ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, March 2, 2017

Gempar Dalang Sebenar Remaja Berbasikal Maut Di Johor Didedah!!!

Mangsa Basikal JB maut bukan salah Kerajaan, bukan salah Pemandu, bukan salah Ibu Bapa tetapi salah tayar!!! Tayar basikal dan tayar kereta keduanya adalah dalang utama tragedi itu.


Sakit otak? Baca dibawah untuk sakit hati pula!

Saya diilham Allah cipta analogi pinggan semasa "mengurat dan memujuk" isteri saya ketika berusia 24 tahun. Pinggan dilihat dari atas kerana itu norma masyarakat, tapi untuk adil dan untuk menilai pinggan kita perlu lihat dari sisinya dan juga dari bawah pinggan kerana di situ terletak sumbingnya, asasnya, jasanya, nilainya dsb.

Lebih penting kita perlu lihat pinggan dari sudut ketika pinggan itu tiada dan ketika ia pecah berderai.

Pisau bukan analogy ciptaan saya, tetapi saya suka gunakan pisau sebagai contoh menggambarkan pilihan manusia memilih pisau untuk memudahkan hidup diri dan orang lain atau menyusahkan hidup diri dan orang lain ie bunuh diri/cederakan orang dll.

Namun terbaru ketika tonton Wawancara TV Bernama bersama Tan Sri Azman Mokhtar CEO Khazanah, saya suka penggunaan beliau pada pisau. Katanya, teknologi(kemajuan) adalah subjektif ... seperti pisau, ia dicipta untuk kebaikan, ia juga digunakan untuk keburukan. Ringkas dan padat!

Jelaslah ada kemajuan, ada harga yang perlu dibayar dan ini termasuk nyawa 8 orang Remaja tidak disebut 4 lagi yang hilang keupayaan kekal.

Sebut sahaja Negara Maju mana, ia maju dengan "korban". Baik Singapura, Dubai, Mekah, Amerika(paling ramai rakyat sendiri gelandangan), Jepun(Filem Last Samurai Tom Cruise) dan lain-lain.

Kemajuan Negara dipilih oleh pemimpin, walaupun ia sering "dikaitkan" dengan kehendak rakyat yang mengundi, ia tetap tidak adil hanya menyalahkan ibu bapa atau rakyat marhaen bila kemajuan "lead disaster".

32 tahun dahulu, pertama kali saya ke JB ada satu Taman di JB berhampiran Komtar yang sediakan satu trek besar untuk anak remaja bermain kasut roda. Amat besar dan penuh anak muda bermain Kasut Roda di kawasan itu.

12 tahun dahulu, saya bawa bakal isteri ke Pantai Lido, Jam Besar JB, dan Danga Bay. JB kekal miliki tarikan sendiri dan berjaya mengekalkan "humane" nya.

Namun, rakusan membangunkan JB kecuali Hospitalnya telah menghilangkan kerohanian Johor Bahru. Seperti Singapura, San Fransisco dan UAE, ia boleh megah dengan batu dan konkrit bukan dengan kasih dan empati penduduk.

"A glance" untuk orang luar yang tidak tahu mana yang disebut JB. "First Timer" akan fikir Tol terakhir dari KL adalah JB, dan jika dari Kota Tinggi mereka akan fikir masuk ke kawasan Senai adalah JB, dan jika dari Pontian mereka akan fikir Bandar Tenggara(Angsana) adalah JB.

Orang Johor tidak panggil Johor Bahru tetapi sebut Johor, jadi jangan terpana jika anda diberitahu rakan di Muar /Batu Pahat mereka mahu pergi ke Johor.

Berkerja di City Square Jalan Wong Ah Fook dan inap di Hotel New York selama 3 bulan, saya rumuskan untuk ke JB Sentral/Tambak/Komtar/hujung Johor hanya ada 3 jalur utama.

Kiri, kanan dan tengah.

Kanan(Selat Melaka) adalah Danga Bay(kini Forest City).

Kiri (Laut China Selatan/Batam) berhampiran Stulang(Jeti/Lori Kastam).

Tengah adalah dari New York Hotel, dan terletak pelbagai perumahan.

20 tahun dahulu, dari Stulang ke Danga Bay jalannya sempit dan melalui puluhan Lampu Isyarat sekitar Jalan Mahmoodiah, dll. Adalah lebih mudah dan indah jika turun ke Jalan Wong Ah Fook dan menyusuri Jalan Istana Lama untuk ke Danga Bay.

Tetapi hari ini(sejak 2006) Tengah, Kiri dan Kanan Johor Bahru disambungkan oleh Lebuhraya 4 Lorong sehala dan jalan ini senantiasa dibesarkan untuk menyambut orang Singapura.

Lalu soalan di benak dulu, kini dan selamanya adalah dimana anak-anak ini akan pergi bermain?

Adakah Taman Awam percuma seperti di KLCC, Bukit Nenas, Titiwangsa di lingkungan ini?

Adakah Lorong Basikal atau Lorong Motorsikal di Lebuhraya 4 Lorong yang terletak di hadapan atau berdekatan rumah mereka?

Kawasan itu seperti Kg Baru? TIDAK!

Ia lebih teruk lagi, ia terlalu dihimpit pembangunan. Gambaran lebih tepat ia rumah anda terletak di tengah Lebuh Raya 4 Lorong PLUS KL Seremban, kemanakah anak remaja anda akan pergi bermain?

Bolehkah anak ini dapat aman untuk tidur pada jam 3.00 pagi? Bincangkan!!!!!!!!!!!!!!

Nasib baik DBKL masih ada humane dan rohani lagi. Di KL anak ini boleh main di Tasik Perdana, Tugu Negara, Tasik Titiwangsa yang hanya perlu berbasikal kurang 2 km sahaja. Dan kurang 1 km jika mereka bermain di KLCC dan Bukit Nenas.

Tapi dimanakah anak JB mahu bermain bila semua tanah yang ada dibangunkan hingga tiada tempat untuk mereka bermain dsb.

Depan Hotel The Zone, ada Flat dan perumahan, dimana anak ini bermain jika kawasan Stulang dibangunkan sebegitu rupa?

Belakang Talya Hotel, ada sebaris rumah Cina yang saya kenal Ah Kong rumah "corner" itu, dia tidak mahu pindah justeru adalah risikonya jika ada cucu dan cicitnya disitu, dimana mereka boleh pergi bermain?

YA! Dia salah kerana memilih untuk tinggal disitu dan bergelut dengan "Harimau". Tetapi, bolehkah hanya salahkan dia sedangkan "Harimau" mahukan pembangunan tanpa mengekalkan rohani JB.

Silap haribulan, Harimau rakus makan anak arnab hingga habis, tanpa beri peluang arnab itu membiak, akhirnya Harimau itu habis makanan dan mula makan sesama sendiri, kemudian bila habis berbunuhan sesama sendiri ia akan menyerang kita pula.

YA! Ibu bapa Anak Berbasikal ini memang salah biarkan anak mereka di luar pada jam 3 pagi untuk bermain basikal, apa jua alasan diberikan ada salah mereka tetapi tidak sesuai jika ia dihujah oleh orang Kampung yang jam 8 malam semua kedai sudah ditutup dan 90% kereta sudah berada di rumah, sepi.

Ibu bapa ini kehilangan anak yang pergi bermain basikal jam 3 pagi, pada saya mereka harus bangga anak mereka tidak susahkan orang lain, tidak merampas harta dan hak orang dengan rasuah, tidak membolot harta pusaka, tidak menafikan hak anak yatim, tidak jual dadah dan merosak hidup orang lain, zina, dsb.

Malah mereka mati pun tidak menyusahkan orang lain, kecuali orang yang terasa pedas kerana makan cili!

Jika pemandu Gadis Cina itu berasa susah dan trauma, saya kasihan padanya kerana dia sudah bunuh 8 orang Remaja dan tidak tampil berkongsi kesedihan dan jelaskan ia bukan kemahuannya sebagai "damage control". Lebih lagi janganlah dia dan keluarganya salahkan anak-anak ini kerana situlah Taman Permainan mereka yang "terdekat". Saya harap beliau jadilah VRP -Very Responsible People!

Salahkan Kerajaan yang kutip Cukai tetapi tidak sediakan kemudahan asas jauh sekali "jaring-jaring" keselamatan yang membolehkan tragedi ini dielakkan.

Siapa ingat Rakan Muda cetusan D.S. Anwar Ibrahim yang jika masih dikekalkan sudah tentu menjadi aktiviti pilihan remaja berbasikal ini! Kerajaan Negeri bertanggungjawab perbanyakkan aktiviti untuk anak Kota ini.

Letih salahkan Kerajaan maka kita salahkan tayar, salahkan pencipta tayar kemudian salahkan getah yang dijadikan tayar, salahkan pokok kerana keluarkan getah, dan akhirnya kita salahkan sahaja Tuhan yang mencipta kita semua.

Wallahualam.

PS: Kerana sebiji bola manusia bergaduh, jangan kerana dua huruf manusia berbunuh dan menganiaya!

PS 2: Simple Math jika Tasik Perdana, Tugu Negara, Tasik Titiwangsa, Tasik Keramat, Setiawangsa dan Bukit Nenas dibangunkan sebagai Jungle City, dimanakah anak Remaja KL mahu bermain? Dalam Lombong Bauksit?

PS 3:  Kita mahu Bola Sepak Negara maju, tetapi semua padang Sekolah dibuat Bangunan. Anak Murid tiada padang bermain bola, tetapi bila ranking jatuh kita marah!

PS 4: Atuk Saudara saya memiliki tanah luas di Sg Buloh. Sebahagian besar tanahnya di buat jalan dan diguna ribuan kereta setiap hari diberi nama Jalan Rahidin. Dia tidak dapat Istana di dunia untuk mengagungkannya tapi dia dapat akhirat yang memuliakannya. Kita?

PS 5: Kerajaan galakkan jutaan warga asing Bangladesh, China ke Malaysia tetapi tidak menambah bilangan Hospital Awam jauh sekali katil di Hospital. Apakah 2 juta warga asing di KL ini tidak akan sakit? Tidak akan mengandung? Bila mereka ke Hospital sumpah Doktor tidak membezakan pesakit waima kenegaraan, jadi apakah salah Rakyat juga bila mati lambat dapat rawatan di Hospital? Harap JB jangan ulang silap ini!

Moral: Jangan salahkan orang, salahkan diri sendiri, sebelum pangkah ingat sakit otak dan sakit hati ini. Selepas pangkah mungkin Kerajaan Baru lebih teruk, jadi yang terbaik duduk atas sejadah berdoa pada DIA!

No comments: