Selama 22 tahun menjadi PM, saya bersabar setiap kali PM berkata hubungan kaum di Malaysia amat harmoni dan baik tanpa ada sebarang masalah.
Sebagai penyokong, pendokong dan pengikut setia beliau hingga hari ini, saya boleh terima kerana sebagai pemimpin, walaupun ia adalah perkauman, pemimpin perlu jawab ia bukan perkauman agar tidak menimbulkan rasa gusar dan bimbang di kalangan rakyat.
TAPI, anggota bomba tersebut ditarik keluar dari tempat duduknya dalam Kenderaan Bomba bukan kerana wajahnya wajah African, tapi kerana wajahnya ialah wajah MELAYU Islam!
Justeru, walaupun jawapan menipu itu perlu, tapi ia wajib disertai dengan tindakan jitu merapatkan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia dan itulah kegagalan PM 22 tahun hingga hari ini walaupun dianugerahkan peluang kedua!
Usia Malaysia adalah 55 tahun,Tun Dr Mahathir jadi PM selama 22+1 tahun, hampir separuh umur Malaysia, jadi maafkan saya kerana tidak mampu salahkan DS Najib yang hanya menjadi PM selama 10 tahun.
Sejak 1986 hingga hari ini, Cina di pasar tidak pernah gagal untuk beri harga murah berdasarkan warna kulit...Bila Melayu tanya berapa sekilo, RM 4.00...dan bila Emak saya "speaking", "sam kau pun" RM 3.50.
Sebagai anak Cina, saya sering pergi ke Restoran Cina, Ming Tien Food Court dll termasuk di Jinjang dan tidak pernah gagal mendapat jelingan tidak mesra dari orang Cina!
Bila sudah tua dan beranak, pergi makan ke Nasi Lemak Village Park Dsara Utama, anak-anak kecil Cina pula memandang jijik kami sekeluarga kerana makan menggunakan tangan!
Apakah kita masih mahu menafikan bahawa hubungan antara kaum di Malaysia tidak pernah baik?
Jika kerajaan lama Malaysia, kita boleh terima, tapi tidak Malaysia Baru!
Jika anda baca buku Doctor in The House, mantan PM ke 4 menukil beberapa kekesalannya termasuk kegagalannya menyatukan SJKaum dengan Sekolah Kebangsaan waima hanya sekadar Sekolah Wawasan yang berkongsi padang dan kantin sahajapun!
Namun, apa yang mengecawakan bila Allah berinya peluang jadi PM kali kedua, dia tidak bertindak memperbaiki kegagalannya itu dan sering memberi jawapan menpersalahkan orang lain atas kegagalannya sendiri!
Harga satu nyawa Melayu di bumi Melayusia adalah lebih murah berbanding bukan Melayu. Saya tidak boleh bayangkan jika anggota bomba itu adalah orang bukan Melayu, apalah tindakan kerajaan baru dan Malaysiakini agaknya?
Sebagai pendokong yang berkempen untuk PH selama 2 bulan, saya berharap kerajaan Malaysia Baru dan Tun Dr Mahathir boeh hentikan "bullshit" ini bukan perkauman.
Anggota bomba itu jelas ditarik kerana wajahnya mewakili kaumnya. Kita perlu akui kelemahan untuk memperbaiki kelemahan itu, jika kita menafikan bagaimana kita mahu perbaikinya?
Selama berpuluh tahun kita minta semua rakyat Malaysia pergi ke 1Sekolah untuk saling menyulami santun diri dan cara hidup dengan memansuhkan SJKC tapi tidak pernah dilayan jadi jika ia mustahil dilakukan, maka mansuhkan Sekolah Kebangsaan dan kekalkan 1Sekolah sahaja yakni SJKC agar semua rakyat bersekolah di Sekolah yang sama!
Rapatkan jurang kaum dan jurang ekonomi antara kaya dan miskin walaupun buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, ia tidak disebut dalam Bajet pertama yang dibentangkan Kerajaan Baru.
Tolonglah buatlah apa yang perlu untuk memperbaiki hubungan antara kaum di Malaysia walaupun terpaksa meratakan semua Gua Batu dan Bukit sekalipun!