ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, March 4, 2014

A BR1M Saga and GR1M Suggestion

Komen dari Tun Dr Mahathir 2014 mengenai BR1M amat ditunggu-tunggu. Tiada penerima BR1M yang akan menolak wang percuma dan berani untuk bercakap mengenainya jauh sekali menentang walaupun ia kelihatan seperti rasuah, gula-gula manis dan rokok kepada orang untuk jangka panjang. Untuk mengatakan 17,000 penerima BR1M yang layak menulis kepada Kerajaan menolak pemberian BR1M menimbulkan banyak persoalan termasuk mengapa mereka memohonnya jika tidak perlu. Peningkatan pendapatan mereka dalam setahun tidak sejajar dengan kos sara hidup dan masa yang diperlukan untuk menulis. Mungkin mereka tidak menulis, sebaliknya mereka tidak layak secara automatik.

Lebih matang jika kita tidak berdebat mengenainya dan membuat apa-apa kenyataan tanpa bukti. Lebih baik dan sesuai jika Kerajaan menghargai 17,000 individu ini dan menjadikan kejujuran mereka sebagai contoh dengan memaparkan nama mereka di Utusan Malaysia.  

"Si Jebat UMNO" telah menjawab pendapat Tun Dr Mahathir yang saya rasa respon dari Dato Seri Salleh Said Keruak lebih baik. Terlebih lagi sebagai Menteri yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara, Tun Dr Mahathir berhak memberi pandangan beliau bahkan Lim Kit Siang juga berhak dan bebas memberikan pendapat malahan cadangan kepada Kerajaan supaya menghentikan subsidi kepada jemaah Haji yang bernilai RM 5000 setiap orang setiap tahun. Pelik tapi benar, tiada pula respons kepada komen dan cadangan Lim Kit Siang dari mana-mana pemimpin UMNO yang dilihat sebagai jaguh dalam kampung sendiri sahaja.

Jujurnya, walaupun saya berpendapat saya tidak perlukan BR1M, saya tetap mengambil wang tersebut dan mendermakannya. Ini adalah BR1M saya yang kedua, dimana yang pertama saya gunakan untuk menjamu jemaah Masjid berhampiran dengan hidangan Nasi lauk kari Kambing dan Ayam goreng. BR1M yang kedua belum saya terima tetapi peruntukan tersebut telah pun diberi untuk tujuan kebaikan. Saya percaya kebaikan Kerajaan yang dipanjangkan saya akan diberi ganjaran oleh Allah kepada kita semua. 

Sungguh, saya tetap berpendapat adalah tidak sihat untuk memberikan sesuatu secara percuma kepada sesiapa walaupun kepada haiwan kesayangan kita. Kita tetap perlu bermain dengan mereka, menghargai mereka dengan berkongsi tanggungjawab menjaga rumah, menangkap tikus, bermain dengan anak kita dan sebagainya.

Ganjaran atau insentif adalah istilah yang lebih baik daripada "BANTUAN". Ganjaran akan memberi inspirasi dan memotivasikan orang dan membawa mereka ke hadapan, ke hadapan dan ke hadapan.  Manakala "Bantuan" pula membuat orang lemah, merendahkan moral mereka secara tidak sedar, membantutkan emosi, membeza-bezakan orang dan meninggalkan mereka di belakang, jauh di belakang.

Walaupun begitu, saya bersetuju masih ramai memerlukan BR1M walaupun ia hanya baik untuk jangka pendek. Secara profesional, kita perlu bersetuju adalah lebih baik berikan penerima BR1M alat kelengkapan memancing berbanding sekilogram ikan.

Saya berharap BR1M seterusnya akan ditukar kepada GR1M atau Ganjaran Rakyat 1Malaysia yang akan memberi ganjaran dan insentif kepada rakyat Malaysia mengikut kategori dan syarat kelayakan pendapatan yang sama dengan BR1M.

Kategori tersebut adalah; 

i.  Alam Sekitar
ii. Kemasyarakatan
iii. Haiwan
iv. Kebersihan
v. Saling menghormati
vi. Kekeluargaan Harmoni
vii. Patriotik Negara (tidak terlibat dengan demonstrasi yang menyalahi undang-undang)
viii. Saling Membantu (Orang Kesusahan)
ix. Memandu dengan berhemah
x. Bertanggungjawab di dunia nyata dan cyber

Setiap warganegara Malaysia yang layak boleh memilih mana-mana satu atau lebih kategori dan hanya perlu tunjukkan sekeping gambar (internet, phone atau cetakan) malahan paling kurang hanya membawa 1 plastik sampah sebagai bukti mereka telah menyumbang kepada Malaysia yang lebih baik.

Usaha mereka akan diberi ganjaran di GR1M dan bukan "dibantu" dalam BR1M, lagipun duit tersebut adalah wang setiap rakyat termasuk yang tidak menerima BR1M. Secara tidak langsung, mereka yang tidak layak tetap menikmati alam sekitar yang lebih bersih, persekitaran yang sihat serta hubungan antara kaum yang lebih aman dan damai.

Untuk jangka panjang, semoga benih nilai tersebut akan terus disemai dan tumbuh segar dalam jiwa rakyat Malaysia setiap hari justeru diwariskan kepada generasi anak-anak kita. Diharap ganjaran GR1M akan membantu meringankan beban kewangan kita, dan memberi motivasi kepada kita semua untuk menyumbang lebih banyak untuk negara ini. Negara memerlukan kita semua.

Artikel Bahasa English di Bahagian bawah. Maaf untuk English yang tidak sempurna kerana masih belajar. English at the bottom. Sorry for poor English as I'm still learning and trying.




English.

Comment from Tun Dr Mahathir on BR1M is much awaited because as Prime Minister for 22 years he never give BR1M which still make him better than any other PM. No BR1M recipients could resist free money dare to speak far from opposing what seems like a bribe, a candy and a cigarette to people. Its amuse when some 17,000 BR1M recipients wrote to Government they do not want it but they applied for BR1M at first place. How could a year income can effect people with rising cost of living unless they didn't write a letter but they simply do not meet the BR1M requirement.  

Let’s be adult by not arguing and making statements without any proof. The best is Goverment should appreciate and make them as examplary by putting their name on Utusan Malaysia. Me, myself, even I feel like I don’t need BR1M to support my life, I still take it and donate it.


“Anak Derhaka” has answered Tun Dr Mahathir opinion which I think I prefer how Datuk Salleh Said Keruak commented on this issues which I agree Sabah people needed it. After all, everyone deserve to give his opinion, even Lim Kit Siang also freely giving opinion and suggestion to Government not to subsidies Haji fee which cost Government RM 5000 per person every year. To add more blur to the SAGA, Khairy did not response to Lim Kit Siang, the leader of his opponent party.

This is my second BR1M, which first I buy a goat, cook a rice and giving out to nearby Mosque dishes with curry mutton and fried chicken. The second one, I haven’t received but the allocation already goes to charity as well. As for both, I feel its not good to give something freely to anybody even to your pet. You have to play with them, give them responbility catching mouse, guarding house, play with your kid so on and so fore.

A reward is the best term than “BANTUAN”. Reward will inspire people, motivate people and lead them forward, forward and forward. Whilst “Bantuan” make people weak, demotivated people in emotion, differentiate people and left them behind, far behind.

Though, I know many still needed BR1M which does a lot of help to many people even for short term. We have to agree it’s the best if government provide us with a fishing gear than a kilogram of fish.
I hope the next BR1M will be changed to GR1M or Ganjaran Rakyat 1Malaysia which will reward Malaysian by categories and same low income rule with BR1M.

Those categories are;
i.                     Environmental (Alam Sekitar)
ii.                   Community Work (Kemasyarakatan)
iii.                  Animal Love
iv.                 Kebersihan
v.                   Respectul (Saling menghormati)
vi.                 Family Love
vii.                Nation Building (Not involved with illegal demonstration)
viii.              Help Needed (Membantu Orang Kesusahan)
ix.                 Drive Carefully(Memandu berhemah)
x.                   Responbility in real and cyber world (Tanggungjawab Dunia Maya dan Nyata)

Each eligible Malaysian can choose and any one or more categories  and simply show a photo(online, storage or online) or even a plastic of garbage to show their afford in contributing to better Malaysia.
Their effort will be rewarded in GR1M and not “dibantu” in BR1M, afterall it’s each people money. In long terms we hope those value seeds in them will growth stronger everyday. May the reward will help ease their financial burden, and motivate us all to do more for this country. The country needs us all.

God Bless and Thank You.

Sunday, March 2, 2014

Zaman “Government Know Best” Belum Berakhir



Wawasan 2020 hanya tinggal kurang lebih 2128 hari lagi. Yang sering menjadi sasaran dan perhatian adalah adakah Kerajaan mampu mencapainya. Hakikatnya, samada kita boleh mencapai status Negara Maju atau tidak bukan bergantung kepada usaha Kerajaan sebaliknya kualiti minda rakyat sendiri.

Tanpa rakyat minda kelas pertama, Malaysia tidak sesekali akan mencapai tahap Negara maju walaupun mungkin mencapai status Negara berpendapatan tinggi yang biasanya diiringi dengan Negara Kos Sara Hidup tinggi.

Disana sini kedengaran rakyat Malaysia yang memuji Negara Jepun, Eropah, China, dan lain-lain disamping memburuk-burukan Malaysia samada secara langsung atau tidak.

Sebenarnya, semakin mereka memburukkan Malaysia, semakin mereka memburukkan diri sendiri kerana ironinya Malaysia dipanggil sebuah Negara  kerana Rakyatnya yakni kita semua. Buruk kita, buruklah Negara, baik kita baiklah Negara. Buruk perilaku anak, buruklah ibu bapanya, tinggi akhlak anak, tinggilah didikan keluarga.

Ada yang burukkan Malaysia katanya Jepun bersih dan pekerja pembersihan diberi pangkat Jurutera Kebersihan dengan gaji yang amat tinggi, tapi tiada yang mahu anaknya menjadi Jurutera Kebersihan malah sendiri tidak mampu mengasingkan jenis-jenis sampah dirumah, ada yang kata di Eropah Bandarnya bersih, tiada kesesakan, tapi bila Kuala Lumpur melarang motor dan kereta masuk merekalah jerit paling kuat kata Pemerintah zalim dan diktator, ada yang kata di sana rakyatnya tidak berebut dan mementingkan diri, tapi bila mereka yang ajar anak mereka semua bersaing merebut peluang sekaligus mementingkan diri, ada yang kata longkang Turki bersih, tapi longkang rumah mereka tidak pernah mereka bersihkan malah ada yang tidak pernah jenguk langsung, mereka kata keindahan Bandar Raya Utama dunia hebat tapi bila cukai pintu naik selepas 20 tahun siapa lagi jerit paling kuat, ada yang kata Malaysia hak pengguna tidak seperti UK tapi bila baru sehari tidak dapat makan ayam mereka marah-marah, bila AirAsia beri khidmat buruk mereka tetap berebut membeli tiket, ada yang kata udara sana nyaman, tapi bila suruh ke pejabat berbasikal seperti di Amsterdam mereka mengecam Menteri yang beri “cadangan”, bila Kereta Proton dilancarkan mereka beli kereta import tanpa mereka ketahui rakyat Negara maju menyokong barangan buatan mereka dari kereta hinggalah kekomputer dan pelbagai lagi.

Pendek kata, tiada siapa sanggup anak mereka menjadi rakyat biasa yang kerja biasa dan hidup sederhana malah lebih malang mereka tidak mendidik anak mereka menghormati golongan ini. 

Kebanyakan kita mahukan anak kita menjadi Doktor, Peguam, Pegawai, kaya-raya, punyai kereta dan rumah lebih dari keperluan tapi bila harga rumah naik, bila jalan sesak, bila parkir tiada, bila Tenaga Buruh terpaksa menggunakan orang Asing mereka dengan “lapang minda” menyalahkan Kerajaan dan bukan diri mereka sendiri walhasil situasi Negara disumbang oleh kehendak masyarakat yakni diri mereka sendiri.

Minggu lepas, Negara yang sering kita burukkan ini mencatat sejarah apabila Jambatan Pulau Pinang Kedua di rasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Suka diingatkan pada semua, semasa Tun Dr Mahathir hendak membina Jambatan Pulau Pinang rakyat marah, rakyat berdemo, rakyat menuduh Tun sebagai membazir dan mahu mengayakan keluarganya. Tapi bila dibina Jambatan Kedua semua senyap dan lebih hina lagi masyarakat ini apabila tiada seorang pun rakyat Malaysia yang tampil kehadapan meminta maaf kerana tersalah menuduh beliau. Tiada siapa dari rakyat biasa sehinggalah ke pemimpin PAS dan DAP yang masih lagi berkuasa hingga hari ini.

Tapi masyarakat Malaysia tidak marah, kerana menuduh tanpa bukti sudah menjadi nilai kita, memiliki kereta dan rumah yang banyak sudah menjadi nilai kita, tidak mengamalkan gaya hidup dan makanan sihat sudah menjadi nilai kita, memakai tudung sambil berbaju ketat, menampakkan leher, dan menari sudah menjadi nilai kita, mempergunakan ayat Al-Quran sudah menjadi nilai kita, bercerai sudah menjadi kebiasaan kita, mementingkan pembacaan berbanding pemahaman sudah menjadi nilai kita, memotong “que”, melanggar lampu isyarat, memandu laju sudah menjadi nilai kita, menggunakan peralatan pejabat, kertas pejabat, talian internet pejabat untuk peribadi, balik awal semuanya sudah menjadi nilai kita, bercakap apa sahaja yang kita suka tanpa mengira perasaan orang lain sudah menjadi nilai kita, berebut membeli dan menaiki Tren sudah menjadi nilai kita, rasuah sudah menjadi nilai kita, filem hantu bukan filem berkualiti menjadi nilai kita, lawak murahan bukan lawak mendidik malah melawakkan segalanya sudah menjadi nilai kita, melepak bukan membaca menjadi nilai kita dan banyak lagi perkara yang salah sudah menjadi nilai kita.

Kesimpulannya, jika Kerajaan tidak tegas membina Jambatan Pulau Pinang disebalik tentangan, tidak tetap membina Lebuhraya Utara Selatan di sebalik tuduhan menjejas pendapatan Pekan Kecil, tidak teguh membina KLCC yang disebalik dakwaan dibina untuk Tun Dr Hasmah, tidak meneruskan pembinaan Putrajaya disebalik fitnah Tun Dr Mahathir mahu setanding dengan Firaun, tidak kekal membina KLIA, Litar F1 Sepang, Tren LRT disebalik semua tuduhan membazir maka mungkin Negara ini masih lagi Negara Petani dan Negara mundur di dunia.

Justeru, terbukti zaman “Kerajaan Tahu Segalanya” mungkin sudah berakhir tapi “Kerajaan Lebih Tahu Apa Yang Rakyat Perlukan” tidak pernah berakhir kerana rakyat masih belum memiliki minda kelas pertama malah masih ramai rakyat memiliki minda kelas ketiga yang suka menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri di Malaysia.

Adalah lebih molek jika Kerajaan pimpinan BN yang digerakkan Pegawai Kerajaan pelbagai latar belakang meneruskan kajian dan bertindaklah untuk kebaikan semua rakyat tanpa mempedulikan tentangan mereka kerana “People Know Best” masih belum dimiliki rakyat Malaysia.

Monday, February 24, 2014

Ujian Memandu Di Mansuhkan, Pemanduan Setahun Dinilai Sebelum Diberi Lesen



Saya tertarik dengan tulisan Cikgu Haniza dan berterima kasih pada pada beliau kerana memberi saya pemahaman apa itu PBS. Lebih terpuji lagi apabila cara beliau mengkritik adalah cara yang paling betul, membina, bertamadun serta menggambarkan etika yang betul dalam mengkritik. Tidak perlulah berdemo, kata-kata kesat, menyerang individu, mempolitikkan dan sebagainya yang lebih banyak kehancuran dari pembinaan.

PBS adalah sistem Pentaksiran/Penilaian Berasaskan Sekolah untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan Guru punya tanggungjawab untuk menilai pelajar mengikut kriteria yang ditetapkan dan pelajar tidak perlu menduduki ujian dan peperiksaan lagi.

Pendapat Guru terbabit wajar diberi perhatian seperti Sistem yang lambat, penggunaan kertas yang banyak justeru menyumbang kepada lebih banyak pokok yang ditebang, kos tambahan yang terpaksa ditanggung Guru, Sekolah dan Ibu bapa, serta lebih kritikal sekali sejauh mana sistem tersebut berjaya memajukan Pelajar kurang pandai dan menggilap bakat pelajar cemerlang?

Jika Kementerian bercadang mengenakan tindakan tatatertib keatas Cikgu Haniza tindakan yang paling sesuai dikenakan adalah kenaikan pangkat dan gaji kerana beliau menjunjung prinsip dan semangat pendidikan iaitu untuk melahirkan pelajar cemerlang disamping memberi pendidikan pada pelajar ketinggalan.

Bayangkan, ujian memandu JPJ tidak lagi menggunakan sistem ujian sebaliknya penilaian keatas pemandu yang membawa kereta sepanjang tahun di jalan utama.

Bukan tujuan artikel mengatakan sistem ini tidak bagus tapi masyarakat kita masih belum bersedia untuk penilaian yang tidak berasaskan peperiksaan ataupun ujian.Pernah rakan saya bertanya, mengapa kerajaan tidak mewujudkan Tram atau Keretapi kecil di tengah jalan sepanjang Lebuh Raya Persekutuan
(Federal Highway) dari Klang ke Shah Alam, melintas Petaling Jaya terus ke Kuala Lumpur. Saya katakan Kerajaan tidak mempunyai masalah tapi masyarakat kita masih belum bersedia. Kita masih belum punya pemikiran sivik, logika, serta pertimbangan yang seimbang antara keperluan dan kehendak.  

Dikhuatiri jika Tram dibina maka jalan makin sesak kerana rakyat Malaysia akan menaiki Tram ditengah jalan, meletak kereka disepanjang Federal Highway kerana malas berjalan ke Stesyen, kereta akan melintas kekanan kiri atau U-Turn di landasan Tram, belum dikira penunggang motor yang akan gunakan landasan Tram itu.

Lihat sahaja Pasar Keramat yang moden lagi bersih tapi pengunjung perlu jalan jauh sekaligus menyisihkan masyarakat kita yang lebih gemar meletak kereta dihadapan kedai ataupun gerai tersebut. Mangsanya peniaga di Pasar Keramat dan duit rakyat selepas Pasar Keramat menjadi Gajah Putih.

Sama seperti PBS. Apakah masyarakat kita sudah bersedia untuk menerima anaknya yang pandai, sekelas dengan rakan yang sosial dan kurang pandai. Bagaimana pengaruh rakan sebaya keatas anaknya? Apatah lagi apabila menerima keputusan anaknya yang bijak, tapi kurang cemerlang berbanding pelajar yang kurang pandai dalam PBS.

Yang dapat diperhatikan, masyarakat Cina semakin menjauhi Sekolah kebangsaan kerana PBS. Ini kerana Sistem Pendidikan Cina sudah berusia beribu tahun tapi masih gah dan akan terus gah menggunakan sistem ujian dan peperiksaan bagi menggilap kemahiran pelajar pandai dan mencari keistimewaan pelajar kurang pandai.

Dalam segala upaya saya berfikir dan menilai PBS terpaksalah saya bersetuju dengan Cikgu tersebut bahawa PBS membawa maksud Pelajar Pandai Bodoh Sama sahaja dimana selepas PBS pelajar tersebut akan diletak dalam Kelas yang sama. Kita bukan menyisih atau menghina pelajar bodoh kerana kita semua tahu orang paling kaya dalam dunia dan disetiap Negara bukanlah pelajar paling pandai, tapi adalah penting untuk mengasingkan pelajar agar tumpuan dapat diberikan mengikut keperluan pelajar tersebut.

Sebagai pengkritik, kita berusaha menjadi pengkritik yang baik agar lebih banyak kebinaan dari kemusnahan susulan pendedahan Cikgu Haniza oleh Kementerian, Menteri dan Kerajaan. Fikirkan semula, kerana rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap itu jauh sekali bersedia.

Tuesday, February 18, 2014

Onederful Cina




Orang Cina Malaysia memang baik hati dan rajin, dan hakikatnya mereka baik dan rajin kerana pengaruh bergaul dengan masyarakat Melayu yang kurang mengejar dunia dan sangat baik hati. Sebab orang Melayu “keduakan duniawi”, maka orang Cina mengambil inisiatif sebagai “pendatang baru” untuk menggantikan apa yang orang Melayu tidak lakukan. Juga disebabkan orang Melayu baik hati, maka orang Cina terpaksa memilih amal sikap baik hati agar diterima oleh orang Melayu yang lebih dahulu menjadi “pendatang senior” di bumi bertuah ini.

Cuba lihat orang Cina di Negara China, majoriti mereka tidak serajin Cina Perantau dan sudah tentu tidak sebaik macam orang Melayu dalam menerima “pendatang baru”.

Di Malaysia, Onederful Cina menerbitkan video pendek bertajuk Onederful Malaysia dengan mengejek perkara keselamatan Negara dan Perdana Menteri Melayu sempena Tahun Baru Cina. Yang diajar oleh emak Cina saya, Cina baik hati dan menyambut tahun baharu dengan azam meninggalkan apa yang buruk pada tahun lalu. Pada perayaan tahun baharu mereka akan berpakaian baru, memulakan tahun baharu dengan perkara yang baik-baik, pakaian merah-merah, melupakan apa yang lalu dan memulakan yang baharu dengan tenaga positif semata.

Onederful Malaysia hanya menyerlahkan sebab kenapa orang Eropah khususnya Amerika amat sukar menerima Bangsa Cina. Sehingga kini, orang Cina masih dianggap Rakyat Kelas Rendah di Negara berkenaan walaupun sudah bertapak disana beratus tahun. 

Onederful Cina lupa mereka bebas mengendalikan Sekolah Aliran Cina tidak seperti di Thailand, Indonesia, malah Singapura.

Onederful Cina lupa mereka dibenarkan bertutur dalam Bahasa Cina walaupun rakan mereka tidak faham tidak seperti di Indonesia dan Thailand.

Onederful Cina lupa jika mereka dakwa Melayu tidak akan berjaya membangunkan Malaysia tanpa Cina maka Cina juga tidak akan berjaya tanpa Melayu.

Onederful Cina lupa mereka kaya kerana kebanyakan pekerja mereka adalah orang Melayu yang mereka tidak perlu bayar gaji yang tinggi.

Onederful Cina lupa kedudukan mereka sebagai wakil rakyat dan pemimpin adalah hasil dari undian orang Melayu yang baik hati.

Onederful Cina lupa permohonan mereka untuk kembali ke Negara China ditolak oleh Presiden China,  Mao Ze Dong.

Onederful Cina lupa Perdana Menteri Melayu merahsiakan hal tersebut pada masa itu dan memberikan kerakyatan kepada mereka dalam skala gergasi yang bebas.

Malah Onederful Cina juga lupa berterima kasih pada Tunku Abdul Rahman, seorang Melayu yang memberikan Temasek pada orang Cina tanpa sebarang tindakan ketenteraan dan syarat tambahan, jika tidak bukan sahaja Singapura terus mundur, tapi mungkin masih bermandi darah seperti di Wilayah bergolak lain.

Onederful Cina lupa Buddha menekankan tidak mungkin membina kebahagiaan diri sendiri dengan merampas kebahagiaan orang lain.

Maka jelaslah, bukan Melayu sahaja mudah lupa, orang Cina juga mudah lupa.

Sebenarnya bukan sukar mahu membezakan orang Cina Malaysia dengan yang “bukan Malaysia” walaupun ada MyKad. Orang Cina Malaysia akan menghormati hak kaum Melayu kerana nama Negara Malaysia sendiri jika ditukar pada bahasa Melayu adalah Melayusia.

Onederful Cina kini mahukan kuasa politik selepas kuasa ekonomi dikuasai mereka.

Onederful Cina kini mahukan senioriti seperti yang mereka idamkan di China, Taiwan dan Hong Kong.

Onederful Cina mahukan bukan sahaja seluruh Laut China Selatan tapi juga seluruh Negara di Laut China Selatan.

Apakah Onederful Cina menggambarkan sikap dan sifat orang Cina sebenar jika mereka diberikan kuasa mutlak pemerintahan?

Apakah Onederful Cina hanya sikap segelintir atau benar ia mengandungi harapan majoriti orang Cina di Malaysia. Sepanjang pengetahuan saya berkawan, bersaudara dan bergaul di Kedai Kopi mereka, suara majority mereka mahukan kuasa politik selepas berjaya merajai kuasa ekonomi.

Onederful Cina disarankan agar berhati-hati kerana selain tahun ini Tahun Kuda Air, Islam bukan semudah itu diperangi. Orang Islam mempunyai sentimen yang bercampur terhadap orang Cina dan walaupun Onederful Cina boleh berjaya dengan kerjasama orang Islam yang memiliki tujuan yang sama dalam politik, namun dikhuatiri keikhlasan golongan kopiah ini. Mungkin sejarah Michael Collins, Wira Ireland boleh dihayati kerana selepas diberi kemerdekaan oleh Britain, pihak yang berpakat pula bergaduh merebut kuasa dan wang.
 
Onederful Cina tidak salah dan berdosa untuk mengimpikan jawatan Perdana Menteri kerana mereka adalah rakyat Negara ini dan mempunyai hak yang sama dengan sesiapapun untuk menjadi Perdana Menteri.
Namun, Onederful Cina perlu bijak dalam mengurus perjuangan agar tidak dibakar hangus jambatan perpaduan antara kaum di Malaysia. 

Onederful Cina juga lebih "wonderful" jika dapat menghayati dan belajar berterima kasih pada orang Melayu dan Islam yang telah memberi anda ruang yang luas seluas-luasnya selama seratus tahun ini.

Apa-apa pun, Malaysia amat besar untuk rakyatnya kerana Malaysia tiada Gunung Berapi, Gempa Bumi dan sebagainya, Jadi adalah molek dan cantik jika Onederful Cina tidak terburu-buru dan gelojoh dalam mengejar tiket ke Putrajaya. Jika ditakdirkan harinya tiba dan menjadi milik kalian, ia pasti akan terjadi jua. Tidak perlulah menghina sesiapa apatah lagi melalui Video sempena Tahun Baru Cina yang megah.

Orang Cina seluruh dunia boleh memarahi saya tapi semua tahu saya tujukan artikel ini khusus kepada Cina Malaysia kerana sejahat-jahat Cina di China atau di Amerika, mereka tetap tidak akan menjenakakan dan mencemari  Perayaan Tahun Baru Cina mereka sendiri.

Saturday, February 15, 2014

Merintis Harapan Hudud di Malaysia - Kerjasama Syariah dan Sivil



Objektif dan matlamat undang-undang adalah memberi kesenangan dan keselamatan sejagat kepada semua orang melalui kaedah keadilan kepada semua. Samada Sains di Hospital mahupun ilmu perubatan di bawah pokok semuanya adalah ilmu Allah. Begitu juga undang-undang, tidak kira samada undang-undang Sivil,Syariah, ataupun persendirian, selagi ia menjunjung matlamat keadilan, ia adalah undang-undang Allah.


Malangya, kita sering disempitkan dengan istilah Arab termasuk hudud yang juga bermaksud undang-undang(hukum) Allah. Kita disempitkan dengan istilah ayat Al-Quran itu adalah penawar segala penyakit, sedangkan ilmu kedoktoran itu juga adalah ilmu Allah. Sepertimana seorang Bomoh Terkenal Malaysia yang mana orang Melayu kalau sakit sikit sehingga ke sakit serius pun pergi jumpa beliau untuk dirawati menggunakan ayat Al-Quran, kini Bomoh tersebut memilih menggunakan khidmat Doktor untuk jantungnya dan bukan ayat Al-Quran semata.


Kekeliruan memisahkan sebarang ilmu waima sebesar hama dengan ilmu Allah semakin parah apabila dengan mudah beberapa ibu bapa memilih untuk melahirkan anak secara semulajadi kerana dikatakan lebih dekat, tawakal dan tawaduk pada Allah, sedangkan, ilmu kebidanan Doktor yang terperinci itu juga datangya dari Allah Yang Maha Bijaksana.


Hudud, selama ini telah menjadi alat pada ramai dan berjaya memberi manfaat kepada golongan pemuka dan cedera kepada golongan bukan berpendidikan Arab. Sedangkan, hudud adalah hukum yang diajar oleh Allah melalui Al-Quran dengan teras dan objektif menawarkan keadilan dan keamanan. Haji tetap sah walaupun kita pergi menaiki Kapal Terbang yang tidak disebut Al-Quran sama sahnya dengan menaiki Unta, Lembu mahupun jalan kaki seperti Baginda Rasulullah.


Hari ini selepas lebih 50 tahun Malaysia ditubuhkan dengan menjunjung perlembagaan Sivil dan Syariah, semangat undang-undang mencari keadilan seperti yang di perintah Allah tidak pernah padam diperjuangkan oleh kita semua.


Hudud(baca hukum Allah) ada dalam Perlembagaan Sivil dan seperti Perlembagaan Syariah masih terlalu banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki demi keadilan.


Hudud(baca hukum Allah) perlu dilaksanakan di Malaysia mengikut corak Malaysia dan bukan Arab.


Tolonglah sama-sama jadikan hudud satu realiti dan bukan mitos dengan tidak menyempitkan pemikiran kita terhadap undang-undang, perubatan, pendidikan malah kebaikan barat yang sebenarnya ia tetap datang dari Allah SWT, Tuhan semua makhluk dan benda.


Di Malaysia, antara hukuman yang boleh diperbaiki demi mencapai objektif hudud(baca hukum Allah) dengan mengambil kira faktor persekitaran, tahap pengetahuan, kesedaran dan lain-lain adalah hukuman yang diulang oleh pelaku yang sama untuk kali yang keempat.


Bayangkan, hukum sivil hanya mampu memenjarakan pesalah tanpa mengubah dirinya. Pesalah ini sepatutnya menginsafi perbuatan pertamanya dan berusaha untuk berubah, tapi ada yang sudah ditangkap dan dibebaskan untuk kali kesepuluh, ia tetap melakukan jenayah tersebut.


Hukum sivil yang “adil” hanya mampu memberikan “keadilan” pada seorang pencuri susu untuk memberi bayinya yang kelaparan dengan memenjarakannya selama setahun, dan hukum Syariah yang “adil” hanya mampu merotan mangsa rogol yang kekurangan bukti atau 4 saksi dan banyak lagi.


Banyak yang boleh diperbaiki dengan menggabungkan hukum sivil dengan hukum syariah.


Kedua jenis hukuman ini tidak perlu bersaing dan mengelirukan orang ramai sedangkan keduanya selagi menjunjung keadilan ia adalah hukum Allah(baca hudud). Samada menggunakan 4 saksi yang muktabar mahupun rakaman video, DNA atau cap jari ia adalah ilmu Allah.


Sebaliknya, Mahkamah Syariah dan Sivil perlu duduk berbincang dan bekerjasama dalam memberi keadilan dan mendidik pesalah dan “bakal pesalah” dengan kaedah yang lebih efesien.


Malaysia semakin parah, dan semakin tidak selamat dari hati manusia yang dikawal Iblis dan Syaitan. Hukuman sedia ada tidak lagi mampu memberi didikan dan pengajaran kepada penjenayah sebelum dan selepas melakukannya agar tidak melakukannya jauh sekali tidak mengulanginya.


Marilah kita sama-sama memperjuangkan hukum Allah di Malaysia dengan beransur-ansur agar memberi keadilan kepada semua tanpa mengira agama, kerana semuanya hamba Allah Yang Satu.


Semoga satu hari nanti hudud(hukum Allah), dan sivil yang adil(hukum Allah) yang digabungkan akan menjadi hukum Allah yang diredhaiNYA dan menjadi ikutan Negara lain seluruh dunia. Insya-Allah.



Sunday, February 9, 2014

Selangor Juara 32 Kali! Tak Gaduh Pun!


Saya berada di Stadium semasa Selangor tersingkir ke Divisyen 2 dan kereta Presiden FAS di terbalikkan. Saya berada di Stadium semasa Selangor kalah pada Perak 4-2 pada Final Piala FA walaupun mendahului 2-0. Saya berada di Stadium semasa Selangor tewas pada zaman kegemilangan Kuala Lumpur dan Kedah. Saya berada di Stadium semasa Selangor kalah pada Kelantan di awal kebangkitan bola sepak Kelantan di Bukit Jalil. Dan sudah tentu saya dan penyokong Selangor yang lain berada di Stadium untuk perlawanan-perlawanan biasa.

Dari Stadium Merdeka, ke Stadium Shah Alam tidak pernah seingat saya penyokong Selangor bergaduh besar sehingga membabitkan penglibatan polis. Yang ada pun bergaduh sesama mereka kerana hal-hal luar antara Budak Gombak dengan Budak Subang di Pintu 30. Gaduh pun bukan pasal bola atau apa yang terjadi di padang mahupun sebab Selangor kalah tapi gaduh sebab perkara biasa yang orang kita suka gaduh seperti merebut teman wanita, masalah parking, dan kadang-kadang pasal ekzos motor yang bising.

Dalam perihal bola sepak adalah wajar semua pasukan mencontohi Selangor samada pemain, pengurusan mahupun penyokong. Apa yang terjadi dalam padang, ditinggalkan di Padang dan tidak dibawa melintasi garisan putih kedalam terowong. Jika ada pun, tidak melarat sehingga ke campur tangan pentadbiran Kerajaan Negeri dan rakyat kebanyakan yang tidak berkaitan.

Selangor adalah Juara Piala Malaysia 32 kali, Piala FA 5 kali, 8 Piala Sumbangsih dan banyak lagi. Selangor memiliki berpuluh zaman kegemilangan yang disertai kejatuhan. Tapi pasukan dan penyokong Selangor tetap kekal rasional dan profesional.

Jika dikaji, ia mungkin disebabkan semangat kenegerian orang Selangor yang menduduki tempat tercorot berbanding Negeri lain seperti Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu, dan Sabah. Sebagai bukti lihat sahaja politik di Selangor, pemimpin dari luar dibenar menjawat jawatan tertinggi di Selangor.

Untuk mengatasi masalah kenegerian yang tinggi ini adalah wajar FAM memperkenalkan peraturan baru yang melarang pasukan menggunakan bendera Negeri. Penyokong juga dilarang membawa bendera Negeri apatah lagi politik kedalam Stadium. Semua pasukan harus mempunyai bendera Pasukan yang tidak boleh sama dengan bendera Negeri.

Sebagai penyokong bola sepak Selangor, saya sarankan pada semua agar buang yang keruh dan ambil yang jernih. Pada pasukan dan pemain yang terlibat tidak perlulah “propa” lebih sangat, buktikan melalui keputusan perlawanan. Buktikan dengan permainan berkualiti tinggi dan peningkatan mutu. Buktikan dengan pencapaian dan menjulang piala.



Langkah menyamakan peminat Malaysia dengan fanatik bola sepak yang merngorbankan nyawa di England tidak tepat kerana kebanyakan provokasi dan pergaduhan disana bermula di Kelab Malam selepas permainan yang menyaksikan alkohol adalah penyebab kepada pergaduhan. 

Bayangkan, jika di sana mabuk dikatakan penyebab manusia bertindak luar kawalan, kita orang Melayu yang tidak mabuk tapi sedar diri masih memilih untuk berkelahi kerana bola sepak. Ia memang teruk dan ada kemungkinan jika Negeri terbabit tidak tertakluk kepada undang-undang Persekutuan di bawah Perdana Menteri, sudah pasti kerana bola sepak Negeri-negeri ini akan berperang, tentera terlibat, kematian orang awam terjadi dan sebagainya.

Perlu diingatkan, Bola Sepak bukan permainan Lelaki sejati seperi Ragbi atau Hoki Ais. Bola Sepak adalah permainan kepura-puraan, strategi, kemahiran, berpasukan dan sedikit nasib. Itulah peraturannya, dan jika berpegang kepada sifat jujur dalam agama, maka bola sepak Malaysia boleh menggunakan ulangan video seperti dalam permainan Tenis.

Provokasi adalah perkara biasa dalam bola sepak. Kalau tidak mahu di provokasi dan tidak tahan maki, jangan ke Stadium, tapi pergilah ke Masjid atau Perpustakaan ia jauh lebih baik.

Akhir sekali, kalau nak gaduh, jadilah anak jantan, jangan gaduh sesama bangsa dan agama. Boleh ke Syria ataupun Palestin. Barulah anak jantan Ayah.

Kalau hendak mati atau bunuh orang dengan ucap skrip “Biar Mati”, “Hentam Sampai Mati”, “Mati Pun Tidak Apa”,  biarlah mati syahid atau dipenjarakan kerana mempertahankan Keluarga, bangsa dan agama dan bukan mati pasal sebiji bola.