ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, February 1, 2017

Sultan & Raja Melayu Perlu Berubah Supaya Tidak Pupus Atau Dihapuskan!

Sebelum memulakan bicara saya ingin lindungi diri saya dengan berikrar "Saya taat setia kepada YDP Agong dan 9 Raja Melayu mengikut dan menjunjung Perlembagan Persekutuan Malaysia"

Namun, jika Raja-Raja Melayu mahu anggap saya sebagai Jebat Setia Tuhan dan Bukan Tuah Setia Raja, maka terpulanglah pada kebijaksanaan kalian hamba Allah.

Untuk rekod, Malaysia adalah satu-satunya institusi Raja yang masih bertahan dengan kuasa tertentu dan kedaulatan jika diambil perbezaan Raja Thailand, Raja Arab, Sultan Brunei dan Jepun yang lebih menyerupai Maharaja(Satu Raja Satu Negara).

Buktinya, walaupun 9 Raja Melayu dan Kerabat mereka telah setuju terima "Term & Condition" media sosial ie FB, Twitter dll, mereka tetap tidak boleh dihina dan dicerca seperti pengguna yang lain.

Kecanggihan teknologi komunikasi telah mengakis serta merobohkan "dinding" kesetiaan pada Raja dalam jiwa rakyat Malaysia khususnya Melayu. Rakyat tidak sedar sepertimana mereka tidak sedar dan terlupa kemanisan berjanji-temu berjumpa ketika zaman tiada Telefon Mudah Alih.

Perubahan menarik oleh Raja-Raja Melayu pada 2017 dimana terlihat Keluarga Raja mula mengorak langkah melawat mangsa banjir, kemalangan, dan menyertai acara-acara rakyat lain.

Malangnya perubahan kecil itu tidak cukup kerana Raja dan Sultan sudah semakin pudar dari tutur kata dan sanubari kehidupan rakyat seharian.

Tidak seperti dahulu, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu memandang tinggi Sultan dan Anak Raja seperti "near God" kerana itulah persepsi yang dibenih dalam minda rakyat melalui alat-alat propaganda Kerajaan.



Kelahiran Media Maya pada hari ini akibatkan tingkah laku Kerabat mereka tidak lagi mampu disembunyikan. Gambar dan video FAMES Fasik, Angkuh, Munafik, Ego, Sosial, malah dalam tabii luar biasa serta tidak bermoral berterbangan dalam dunia internet tanpa batas.

Jika dahulu Nenek Moyang Raja Melayu amat benci pada Orang Inggeris kerana menghina Melayu, kini anak cucu mereka ramai tidak fasih berbahasa Melayu dan majoritinya amal cara hidup bukan Melayu Asli.

Kesannya?

Mungkin Raja-Raja Melayu tidak pernah fikir secara mendalam kesan setiap perbuatan mereka semasa dan sebelum menaiki takhta, sebelum dan selepas mereka lakukan, tetapi, ia tetap meninggalkan kesan terhadap kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada mereka.

Lebih malang bilamana tiada satupun rakyat yang berani tampil ke hadapan untuk menegur Raja-Raja Melayu dan Putera-Puteri Raja melainkan dengan menjilat dan mencium punggung mereka(direct translate Bahasa English) hinggakan kebenaran hanya mampu Raja-Raja nikmati dalam mimpi sahaja.

Untuk itu, saya rakyat Selangor dan rakyat 9 Raja Melayu yang pernah sumpah setia pada Sultan Salahuddin Alam Shah dan keturunannya sejak kecil memohon ampun jika terpaksa menjadi Jebat dengan mengatakan dengan jelas dan nyata;

" Sultan dan Raja Melayu Perlu Berubah Demi Kelangsungan Institusi Raja Melayu!"

Jangan alpa dibuai kata-kata bodek para pembodek.

Ini bukan zaman lesung batu dan kegagalan menurunkan pemimpin rasuah, Raja terpalit sebagai subahat di mata rakyat. Ini zaman blender, makin kuat pusing makin dihormati.

Sikap "ignorance" tidak membantu Raja dan alasan "Raja Atas Politik" sudah basi dan tidak akan diterima oleh rakyat masa hadapan(anak-anak kita berbeza dengan kita) yang semakin bijak menilai.

Sayugia janganlah Raja-Raja Melayu lupa bahawa sejarah hari ini tidak lagi ditulis oleh pena kerajaan sebaliknya ia ditulis oleh Keyboard Warrior dimana fitnah adalah mutiara dan persepsi menjadi kitab.

Saya mengaku pernah bencikan Raja dan mahu institusi Raja yang kian lama kian membesar dan perlu peruntukan yang besar berakhir tetapi selepas membaca buku Tun Dr Mahathir, saya insaf dan sedar bahawa keunikan Raja Melayu yang membawa kemerdekaan Malaysia tanpa pertumpahan darah.

Buku tersebut juga sedarkan saya, betapa Malaysia perlukan Raja-Raja Melayu sebagai benteng agama Islam yang terakhir.

Justeru, kelangsungan Raja Melayu perlu dikekalkan, dan institusi Raja perlu dipertahankan dari kepupusan. Dan ini tidak boleh dilakukan oleh sesiapa melainkan Sultan dan Raja Melayu sendiri.

Jika takdir Tuhan menentukan ia terjadi, institusi Raja bukan dihapuskan oleh rakyat sebaliknya oleh Raja dan Keluarga mereka sendiri.

PS:

Sejarah Indonesia tertulis bahawa semua Raja dan Keluarga Raja dibunuh atau dihilangkan sejurus selepas Republik Indonesia capai kemederkaan.

Perkara ini tidak terjadi di Malaysia membuktikan Raja-Raja Melayu jauh lebih baik dari Raja-Raja di Indonesia. Semoga apa yang terjadi di Indonesia tidak terjadi di Malaysia dan 9 Raja Melayu kekal menunjang Islam hingga kiamat. Pilihan ditangan Tuanku sekalian.

No comments: