Salam,
Saya harus akui kebanyakan masa saya mengkritik Tan Sri IGP tetapi kali ini didalam kes pembunhan Jong Nam, saya perlu akui Polis bertindak tegas.
Walaupun ada kesilapan sana sini tapi ia masih terkawal. Antaranya;
1. IGP beritahu pemberita bahawa Pegawai Kedutaan Korea Utara antara yang dipercayai terlibat sedangkan sepatutnya PMO/Wisma Putra/Kementerian Luar patut buat kenyataan rasmi terlebih dahulu. Tetapi memandangkan kekurangan ajar Duta Korea Utara, tidak perlu Malaysia tertib beritahu mereka sedangkan mereka tidak mahu tertib dengan kita.
2. Passport si mati atau mangsa bukan Kim Jong Nam tetapi Kim Chol justeru adalah silap bila Polis dan Pihak Berkuasa berterusan guna nama Kim Jong Nam sedangkan identiti mangsa adalah Kim Chol.(belum disahkan DNA).
3. Bertegas. Polis tidak tunduk pada tekanan Korea Utara dan proksi mereka sungguhpun dialas sebab mereka bukan Amerika atau China, tetapi ia tetap adalah tindakan terpuji.
4. Pihak Polis bertindak cepat arahkan mayat Jong Nam di bedah siasat, walaupun pada ketika itu tidak salah dan lebih profesional jika dapat menghadirkan beberapa "pakar" bedah siasat mayat bebas ie Thai, Singapore, China, dll namun better late than never. Kelambatan akan buka peluang pada Korea Utara persoal integriti bahan bukti.
5. Pihak Polis dalam bidang kuasanya bertindak betul kerana kekurangan maklumat ketibaan Jong Nam oleh Imigresen kerana beliau menggunakan identiti palsu. Mungkin ini masanya Imigresen Malaysia menaik taraf sistem pengecaman muka di pintu keluar masuk KLIA.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment