Masa hadapan DEB atau The Future of Affirmative
Action adalah siri ke 15 Perdana Discourse Series anjuran bersama Yayasan
Kepimpinan Perdana dan UiTM yang ditaja oleh Proton. Penceramah pembuka oleh
Tan Sri Azman Hashim dan penceramah utamanya Tun Dr Mahathir. Sempena tarikh
12/12/12, Buku Perdana Discource Series 1-10 dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir.
Selepas beliau pergi memenuhi jemputan lain, beberapa ahli panel yang dijemput
menyampaikan pandangan masing-masing diikuti soalan oleh hadirin bagi
membincangkan masa hadapan DEB. Affirmative Action merujuk kepada dasar untuk mempertimbangkan faktor kaum, gender dan agama dalam
kerjaya, pendidikan dan perniagaan bagi membantu golongan yang
memerlukan bantuan berkenaan mula
digunapakai oleh Presiden Amerika, John F.Kennedy pada 6 March 1961.
Kegusaran panel jemputan dan soalan hadirin terlalu fokus
kepada permasalahan DEB bukan penyelesaian. Dikala isi ucaptama Tun tidak
menafikan DEB mempunyai masalah seperti Ali Baba, jual projek, gopoh dalam
perniagaan, boros dalam mengurus kewangan tapi ia tetap berjaya merapatkan
jurang ekonomi . Tun juga tidak menafikan kelemahan Melayu dan kesukaran
mengubah minda Melayu tetapi untuk kesekian kalinya beliau dengan menegaskan
keperluan DEB bersama keperluan menyedari ia akan berakhir jua satu hari kelak.
Pihak yang mencemburui DEB senantiasa mencari kelemahan dan
kepincangan DEB. Mereka tidak sesekali mahu melihat objektif sebenar DEB,
peranan dan jasa DEB, dan terpenting keberkesanannya dalam merapatkan jurang
ekonomi masyarakat. Fokus kepada permasalahan tidak menyelesaikan masalah,
sebaliknya fokus kepada penyelesaian adalah kunci utama yang bukan sahaja dapat
membantu DEB mencapai sasaran 30%, tetapi juga dapat menjamin equality dan
meritokrasi dapat dijalankan dan kita boleh hidup tanpa syak wasangka antara kita.
Tujuan DEB adalah untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi kaum
di Malaysia dan mahu tidak ia terpaksa mengorbankan meritokrasi dan hak sama
rata(equality) antara bumiputera dan bukan bumiputera.
Atas tujuan utama ini, “The Future of Affirmative Action”
akan gagal kerana selagi DEB hanya diperjuangkan Melayu sahaja kita hanya
mengejar bayang-bayang sendiri. Kek ekonomi Kerajaan diperuntukan 3/10 untuk
bumiputera pantas membesar ke size yang amat besar. Dari 3/10 yang
diperuntukkan, hanya 1/10 sahaja yang dimakan bumiputera kerana selebihnya di
ali babakan, di jual, di sub dan digadai kepada bukan bumiputera. Apakah
kerajaan yang salah dalam etika hina ini, apakah Melayu yang salah atau kaum
bukan
Melayu juga bersalah dan bertanggungjawab mengagalkan matlamat DEB. Keadaan gagal ini diburukkan lagi kerana kek
ekonomi yang dipegang bukan Melayu sebanyak 9/10 tidak diagihkan secara
meritokrasi jauh sekali atas dasar senegara. Orang Cina khususnya yang
menguasai ekonomi dan menjalankan pelbagai jenis perniagaan di semua bidang enggan membiarkan kek ekonomi mereka untuk dikongsi kaum lain. Mereka hanya
membahagikan kek yang mereka miliki kepada kaum mereka sahaja.
Dari pasar ke
pengilangan, dari Perlis ke Johor, orang Cina akan beli barang dari Cina
sahaja. Hasilnya, DEB akan terus gagal mencapai matlamat dan “the
only hope” untuk Melayu bergantung harap adalah berebut kek ekonomi Kerajaan.
Saling
kait tindakan Cina yang mendiskriminasi warna kulit dan dialek dengan DEB adalah kaum lain akan terus marah dan berasa kecil hati dengan DEB tanpa menyedari
mereka juga bertanggungjawab dalam mengayakan kaum mereka sekaligus menambah
jurang tersebut.
“The Future of Affirmative Action” akan berjaya jika KITA bersumpah sebagai 1bangsa. Tiada istilah Cina Malaysia, India Malaysia, mahupun
Melayu Malaysia. Cina, India dan Melayu mampu berfikir, hidup, makan,
bernafas, dan mati sebagai Rakyat Malaysia, menghormati, menyayangi dan membantu
sesama kita tanpa mendiskriminasi warna kulit, dan dialek.
1Bangsa Malaysia tidak akan dicapai jika kita belajar di
Sekolah yang berlainan subjek, berlainan bahasa, dan berlainan peperiksaan. Untuk rekod, SJKC juga kebelakangan ini berani bertindak melampau dengan
“demand” untuk menjalankan kokorikulum sendiri berbanding yang disediakan
Kementerian.
Bolehkah kita lahirkan
1Bangsa jika kita bertutur berlainan bahasa, lebih-lebih lagi Sekolah adalah
tempat membentuk peribadi manusia. Peribadi yang dibentuk SK dan SJK pasti amat
berbeza.
Kesan dari Sekolah yang berlainan, lepasan
Sekolah Cina yang berjaya menjawat jawatan dalam MNC atau menjadi majikan
menawarkan pekerjaan dengan berani meletakkan syarat bekerja dengan mereka
“Chinese Male Preferred”, “Ability to speak in Mandarin is an added advantage”,
dan sebagainya.
Sekali lagi, kaum Cina dari Sekolah Cina sudah pasti enggan
berkongsi kek ekonomi swasta dan kek ekonomi milik mereka dengan kaum lain. Perkara ini bukan rahsia antara kita, syak wasangka antara kita terus subur tanpa disedari.
Hakikatnya, jurang sosio ekonomi antara kaum yang berjaya dirapatkan DEB dijarakkan semula oleh Sekolah Cina yang melahirkan "Chinese Malaysian" yang begitu tebal perkaumannya. Buktinya, banyak kilang, syarikat milik Cina yang hanya mengupah 100% orang Cina. Mereka akan upah Melayu jika perniagaan mereka perlu berususan dengan Kerajaan, atau sebagai buruh kasar sahaja.
Jika berjaya atau gagal DEB tidak menjadi persoalan,
renungkan apakah tujuan utama DEB untuk merapatkan jurang sosio ekonomi dengan
mengorbankan hak sama rata tidak terjejas oleh Sekolah Cina. Kerana amat jelas
Sekolah Cina juga menafikan hak sama rata untuk anak Melayu bersekolah sama
dengan mereka, belajar sama apa yang mereka belajar, dididik sama dengan yang
mereka dididik, mendapat peluang pekerjaan sama besar dengan yang mereka dapat
kerana dialek dan warna kulit mereka, mendapat peluang naik pangkat secara
meritokrasi dan bukan rasis, dan sudah tentu mendapat peluang perniagaan dan layanan yang sama yang mereka beri sesama
mereka.
Bayangkan persaingan antara produk pendidikan Cina sebagai bangsa terawal dunia berusia jutaan tahun, dan produk pendidikan Melayu bangsa paling muda di dunia umpama Gergasi menentang semut. Adilkah?
Kesimpulannya, masa hadapan DEB yang akan menjamin hak sama
rata banyak bergantung kepada 4 faktor utama iaitu;
i) pembahagian kek ekonomi Cina milik mereka sebagai majikan dan perniagaan
ii) pembahagian kek ekonomi Swasta yang 90% Pengurusan dikuasai Cina
iii) pembahagian 30% kek ekonomi Kerajaan yang diambil Cina kembali lebih 20% melalui
Ali Baba dan
iv) kejayaan mencapai bangsa Malaysia yang bertutur dalam satu bahasa dan belajar
di
sistem pendidikan yang sama dan tidak menilai satu sama lain berdasarkan
warna kulit
dan dialek
Sebagai anak Melayu yang menyayangi perempuan Cina lebih
dari orang Cina sendiri, saya percaya masa hadapan DEB tidak akan kemana jika
kita tidak fokus kepada penyelesaian dan hanya fokus kepada masalah DEB.
Umpama
seorang pencuri menjerit pencuri sedangkan jika dia bukan pencuri adalah lebih
baik mengejar pencuri yang sebenar. Soalnya, hak siapa yang dicuri dan siapa
pencurinya?
Sebelum menjawab siapa yang kecurian, dan siapa
pencuri, fikirkan hala tuju kita, jika hala kita berakhir dengan kejayaan
melahirkan bangsa Malaysia tanpa syak dan diskriminasi warna kulit dan dialek,
teruskan langkah tanpa gentar.
Jika hala kita tidak jelas atau salah, ingatlah, episod rusuhan
kaum di Indonesia pada 1998 akibat jurang sosio ekonomi yang besar mungkin
boleh terjadi di Malaysia, malah mungkin lebih buruk padahnya kerana Indonesia
Negara sebangsa, tetapi Malaysia Negara pelbagai bangsa.