Di Indonesia, Partai Komunis Indonesia dari Sharikat Indonesia di kuasai oleh ulama yang dihormati. Komunisme hanyalah satu doktrin, sama seperti demokrasi, malahan dari setengah sudut, komunisme lebih baik dari demokrasi yang membolehkan sebuah parti berkuasa mencuri duit rakyat dan menindas mereka.
Sebagai Cina dan muallaf, Emak tidak bertudung, lebih lagi di Malaysia ketika itu, Islam bukan milik JAKIM, atau penceramah popular yang lebih mengejar rating dan populariti berbanding kebenaran. Yang lebih utamakan periuk nasi berbanding "jihad" menentang rasuah dan pecah amanah!
Masalah lebih meneruk bilamana Abah saya adalah seorang Guru Agama yang mempunyai ramai anak murid. Selain mengajar ilmu tarekat, Abah juga mengubati orang, tapi bukan Bomoh dan bukan Anti Sains.
Abah hanya mengubati orang yang sudah tidak mampu diubati Doktor dan Sains, dan Bomoh lain. Jika pesakit tidak pernah jumpa Doktor, Abah akan suruh pesakit pergi berubat dengan Doktor kerana Sains juga ilmu Allah katanya.
Malah kata Abah, kebanyakan sakit lebih afdal diubati ilmu Allah Sains berbanding ilmu Allah jampi kerana penerangan, bukti, kajiannya lebih mudah difahami terus dapat mengelakkan fitnah.
Malah kata Abah, kebanyakan sakit lebih afdal diubati ilmu Allah Sains berbanding ilmu Allah jampi kerana penerangan, bukti, kajiannya lebih mudah difahami terus dapat mengelakkan fitnah.
Bila membesar saya malu dengan kawan-kawan dan saudara kerana emak tidak bertudung. Jangan mimpi, saya tidak pernah ada sekelumit hama malu pun malah bangga ada emak yang sebaik Malaikat walaupun dia tidak bertudung.
Saya fikir tiada wanita dalam dunia ini yang boleh memberi bilik dan katilnya untuk Madu mudanya berssama suaminya dan dia tidur dengan anak-anak. Bukan sehari dua, tapi 6 bulan.
Saya fikir tiada wanita dalam dunia ini yang akan mengejar Madu mudanya lari dari rumah kerana merajuk dengan suaminya. Dalam baik punya pujuk, Madu mudanya curi semua wang tabungnya RM 300(tahun 1989) dan dia tidak pernah beritahu suaminya.
Saya fikir tiada wanita dalam dunia ini yang akan memandu kereta jam 2 pagi ke Kampung Madu Mudanya untuk memujuk Madu Mudanya di rumah ibu bapanya.
Saya fikir tiada wanita dalam dunia ini yang akan diam selepas dipukul suami kerana difitnah Madu Mudanya yang "cucuk" suaminya yang dia curang bersama lelaki lain. Emak bukan sahaja tidak memusuhi Madunya, malah dia marah bapa saya kerana tidak hantar ibu Madunya ke Hospital Mata Tun Hussein PJ.
Saya fikir tiada wanita dalam dunia ini yang akan diam selepas dipukul suami kerana difitnah Madu Mudanya yang "cucuk" suaminya yang dia curang bersama lelaki lain. Emak bukan sahaja tidak memusuhi Madunya, malah dia marah bapa saya kerana tidak hantar ibu Madunya ke Hospital Mata Tun Hussein PJ.
Saya fikir tiada wanita dalam dunia ini yang sanggup berkerja 21 jam sehari(Emak akan tidur jam 1 pagi selepas buat karipap dan bangun jam 4 pagi untuk goreng karipap berniaga di Kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kg Baru), dimana, suaminya tidak berkerja kerana suaminya sibuk menuntut ilmu agama, madu mudanya pun tidak berkerja.
Saya fikir tiada wanita dalam dunia ini yang tidak mahu berpakaian cantik apatah lagi pada Hari Raya dimana entah berapa kali saya lihat Emak tidak pernah ada Baju Baru sedangkan boleh disimpulkan wang 2 keluarga datang dari jerihnya sendirian.
Dan, tiada wanita dalam dunia ini yang tidak akan cerita, tidak akan ungkit walau sekalipun, melainkan Rubiah bt Abdullah @ Wong Sui Yoon sejak berkahwin sehingga hari ini selepas 20 tahun Arwah Abah tiada tidak pernah sekalipun cerita, ungkit dll dengan sesiapapun waima dengan anak sendiri dan saya(semua yang saya ungkit dalam ini saya adalah saksi mata kejadian)
Allah SWT berjanji jelas dalam AlQuran, manusia tidak akan rugi sesen pun dalam perniagaan yang menguntungkan bersama Allah dimana Allah akan ganti, dan Allah terima semua jenis derma, baik rela mahupun paksa kecuali derma orang kafir.
Untuk semua sebab penderitaan Emak yang saya seorang sahaja suka ungkit, maka saya pernah isytiharkan diri saya anti tudung kerana ramai orang menghinanya tidak bertudung.
Jangan salahkan saya, kerana orang bertudung ini biasanya perasan lebih beriman dari orang yang tidak bertudung. Mereka ahli Syurga, dan yang tidak bertudung adalah ahli Neraka sedangkan iman tidak diukur dari wang, penampilan dsb, sebaliknya Allah kata dalam AlQuran aku melihat hati manusia.
Sekitar tahun 2000, keadaan makin teruk dimana 99 dari 100 wanita pakai tudung buka kerana Allah sebaliknya kerana fesyen, kerana suami, kerana cantik dan mereka tidak ikhlas padaNYA,
Malangnya, pada hari ini, saya lihat ramai wanita yang saya kenal yang dahulunya tidak bertudung dan kini bertudung memaksa malah memarahi anak kecil mereka kerana tidak bertudung. Selain marah, mereka juga memandang hina orang yang tidak bertudung sedangkan mereka sendiri pun sudah tua baru pakai tudung.
Saya sendiri pernah ditinggalkan kekasih hati dengan alasan kerana Emak saya tidak bertudung maka saya dilahirkan Ahli Neraka maka saya tidak layak bimbingnya.
Akhirnya, selepas menunaikan Haji 2008, Emak bertudung sepenuhnya. Alhamdulillah, sekurangnya, dia pakai tudung kerana takut pada Allah, bukan kerana Sekolah, bukan kerana takut pada Ustaz atau jelingan jiran, bukan kerana rambut tidak cantik, bukan kerana ibu bapa, bukan kerana suami, Fesyen dsb.
Isteri saya sendiri memakai tudung selepas berkahwin maka berpuluh kali saya ingatkan, jika dia pakai tudung kerana saya maka bukalah tudung itu, saya lebih rela menanggung dosa tidak tutup aurat berbanding tanggung dosa menduakan Allah kerana isteri takut saya bukan takut Allah.
Lebih jelas, isteri samakan saya dengan Allah yang tiada banding itu.
Lebih jelas, isteri samakan saya dengan Allah yang tiada banding itu.
Jika isteri saya berjaya betullkan niatnya, nawaitu serta "submission" pada Allah dia pakai tudung kerana takutkan Allah, maka tiada yang lebih indah dari itu kerana kita perlu ikhlaskan kepada Allah.
Emakku tidak bertudung, dan bertudung kerana Allah!!! ANDA? Ramai yang bertudung kerana suami! Sekolah! U! Kerja!
Wallahualam.
Wallahualam.
PS: 6 Penderitaan diatas hanyalah secebis dari beratus penderitaan Emak, Pengarah Filem boleh hubungi saya untuk didik Masyarakat setia pada suami berbanding Filem Fantasi Cinta 3 Suku.
No comments:
Post a Comment