan ini melalui syarikat baru mereka kemudiannya mencari dan merebut pelbagai peluang perniagaan dengan peniaga marhaen.

Dalam IT kita ada Felda Ekovest, I-Perintis dahulu, dalam bidang makanan kita ada Felda D Saji. Maipp, Felcra, Alif, dan banyak lagi.Tidak dinafikan ada yang untung, ada juga yang rugi. Ironinya, GLC dan Kerajaan adalah milik rakyat, tetapi ia bersaing dengan rakyat.

Jika dahulu mungkin masalah dan kehadiran anak syarikat GLC ini tidak terasa kerana mereka mencari dan berniaga barangan industri dan bersaing dengan peniaga atasan. Tapi hari ini lain pula ceritanya, Alif buat susu dan marjerin, di Rampai Business Park Felcra Engineering menghabiskan hampir jutaan ringgit mengubah suai sebuah kedai untuk dijadikan Restoran. Kini sudah masuh tahun kedua premis tersebut tidak beroperasi dan tidak disewakan kepada sesiapa.

Hakikatnya, kita perlu pisahkan perkara ini dengan politik. Tindakan ini dibuat oleh kakitangan awam yang diamanahkan oleh Kerajaan tetapi sebaliknya mereka menghabiskan dan melabur dalam perkara yang rugi malah mereka mula menggangu dan bersaing dengan peniaga IKS.

Jika keadaan ini berterusan, kita bukan sahaja akan menghadapi ekonomi kaget tetapi juga akan menakutkan pelabur dari melabur di Malaysia.

Ingatlah, menjadi Pegawai Kerajaan ataupun Ketua anda mempunyai tugas dan amanah yang besar oleh Allah. Amanah oleh Kerajaan boleh anda bahaskan, tapi amanah dengan ALLAH, jangan sampai tergeliat lidah dipotong kecil nanti. Sebagai peniaga kecil, saya jauh dari marah. tapi dekat pada risau.

Tuesday, January 29, 2013

Maharaja Lawak Mega dan Harga Lawak Murahan

Riuh sana sini mengomel kemenangan MLM 2012 yang dimenangi Jozan. Yang kalah dan penyokongnya pasti tidak berpuas hati, dan yang menang pasti sangat puas hati. Hakikatnya, rakyat Malaysia masih belum matang dalam mencapai dan menghayati semangat pertandingan iaitu adat kalah dan menang.

Bagi si bijaksana, dalam pertandingan yang dicari bukan pemenang mahupun pengalah, tapi isi dan tujuan utama kita dipenuhi.

Soalnya, apa tujuan kita menonton Maharaja Lawak dan memperuntukkan masa untuknya?

Tidak dinafikan manusia yang pebagai ini ada yang mencari lawak, ada yang mahu gelak, ada yang mahu lupakan tekanan kerja dan masalah keluarga, ada yang mahu berevolusi, ada yang mahu belajar, ada yang mahu sokong bawa rebah dan ada yang  sokong kerana rupa, ada yang mencari inspirasi, tidak kurang yang mahu mencari isi untuk dijadikan status FB, ada yang mahu mengkritik, ada yang mahu berasa lebih baik dengan melihat peserta MLM gagal, dan banyak lagi.

Hakikatnya, semua peserta MLM sudah cuba sedaya upaya bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga untuk menyampaikan mesej, teladan dan ilmu dalam cara yang santai.

Amat menyedihkan apabila MLM dan Progam Lawak lain dipenuhi dengan lawak murahan yang mendapat pujian orang kita. Apa maksud lawak murahan? Lawak murahan adalah lawak memakai pakaian wanita. Ini kerana mana-mana lelaki dalam dunia ini mampu membuatkan orang lain gelak dengan memakai pakaian wanita. Jika anda tidak percaya, anda cuba memakai pakaian wanita dan keluar ke pejabat atau ke Mall, saya pasti ramai akan ketawakan anda.

Ada juga lawak biasa atau lawak harga patut iaitu menjadikan orang lain sebagai subjek dan kemudian mengajuk, mengejek, merendahkan dan menghina subjek samada rakan sendiri, juri ataupun rakan artis lain berkisar pada rupa, fizikal dan gaya.

Sebaliknya, lawak mahal pula adalah lawak yang bermesej yang dibuat dengan bersungguh-sungguh oleh peserta sebelum dan semasa pementasan tetapi tidak mendapat tepukan dan tawa penonton. Lawak seperti ini biasanya akan menjadi ikutan dan membuatkan orang tergelak waima bertahun sudah berlalu.

Samada lawak murah, lawak sederhana atau lawak mahal yang menjadi pilihan kita adalah hak kita masing-masing. Lain orang lain seleranya,  namun adalah terbaik jika kita pilih lawak yang baik untuk kita, bukan yang buat kita gelak semata-mata.

Wallahualam.

Masjaliza Hamzah and Marina Mahathir: Not all people are same and have your quality

Kudos to Centre of Independent Journalism executive officer Masjaliza Hamzah and Marina Mahathir from all non muslim and some liberal muslim.

Not to undermine their effort even its outdated yet noise, I myself has attend few Church dialog and last was in Jalan Gasing, Holy Mary From Christian dan Islam perspective in year 2001.

I still remember early 2000, you can have your bible copy in your room hotel drawer before Government has ordered all Hotel in Malaysia not to put any bible, quran or other kitab (thats when Mahathir is PM and Marina has power to fight for what she believe).

Since that night in Vistana Hotel, I read bible, I read Sokka Gakai bible, I read Bahai Book, I visited many temple in and outside Malaysia. The more I read, thanks Allah I still believe in one and only, Al-Quran.

I join Masjaliza Hamzah openness to read bible, to differentiate, to discuss, to translate and to achieve all religions main objective which is to find one and only Mighty God in their own way. Also to live a better life with all living creatures especially humans being.

However, I would like to remind myself and Masjaliza Hamzah that not all people are same. Many has less experience, only some has right minded, few with dignity and honor which the rest with evil, and very little has the quality like those who attend scripture reading event which saw people from different faiths gathering harmoniously in Penang and KLCC.

Your action doesn't reflect or tarnish Islam image, yet, its useless because none of them are Ulama, Ustaz, Mufti, Father, Sami, Priest, Pope etc that able to explain the truth behind each religion.

Truth whats religion make for, not fake yourself reading bible or Quran, but no one there able to guide you.

PS: Sorry for poor English as I am a learner, the quite one.


Monday, January 28, 2013

UTUSAN MELOYA 2




http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20130123/re_05/Orang-bisnes-tabik-polis tulisan Zulkifli Jalil memaparkan tulisan DATUK Ahmad Faris Abdul Halim, 49, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn, Bhd, firma pembekal peralatan pertahanan, keselamatan dan komunikasi yang pernah dan masih memperoleh kontrak berbillion ringgit dari PDRM.

Antara isi artikel ini menunjukkan Datuk Ahmad Faris mewakili orang bisnes memuji Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Saya harap bukan sahaja Ketua Polis Negara dan Timbalannya, malahan semua Pegawai Kerajaan termasuk KSN dan YAB Perdana Menteri tidak perlu melayan bodekan seperti ini.

Beliau menggunakan rakan-rakan niaga beliau dari Eropah sebagai lonjakan kepada cerita beliau dan fakta yang agak saya keliru adalah apabila Ahmad Faris menarik perhatian rakan-rakan kongsi niaganya daripada Eropah sedar Malaysia kekurangan anggota polis untuk memenuhi kehendak masyarakat yang mendesak. Dengan kekuatan kira-kira 100,000 anggota, nisbah anggota kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500.

Keadaan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi. Apatah lagi, nisbah polis dengan penduduk yang diperakukan Interpol ialah seorang polis bagi setiap 250 penduduk. Dan kedudukan tersebut masih jauh bagi Malaysia mencapainya.

Hakikatnya penduduk Malaysia hanya berjumlah 28 juta tetapi 100,000 anggota dengan nisbah 1 untuk 500 menunjukkan penduduk Malaysia berjumlah 50 juta, satu jumlah yang amat tidak tepat. Sebenarnya nisbah polis di Malaysia adalah 1: 280, dan dengan inisiatif Kerajaan menyerapkan Polis Bantuan serta Military Police dan memberi latihan Polis Bantuan kepada Pengawal Keselamatan, sewajarnya PDRM serius dan hampir pada sasaran nisbah 1:250.

Artikel tersebut jelas dibayar kerana mempunyai predecense berbanding isu dan penulisan lain. Malahan, dikalangan orang bisnes tahu, tulisan tersebut hanya tidak lebih dari sebuah bodekan dan cubaan mengampu malah mungkin rasuah berbentuk pujian KPN dan Timbalannya.

Benarkah Utusan Melayu masih relevan sebagai suara rakyat ataupun telah menjadi suara orang yang sangggup bayar lebih? Menjadi suara orang berkepentingan yang hanya menulis untuk kepentingan diri sendiri sahaja? Utusan Malaysia atau Utusan Melayu dulu jauh lebih berroh dan berjiwa kerana dengan jelas mempunyai agenda awam yang besar. Panggilan Utusan Meloya dimulakan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan saya tidak pernah bersetuju dengannya kerana saya membaca setiap inci Utusan Malaysia sejak berusia 8 tahun.

Ironinya, bukan tiada artikel bodek dan kipas dalam Utusan sejak dahulu, tetapi ia dilakukan dengan cara yang amat profesional dan halus serta tinggi bahasanya. Sebaliknya, artikel Ahmad Faris layak digelar artikel bodek paling murah 2013.

Samada Utusan Malaysia layak dikenali sebagai Utusan Meloya atau tidak bukan atas pembaca atau pengkritik, tetapi atas diri mereka sendiri. Diharap warga Utusan memberi perhatian agar akhbar ini tidak meloyakan pembacanya.


KAFA VS PBNJ, Politik VS Sultan dan Peminat VS Penaja




Bila orang politik bergaduh dengan orang Istana, rakyat tersenyum. Pergaduhan dan perselisihan dalam sukan, politik, agama dan pelbagai lagi hanya menjadi bahan jenaka untuk rakyat kerana jika pemimpin hanya mampu menyelesaikan masalah dengan cara tidak matang, maka apa lagi yang boleh diharapkan dari mereka?

Terbaru, saya tersenyum sendiri apabila Tan Sri Annuar Musa menempelak Tunku Ismail agar tidak membawa perkara pelik-pelik kedalam bola sepak Malaysia.

Tan Sri Annuar Musa memberi panduan agar pengamal bola sepak ikut sahaja peraturan FAM, sedangkan pada saya FAM adalah punca kepada masalah mereka. Yang membuatkan saya tersenyum adalah apabila beliau berkata bolasepak adalah sukan rakyat dan pihak istana tidak perlu masuk campur. Apakah Tan Sri Annuar Musa lupa beliau juga bukan orang sukan jauh sekali bekas pemain bola sepak, tetapi seperti Istana beliau juga orang politik yang juga sama, campur tangan politik lebih banyak membantutkan dan menghancurkan kemajuan sukan di Malaysia.

Lihat sahaja bagaimana politik menyekat dan mempersiakan bakat-bakat badminton, olahraga, tenis, skuas, basikal, takraw, hoki, bowling dan banyak lagi.

KAFA di pimpin oleh orang politik dan PBNJ pula oleh Sultan. Kemelut ini sebenarnya berpunca dari peraturan lapuk FAM. Tunku Ismail mengikut peraturan FAM begitu juga KAFA dalam isu perpindahan Mat Yo. Peraturan FAM “menghalalkan” PBNJ mengambil Mat Yo mengikut “jalan belakang” seperti yang didakwa KAFA.

Masalah ini akan menimpa pasukan lain selagi FAM yang dikuasai hampir sepenuhnya oleh Istana dan Politik tidak mengubah peraturan sepertimana peraturan FA England.Peraturan FAM juga kadang-kadang boleh ditafsirkan sebagai diktator kerana menyekat kebebasan bersuara, bersikap pilih kasih selain telah memecat beberapa individu yang tidak sehaluan mereka. Bola sepak Malaysia akan jauh berbeza jika Istana dan Politik membiarkan bola sepak diuruskan oleh ahli sukan sejati seperti Eropah. 

Hakikatnya ia tidak semudah itu dan syarat wajib “mengusir” penguasaan politik dan Istana dari sukan adalah peminat harus bersedia membenarkan penajaan minuman keras dan syarikat judi. Soalnya, bersediakah kita? Bersediakah kita “mengusir” Sultan Ahmad Shah dari kerusi Presiden dan menerima nasib seperti sukan lain yang kurang penajaan? Bersediakah kita membeli tiket bulanan dan tahunan yang bernilai ribuan malah puluh ribu untuk menampung perbelanjaan Pasukan Bola dan Stadium? Bersediakah kita mengorbankan harapan kita mahu melihat anak kita hidup senang menjadi Doktor, Peguam, sebaliknya menjadikan mereka pemain bola sepak walaupun gaji dan kebajikan mereka semurah buruh kasar? Makin kuat kita menepuk air, kita sendiri yang makin basah nampaknya.

Istana dan politik menjadi tarikan untuk penajaan kerana ROI yang terhasil justeru banyak sukan tidak popular yang merayu golongan Istana dan Politik menaungi persatuan sukan mereka.  Fikirkan, apakah kita mampu menjual 60% tiket pada setiap perlawanan dan 20% tiket bulanan dan tahunan. Jika kita mampu maka sayalah orang pertama yang akan menurunkan papan tanda nama Sultan dan Ahli Politik dari semua Persatuan Bola Sepak Negeri. 

Malangnya kita sendiri nak ke Stadium setahun sekali pun tidak ada, jersi pasukan Negeri pun kita tidak mahu beli, ironinya masih ramai membeli jersi Pasar Malam, siaran langsung liga tempatan pun kita tidak mahu tonton, kita melatah-latah apabila syarikat judi dan arak mahu menaja sedangkan pasukan EPL pilihan kita tidak apa, tetapi ada antara kita jadi gatal dan bodoh dengan memberi cadangan dan idea yang nampak cantik diluar tapi buruk malah busuk didalam.

Idea Tun Dr Mahathir “Lemas” Dalam Terowong Banjir Jakarta




Utusan Malaysia hari ini melaporkan Gabenor Jakarta Joko Widowo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi berkata jumlah kerugian banjir di Jakarta mencecah 20 trillion rupiah atau RM 6.3 billion. Beliau juga menyarankan agar Jakarta membina terowong bagi mengelakkan banjir dari terusan menanggung rugi berbillion ringgit setiap tahun. 

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, dan insyaALLAH 2013 juga, Kuala Lumpur tidak lagi dilanda banjir yang teruk. Jika ada pun adalah berpunca dari penyelenggaraan longkang dikawasan pinggir Kuala Lumpur yang mengakibatkan air naik untuk beberapa jam sahaja. Apa yang menimpa Jakarta boleh menimpa Kuala Lumpur jika Bandaraya ini tidak mempunyai sistem kumbahan yang sophisticated.

Jelas, kebijaksanaan Tun Dr Mahathir yang membina terowong Smart memberi kemudahan dan keselasaan kepada Warga Kota dari banjir dan kesesakan sekaligus meletakkan KL sebagai pilihan pelabur asing. Kini, sepertimana kawalan ringgit keatas dolar, idea Tun Dr Mahathir mahu digunapakai Jakarta yang bercadang membina terowong air.

Syukur pada ALLAH mengurniakan rahmat kepada rakyat Malaysia dengan memberi pemimpin yang mendahului masa. Alhamdulillah.