ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, February 3, 2017

Premis Judi vs Jamal: Apakah Negara Kita Di Tadbir Oleh Kongsi Gelap

Ini apa yang saya faham dari matapelajaran Sejarah di Sekolah dahulu tanpa saya membuka Yahoo, Google atau Buku Sejarah. Terima Kasih kepada Cikgu Fatimah, Cikgu Sejarah TIKL 97.

Pendatang China membawa bersama mereka masalah dan perseteruan kongsi gelap dari Negara China yang terbahagi kepada Ghee Hin dan Hai San.

Selain dari perebutan kawasan, perlindungan premis perniagaan dan Lombong Bijih Timah, kedua kongsi gelap juga bertarung demi menguasai arak, judi, pelacuran dan lebih penting, ketakutan masyarakat pada mereka.

Di sini lahirnya politik Cina di Malaysia iaitu Kapitan termasuk Kapitan Yap Ah Loy(Atuk Saudara saya berasal dari Kampung Sama dengan Nenek saya Yap Siew Mui di Kg Guandong). Kapitan ini sebenarnya lebih berfungsi untuk menyatukan kongsi gelap agar tidak bergaduh dan KL dapat dibangunkan.

Malangnya, sejarah sekolah tidak mencatat kongsi gelap Melayu, samada memang tiada atau ia lebih dikenali sebagai Gelanggang Silat ketika itu. Wallahualam.

Dari kecil saya memiliki 2-3 Pakcik yang terlibat dalam Gangster Melayu dan Cina yang mendakwa Bapa saya juga Gangster(saya tidak percaya sebab dia nampak alim). Usu dan Hock Sifu sering berkata pada saya, Polis perlu berkawan dengan Gangster bagi menjaga keamanan dan untuk mendapatkan maklumat. Satu perkara yang saya dimomokkan sejak kecil, entah mahu percaya atau tidak.

Sebagai anak watan KL(KgBaruGombak)Bapa-Selangor(SelayangKepong)Ibu, saya membesar disini dan tidak terelak dari mengharungi badai dugaan dan cabaran Kuala Lumpur.

Dadah, judi, arak dan underworld bukan suatu yang "budak KL" dengar selepas sekolah, ia bermula di Sekolah. Bagi yang ligat, bukan sekadar dengar, tetapi ia semudah memilih perasa air semudah itulah kami mahu pilih untuk terlibat sejauh mana, atau sekadar terlibat dengan cerita-cerita kawan yang terlibat.

Saya dan rakan-rakan ramai yang terjebak dengan mesin kuda RM 1.00 seawal 1997 dan ramai antara rakan yang habis bukan ribu atau puluh, tapi ratusan ribu. Boleh dikatakan, premis judi menjadi rumah ketiga selepas rumah dan Sekolah.

Pada 1997, mula-mula Polis datang "pau" Gemuk(Taukey Judi yang juga kawan kami), kemudian lama-lama Polis pula yang main.

Selepas 10 tahun tidak jejak premis judi, sekitar 2008 saya hantar Suntek(penyewa dan pekerja sambilan saya) ke tempat kerjanya di Premis Judi di Gohtong Apartment Batu Caves pada malam raya(malam orang bertakbir).

Penuh umat Islam dalam premis itu, dan hampir semua adalah "abam-abam"  Polis dan Suntek kata itu perkara biasa baik era Khir Toyo BN mahupun Tan Sri Khalid PKR ataupun YB PAS Selayang.

Jadi saya nampak sejarah penglibatan judi mesin "abam-abam" polis. Malah, sepupu saya Wong juga memiliki 4 premis judi yang dibuka secara usahama dengan Anggota Polis dan Pegawai MPS(PBT).

Jujurnya, sebagai anak campur KL, saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan judi, arak dan pelacuran. Ya, Islam melarang, tapi realitinya, ramai kawan-kawan Islam yang terlibat dengannya seawal sekolah.

Pada kami, ia lebih kepada supply dan demand. Tiada demand, maka tiada supply. Tiada pendedahan samada internet ataupun masyarakat, tiada demand. Macam bangau, akhir sekali yang salah adalah pengguna dan orang yang mempergunakan baik peluang mahupun salah guna kuasa.

Namun, apa yang merunsingkan saya adalah apakah polis dalam kawalan atau tidak? In control, or out of control?

Ketakutan yang diwujudkan kongsi gelap adalah sengaja bagi menempa nama dan juga kuasa. Orang ramai tidak akan tunduk pada kongsi gelap jika mereka tidak takut.

Dan keadaan selama ini "in control" dimana orang awam berasa tidak takut kerana mereka yakin pada pihak polis(walaupun saya tahu ada beberapa tempat "hitam" yang sebaliknya dan mereka bayar duit perlindungan).

Namun secara keseluruhannya majoriti rakyat yakin pada polis dan tidak takut pada kongsi gelap dalam kehidupan harian.

Terbaru tindakan polis menangkap dan mereman Jamal Ikan Bakar kerana menyerbu premis judi membimbangkan masyarakat.

Bayangkan jika Jamal, seorang public figure, Ketua Bahagian UMNO, jutawan dan dilindungi polis pun tidak kebal dari hentakan Kongsi Gelap Tokey Judi, maka apa akan jadi pada rakyat biasa?

Saya boleh faham dari semua sudut, baik politik dimana Jamal meraih keuntungan politik dan bakal bertanding sebagai Pahlawan Melayu lawan judi, atau dari sudut 3 Line dan Gangster Jamal yang berentap kawasan judi, mahupun Polis menangkis persepsi Jamal Kebal TETAPI, persepsi adalah realiti dalam zaman internet dan whatsapp ini.

Persepsi rakyat seperti yang saya kata, "apa akan jadi pada rakyat biasa"?

Apakah Kongsi Gelap Ghee Hin dan Hai San sudah kembali berkuasa bersama pelaburan billion China, ataupun Kongsi Gelap 666, 08, Geng itu ini dan bermacam lagi yang semakin berkuasa kerana ini zaman "cash is king"?

3 tahun saya menghambakan diri pada PDRM seluruh Malaysia, dan saya tahu ramai polis yang masih mempunyai hati dan baik hati. Saya IPD Dang Wangi terletak di Pasir Mas Kelantan, IPD JB Selatan adalah IP Jenayah paling tinggi, dan saya tahu ada anggota polis yang berkerja dengan jujur.

Ayuh PDRM, jangan biar persepsi Negara Malaysia ditadbir oleh kongsi gelap dinikmati penjenayah kerana yang patut berasa gerun pada PDRM ialah penjenayah, bukan PDRM gerun dengan penjenayah dan cash mereka.





No comments: