ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, February 15, 2016

Zahid Berkomedi: Rakyat Cabar Kerajaan Rombak Sistem Pendidikan Yang Gagal Didik Rakyat Kerja Buruh

Mahu belia basuh longkang? Cuci pinggan sendiri dan tandas di Sekolah pun tidak mampu!

Saya rayu pada Dato Seri Zahid Hamidi berhenti berkomedi!

Jika Zahid tidak henti buat kenyataan komedi, saya khuatir sampai bila-bila Rakyat malah sejarah akan kenang Zahid sebagai Zahid Komedi sedangkan Hamidi adalah seorang Ulama malah beliau sendiri banyak menaungi Sekolah Agama Imtiaz di seluruh Malaysia.

Cabaran Dato Zahid pada Belia Malaysia untuk sapu sampah, cuci longkang, buat bangunan dan berhenti menyalahkan Kerajaan adalah komedi paling lawak Tahun 2016.

Ini kerana, sepanjang Belia Malaysia bersekolah Kerajaan, TIADA SUBJEK cara sapu sampah, buat bangunan, cuci longkang dll?

Tunjukkan saya satu sekolah di Malaysia yang mengajar cara bertani? Yang ajar cuci longkang? Yang ajar menyimen, ikat batu dan plaster? Sekolah mana? 

Bukan sahaja subjek, malah sistem pendidikan tidak dedahkan rakyat pada perkara seperti itu.

(Jika Menteri fikir untuk bertani, cuci longkang, sapu, ikat batu dan pekerjaan 3D lain tidak perlu bersekolah, Menteri silap. Thailand ada Sekolah dan Subjek Pertanian dan hasil pertanian Thailand beribu kali lebih baik dari Malaysia. Waima cuci longkang pun perlu belajar di Sekolah cara dan displin yang betul, disamping teknologi terkini.)

Zahid, dan Kerajaan perlu belajar dari Jepun yang tiada masalah migran dan rakyat Jepun sendiri berkerja sebagai pemungut sampah, petani dan angkat najis malah bersifat profesional dikenali sebagai Hygiene Engineer.

Ini kerana di Sekolah lagi mereka diberi tugas bersihkan tandas Sekolah, sapu Sekolah, malahan cuci pinggan sendiri di Kantin.

Hakikatnya, semua kerja baik tukang sapu 3D, atau Profesional Doktor mempunyai kesukaran dan cabaran yang berbeza.

Malangnya, di Sekolah Malaysia Cikgu Subjek BM, Math, BI, Akaun, Engineer, Sastera, Agama dll semuanya terpaksa menurut sistem Kerajaan untuk naik pangkat iaitu menyediakan pelajar untuk jadi orang pandai akademik sahaja!

Di rumah pula, Ibu Bapa punyai harapan tinggi pada anak-anak sedangkan anak-anak tidak berbakat dalam pelajaran tetapi sebab sistem pendidikan yang pincang, gagal UPSR/PT3 pun masih boleh bersekolah dan terus diharap menjadi Doktor.

PENIPUAN PALING BESAR UMNO terhadap Rakyat adalah sediakan Universiti Swasta di setiap Negeri bagi memenangi hati pengundi luar bandar khususnya Melayu.

Kerajaan beri "pinjaman@rasuah" pelajar gagal Matematik sambung pelajaran Diploma dan Ijazah supaya ibu bapa terhutang budi tergadai undi pada UMNO. 

Natijahnya, selepas pelajar ini pinjam RM 15,000 tidak termasuk bunga, mereka sukar dapat kerja kerana walaupun kelulusan sama dengan rakan dari IPTA, kualiti pelajar ini jauh berbeza dan tidak ikut piawaian industri.

Selepas buang masa 4 tahun dan beribu duit poket, akhirnya anak ini iaitu pelajar "dipaksa" membayar pinjaman PTPTN selain berhadapan kos sara hidup yang tinggi. Dan bagi menutup kepincangan Kerajaan, TPM tuduh anak ini malas dan memilih kerja?

Soalnya kenapa Kerajaan beri dia pelajar dan pinjaman jika dia tidak mampu untuk belajar?

JUSTERU, adalah jelas SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA MEMAKSA pelajar yang lemah dalam pelajaran untuk belajar bukan untuk berjaya asalkan mereka buat pinjaman dengan Kerajaan sekaligus terus termakan budi tergadai undi pada UMNO.(ulang kedua)

Lebih lawak lagi, dasar Kerajaan di Kementerian Pelajaran adalah;

VISI "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
MATLAMAT "Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

Jika diteliti pada Visi, Misi dan Matlamat adalah jelas UMNO gunakan taktik "divide and rule" atas rakyat supaya terus undi mereka atau Negara tidak akan sejahtera kerana terlepas ketangan Cina.

Pecah dan perintah ini diserap pada orang Melayu supaya cemburu dan takut akan kejayaan Cina supaya orang Melayu akan terus sokong kepincangan Kerajaan dan terus jadi penganggur dan hamba di Negara sendiri dimana akhirnya TPM dan Naib Presiden UMNO sendiri salahkan rakyat.(ulang kedua)

Boleh disimpulkan Kerajaan sengaja tidak sediakan rakyat Malaysia secara mental dan physical untuk berkerja disektor 3D kerana jika Rakyat terlalu berdikari mereka akan mampu jatuhkan UMNO secara demokrasi mahupun rampasan kuasa.

Kerana ada baiknya jika Kerajaan biarkan orang Melayu terus bodoh dan menjadi hamba kepada sistem pincang Kerajaan kerana lebih mudah mengawal dan memerintah orang bodoh.

Saya jamin jika rakyat Malaysia sudah dilatih mental dan physical  untuk menjadi seorang tukang sapu, tukang cuci longkang, petani malahan membina rumah sejak Sekolah sudah pasti mereka tidak punyai masalah langsung untuk buat demikian kerana wang bukan ukuran jika hati sudah mahu.

Sebaliknya, Rakyat Malaysia hanya dididik untuk menjadi Doktor, Peguam, Akauntan, Kerani Kerajaan, Artikek, Engineer dan kerja pejabat lain di Sekolah malah diberi pinjaman pula walaupun tidak berbakat dalam pelajaran.

Malahan di zaman tekonlogi ini, jika skill yang betul diajar pada pelajar di Sekolah ie penggunaan alat bantuan petani, alat plaster, IBS, alat cuci longkang dll kerja 3D atau Danger, Dirty dan Difficult akan menjadi amat mudah.

Zahid berkomedi, Kerajaan tidak boleh salahkan rakyat jika Kerajaan sendiri khususnya pemimpin sendiri tidak mampu didik rakyatnya dengan mental, physical, skill dan ilmu yang tepat.

PS: Saya ingin tanya apa khabar dengan MLVK, IKM, IKBN dan Skim Skill lain? Apa khabar dengan Kolej Vokasional? Apakah mereka benar-benar menepati standard piawaian industri atau sekadar menepati standard salur keluar duit Kerajaan untuk kroni?

2 comments:

Anonymous said...

sy silent reader blog encik. setuju dgn post encik. hurmm. kerajaan zalim..

Anonymous said...

Mangkok betul zahid hamidi.dia kata semua pemalas.kat kilang2 melambak melayu keje 12 jam gaji takat 1200-1400.sewa mahal.makan dah mahal.transport mahal.tapi tetap keje tau.dia xtau majikan prefer bangla so boleh max untung.dasar kapitalis.tpm,pm n menteri2 yang patut potong gaji n benefits.nak senang upah bangla tadbir negara.sebab menteri2 melayu ni ngalahkan malas,nyusahkan rakyat je.isu gaji n kos hidup ni setelkanla cepat ngong!keje x setel da sibuk hal lain.