Pepatah Inggeris ada mengatakan;
“Yesterday is a history, today/future is a mystery!!!
Justeru, sesiapa jua tidak layak untuk menukar tanda soal tajuk diatas kepada tanda seruan.
Namun, kita perlu belajar dari sejarah, semua termasuk sejarah kemanusiaan.
India adalah tamadun paling awal di dunia tetapi kasta menjadikan India Negara miskin di dunia sejak dahulu hingga hari ini selain tidak pernah mengecapi puncak dunia seperti China, Inggeris dan Arab.
Bagaimana kasta boleh terjadi di India?
Ia mula terjadi bila para Raja India dan golongan elitis menghantar anak mereka ke Sekolah elitis sahaja.
Anak Raja yang juga bakal Maharaja India ini tidak bercampur dengan anak orang miskin justeru ia menghalang Baginda dari memahami sesiapa melainkan diri sendiri.
Keadaan semakin memburuk bila ia berterusan selama beberapa generasi, hingga berates tahun dan akhirnya ia diterjemah kepada 5 kasta.
Apa yang mahu dilakukan MRSM bakal menjuruskan Malaysia ke masalah yang sama.
Tindakan Si Bijak Pandai mengusulkan MRSM Berbayar ini baik dan terpuji, tetapi menyelesaikan masalah dengan masalah bukan pilihan terbaik dan tidak menyelesaikan satupun masalah.
Fikirkan, siapa yang akan menghantar anak ke MRSM Berbayar ini?
Dan jika sejarah India tidak cukup sebagai rujukan, kita perlu tahu Sekolah Berbayar sebenarnya berada di mana-mana dan secara meluas di Hong Kong dan ia ada diMalaysia sebelum ini, nothing new.
Istimewanya, semua Sekolah Berbayar di seluruh dunia mengguna sistem yang sama iaitu dijalankan dan dimiliki oleh pihak Swasta.
Sebaliknya Malaysia bakal menjadi Negara pertama dunia dalam sejarah dunia manusia bertamadun yang akan mempunyai sekolah berbayar yang dijalankan dan dimiliki oleh Kerajaan.
Anda perlu menjawab persoalan ini;
"Jika MRSM Berbayar diwujudkan dan dijalankan Kerajaan, siapa yang akan mengisi jawatan elitis di sector awam, KWSP, Khazanah, Telekom, TNB dan NGO lain?"
Sungguhpun tanpa MRSM berbayar pun, golongan elitis ini berjaya wujudkan “ivy league mereka sendiri” dimana jawatan elitis NGO sudah lama dikuasai dan diwariskan secara warisan/feudal(dari bapa kepada anak) oleh kelompok keluarga yang sama.
MRSM Berbayar milik Kerajaan ini jelas bukan sahaja akan hancurkan kontrak sosial antara kaum, malah merosakkan “binding/ikatan” sesama Melayu selain. Hancur, sehancurnya.
Saya tertarik untuk menyamakan MRSM Berbayar Kerajaan dengan filem God of Egypt dimana jika Neraka dan Syurga menjadi milik manusia, sudah tentu Menteri di Malaysia akan meletakkan harga untuk masuk ke Syurga atau lebih dikenali Syurga Berbayar.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya tidak boleh mengkritik tanpa memberi cadangan.
Justeru, saya ingin cadangkan agar MRSM melakukan “twinning programme” dengan pihak Kolej/Universiti Swasta tanpa satu sen pemilikan Kerajaan dan menawarkan programme “A or O Level” kepada pelajar Tingkatan 3 yang cemerlang dan mampu membayar.
Pihak Universiti dan Kolej Swasta juga dengan mudah boleh membentuk anak-anak ini agar mendapat “exemption” semasa mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Degree kelak.
Ia bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada ramai malah kepada pesara Guru yang masih berbisa dan sihat untuk berkhidmat kepada masyarakat selain dibayar lumayan.
Asrama? Bolehlah sewa Hotel 5 Bintang untuk mereka.:)
No comments:
Post a Comment