2. Jika senior-orang tua tidak tahu bila mahu berhenti dan berserah pada Allah, anak muda bawah mereka terpaksa menunggu, lepasan ijazah juga menanti giliran, akhirnya penantian itu tidak berbaloi maka organisasi siapa kuat dia ketua seperti mafia lebih berbaloi.
2010= http://mustaqimabdulrahman.blogspot.my/2010/05/khairy-jamaludin.html
2013=http://mustaqimabdulrahman.blogspot.my/2013/11/khairy-jamaludin-part-2.html
2015=http://mustaqimabdulrahman.blogspot.my/2015/01/khairy-jamaluddin-3.html
2017= Sukan SEA KL 2017
4. Sukan SEA KL 2017 berakhir dan seperti sikap negara ASEAN lain, tuan rumah pasti jadi juara. Kita perlu akui tiada apa/siapa yang sempurna, pasti Sukan SeaKL2017 juga ada atau mungkin banyak kelemahan.
5. Walaupun begitu, kesungguhan dan komitmen petugas, sukarelawan dan kontinjen atlet kita khususnya ChiefDeMission, YB KJ perlu kita hargai.
https://www.youtube.com/watch?v=GkAoH2M6gVI Lihat video ini, perenang Negara berbangsa Sino(Cina Sarawak) Welson Sim, tunduk cium/hormat ketika salam KJ tetapi tidak buat demikian ketika salam TPM Dato Seri Zahid Hamidi.
6. Seorang Cina salam tunduk cium atau tidak cium sekalipun ia tanda hormat pada KJ ChiefDeMission, seorang Melayu - sesuai kata pujangga, jika mahu lihat kebaikan pemimpin/ayah/ketua maka lihatlah pada rakyat/anak/pengikutnya.
7. Bagi yang ikuti blog ini sudah pasti maklum pendirian penulis yang sentiasa kritik KJ sejak zaman Pak Lah lagi hingga kini PM Najib, tapi peranan Khairy dalam SukanSEAKL2017 perlu diiktiraf.
8. Tindak-tanduknya dalam berhadapan Sultan, dalam kawal ragam-kelaku atlet, dalam dorong kemenangan, dalam bangkit ubati kekalahan, dalam berdepan kritikan dan aduan lawan dan lain-lain adalah World class act, leader class act dan gentleman class act dan wajib dipuji.
9. Sebagai anak muda, kita mahu lihat Malaysia dikemudi oleh anak muda bawah 50 tahun seperti Kanada dan France kerana ia buka peluang pada Malaysian semuda 18 tahun untuk belajar kepimpinan dan seterusnya anak muda yang merempit dan berbasikal boleh fikirkan sesuatu yang lebih serius untuk pembangunan tamadun Negara dan Bangsa.
10. Justeru kita harap dan berdoa satu hari nanti ada anak muda BUKAN dari keluarga bekas PM/TPM/Presiden iaitu KJ, Rafizi, Zaidi-PAS Templer,Azmin-bakaltua ;p dll asalkan orang muda jadi PM.
11. Risiko anak muda jadi pemimpin mungkin lebih rasuah dan korup tetap ada tapi ia risiko berbaloi dengan 2 penggal sahaja dibenarkan seperti Perancis dan Kanada.
12. Kita akui pendapat umum yang diguna untuk gambarkan kelayakan matang pemimpin eg haluan kiri ketika mentah(bawah 40), haluan kanan ketika ia matang(40-60) dan haluan tengah bila ia melepasi usia 60 tahun tetapi pola haluan(x) dan umur(y) itu berubah drastik pada zaman Internet ini.
PS: Mark Zuckerberg dikatakan bercita-cita untuk jadi Presiden Amerika termuda tetapi belum bersedia untuk next election.
PS2: Cita-cita saya hanya mahu AlQuran dijunjung di Malaysia. Ahli Parlimen dan JUSA ABC wajib khatam AlQuran dan terjemahan setiap tahun, Gred 20-50 wajib pergi kursus tahfiz dll, penjawat awam baru wajib hafal surah asas serta terjemahannya.